Kuih Onde Onde atau Buah Melaka adalah salah satu kuih tradisional yang digemari ramai terutamanya bila tiba bulan puasa. Nak membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Ayza Nur. Selamat mencuba!
Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
Enaknya minum petang dengan kuih muih melayu.Antara yang disukai ramai ialah karipap. Makan pula panas-panas confirm tak cukup satu. Ada pelbagai jenis karipap yang boleh anda cuba. Dikongsi resipi karipap pilihan anda.
1.KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
BAHAN KULIT KARIPAP:
CARA MEMASAK:
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu 300gm daging dicincang 2 biji bawang merah besar – didadu 2 ulas bawang putih – diracik 2 sudu makan rempah kari daging 2 sudu makan cili kisar Sedikit daun sup
1.Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
BAHAN DOH A 1/4 cawan minyak 2 sudu besar marjerin 3 cawan tepung gandum Sedikit garam Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A 1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih. 2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati. 3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut. 4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B 120 gram tepung beras 100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B 1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh. 2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air. 3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN 1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola. 2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung. 3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap. 4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.
Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.
SAMOSA INTI KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 paket roti putih 1 sudu tepung | campur dengan sedikit air Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN UNTUK INTI KENTANG 3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil 100gm daging kisar 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil 4 ulas bawang putih | cincang halus 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1/2 sudu makan serbuk cili Garam dan gula secukup rasa. Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerabu Daging Kacang Panjang yang pedas, masam dan lemak santan ini memang membuka selera. Ikuti resipi mudah lengkap dengan bunga kantan dan serai untuk hidangan yang lebih beraroma.