Kuih Badak Berendam Cara Mudah Mommy Yoi

Kuih badak berendam ini caranya mudah. Ia telah dikongsikan oleh Mommy Yoi. Yang sukakan kuih ini, bolehlah cuba buat sendiri di rumah.

Lagi puas hati berbanding beli di bazar Ramadhan. Bukan apa, takut kecewa bila tak mencapai jangkaan kita. Betul tak?

Kuih Badak Berendam

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung Pulut – boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung gandum ( supaya adunan tak lembek) – boleh beli online di sini

Air

Bahan Inti Kelapa:

Kelapa parut putih (anggaran RM4)

4 keping gula gerek @ 2 keping besar nise kerek

1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini

4 sudu besar tepung pulut – boleh beli online di sini

2 helai daun pandan

Air

Bahan Kuah Santan:

2 kotak santan – boleh beli online di sini

IKLAN

6 kotak air 

1 sudu teh garam- boleh beli online di sini

1 sudu besar gula – boleh beli online di sini

6 sudu tepung beras @ tepung gandum bancuh dengan secawan air ( tapiskan).

Cara Memasak:

Kuih Badak Berendam Cara Mudah Mommy Yoi

Mula-mula, untuk membuat inti kelapa, cairkan gula nise bersama satu setengah cawan air. Bila dah cair masukkan kelapa. Kacau rata bagi kering dan tambah tepung pulut terus kacau bagi tata elok.

Bila dah nampak tekstur elok, tutup api dan biar sejuk supaya mudah nak bentukkan bulat-bulat. Ketepikan.

IKLAN

Untuk mermbuat kuah santan, masukkan semua bahan ke dalam kuali. Kacau hingga agak Kental elok santannya. Kalau belum, boleh tambah lagi tepung. Bancuh dan tapis ya. Pekat Berkrim elok. Kalau masih kurang lemak masin tambah sikit lagi garam. Ketepikan.

Kuih Badak Berendam Cara Mudah Mommy Yoi

Untuk membuat doh kulit luarnya, satukan tepung pulut dan air. Kena pandai agak-agak air sampai boleh bentukkan doh bulat-bulat. Kalau terlajak lembek tambah  gandum sikit. Terlajak keras, tambah air sikit.  Kalau nak letak pewarna, silakan.

Dalam masa yang sama, jerang air dulu hingga mendidih. Leperkan doh dan bubuh inti kelapa di tengahnya dan tutup dan bentukkan ia bulat.

Kuih Badak Berendam Cara Mudah Mommy Yoi

Kemudian terus masukkan ke dalam air mendidih. Bila timbul, jangan terus angkat. Biar lama sikit supaya masak elok.

Gunakan penapis kaut dan masukkan ke dalam air sejuk ais. Setelah itu, masukkan ke dalam kuah santan dan biarkan berendam di dalamnya. Siap

IKLAN

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Buat Sendiri Kuih Onde Onde Sedap Guna Resipi Ni

 

Bingka labu Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat

 

Talam Cendol Mudah Tanpa Telur

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI