Kuih Bom antara kuih muih ‘orang lama’ yang masih tetap ‘femes’ hingga ke hari ini. Pendek kata, Kuih Bom ini memang kategori kuih lejen. Bukan senang nak cari kuih Bom yang kena tekak kita kan. Dapat Kuih Bom yang liat, memang boleh buat ‘potong’ selera. Berikut resipi Kuih Bom yang dikongsikan oleh Seri Sairi. Caranya mudah dan tekstur Kuih Bom pula sangat lembut bila dimakan.
RESIPI KUIH BOM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut – BELI ONLINE 2 ketul ubi keledek (direbus dan dilecek) 2 sudu tepung gandum – BELI ONLINE 1 sudu gula – BELI ONLINE 1 sudu kecil garam – BELI ONLINE Air Bijan
CARA MEMBUAT: 1. Masukkan tepung pulut, gula, garam serta ubi keledek yang telah direbus dan dilecek tadi.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
IKLAN
3. Bentukkan doh secara bulat.
4. Masukkan inti kelapa dalam doh tadi.
5. Sediakan bijan sebagai bedak untuk ‘make upkan’ doh tadi.
IKLAN
6. Masak adunan tadi dengan api yang sederhana perlahan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan.
Sedapnya Chicken Wing Sweet & Spicy ni. Macam yang biasa kita makan dekat restoran pizza. Ni ada resipi mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Apam Balik: antara makanan legend dan evergreen yang dari dulu sampai kini disukai ramai. Ada dua jenis, satu yang nipis dan ranggup dan satu lagi tebal dan lembut. Dua-dua menjadi kegemaran masyarakat kita. Kalau di Indonesia ia dipanggil Murtabak. Walau namanya lain, tapi rasanya masih sama. hari ini orang dah mula pelbagaikan flavour nya. Dari yang basic cuma kacang tumbuk, jagung dan gula, ia mula beperisa nuttela, coklat, durian , kaya dan banyak lagi. Ada juga yang letakkan pisang. Jom kita cuba buat sendiri jom.
BAHAN-BAHAN:
2 Cawan tepung gandum
1 1/2 Cawan air
1/3 Cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
BAHAN TABUR:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula
1 tin Jagung
KALAU NAK KELAINAN BOLEH LA LETAK NUTTELA , DURIAN ATAU KAYA.
CARA MEMASAK
Blender telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan soda bikarbonat, yis, minyak masak dan garam, blend lagi.
Masukkan air, tepung,. Setiap kali masuk bahan tekan blend
Apabila bancuhan sudah sebati, rehatkan 1-2 jam
Gunakan kuali non stick ( tak perlu letak minyak)
Masukan bahan-bahan tabur biarkan sehingga masak kemudian lipat.
Sedia untuk dimakan
Info: Apam Balik juga sekarang turut dihidangkan di majlis-majlis rumah terbuka hari raya dan kenduri kahwin.
Dua resipi ni sedap kemain, ni dia resipi siakap stim cendawan dan masak lemak sardin nanas. Resipi ringkas yang boleh membuat korang kecur air liur.
Resipi pertama siakap stim cendawan makin sedap dengan ramuan cendawan tiram. Dan yang kedua sardin masak lemak special weii dengan nenas. Boleh cuba keduanya sekali memang berbaloi-baloi enaknya.
SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersihkan
100gm cendawan tiram | carik kasar
100gm lada benggala | potong
40gm bawang besar | belah enam
5 ulas bawang putih | belah dua
2 inci halia | hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi | hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK: 1. Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. 2. Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pada saiz ikan. 3. Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
MASAK LEMAK SARDIN NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar sardin makarel |buang sosnya
200ml santan pekat
15gm cili padi
1 batang serai |titik
100gm nanas |dipotong
5gm kunyit hidup |kisar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan kesemua bahan kisar. Kacau rata dan masak di atas api yang perlahan. 2. Masukkan hirisan nanas dan serai. Biar seketika dan kemudian barulah masukkan ikan sardin. Perasakan dengan garam secukupnya. 3. Kacau perlahan selama dua minit dan biar ia mereneh. Tutup api. 4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam nanas dan lemak santan serasi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM113
Info chef: Gunakan sardin makarel kerana ia lebih keras dan tidak mudah hancur ketika dimasak.