Gyeran Mari or Korean Omelette Roll ~ Telur dadar gulung ala Korea. Bahan-bahan nak buat ni tak banyak, cara nak membuatnya agak tricky dan kena hati-hati supaya gulungan telur terbentuk elok dan tak pecah. Bahan-bahan dalam gulungan telur ni boleh letak apa saja yang dirasakan sesuai. Kalau nak cuba buat, resipinya di bawah.
GYERAN MARI @ KOREAN OMELETTE ROLL Bahan-bahan: 8 biji telur – gred A 1 pokok daun bawang – cincang halus 1 biji cili merah – buang biji & cincang kecil 1 labu bawang besar – cincang halus 1 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa
Cara memasak: 1.Di dalam mangkuk, pukul telur dengan garfu. 2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jika boleh guna kuali empat segi, saya guna magic pan). 4. Tuang sedikit bancuhan telur dan ratakan (nipis saja). Masak dengan api yang kecil (takut hangit) untuk seminit, gulung telur dadar dari bahagian hujung kuali, kemudian tarik ke depan dengan membiarkan sedikit dadar tidak bergulung. 5. Tambah bancuhan telur pada penghujung dadar yang tak bergulung tadi lalu masak setengah minit dan ulangi proses menggulung. 6. Lakukan proses yang sama berulang-kali hingga semua bahan habis dan bentukkan gulungan telur tadi menjadi persegi dan pastikan gulungan telur bergulung sempurna (guna 2 spatula untuk membentuk gulungan). 7. Angkat gulungan telur yang telah masak sempurna secara berhati-hati dan letakkan atas papan pemotong. Potong gulungan telur dengan pisau yang tajam mengikut ketebalan yang digemari. 8. Hidangkan panas. *Saya tambah cincangan bayam brazil dan parutan halus lobak merah dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah parutan keju kegemaran, cincangan kecil sosej, salami atau apa saja yang difikirkan sesuai. Kredit : Sue M Arukin
Sedapnya Daging Goreng ThaiTyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
3 sudu makan serbuk cili thai
Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan. 4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
Penkek sangat digemari oleh anak-anak dan mudah saja membuatnya. bahan asasnya menggunakan tepung gandum, telur,
gula dan susu sudah membentuk adunan. Untuk menambah rasa yang lebih enak, boleh daja menambah mentega, sirup maple atau madu. Ia juga boleh dimakan dengan keju, buah beri dan hirisan daging.
Bahan-bahan :
2 butir telur
80ml susu cair
50gm keju cheddar, parut
60gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
Jam Blueberry secukupnya
Cara memasak:
1.Kocak telur, susu cair dan keju parut.
2.Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaul rata.
3.Tuang satu senduk sayur ke atas kuali tidak melekat . Biarkan hingga masak.
4.Sapu blueberry di atasnya. Siap untuk dihidang.
Tentunya tiada yang lebih menggembirakan bila dapat mengunyah biskut yang kaya rasa coklat dan koko sambil bersembang di hadapan tv.
Jom cuba biskut berasakan koko dan coklat ini yang mudah aje cara membuatnya. Boleh dijadikan stok kudapan akan datang.
1. SWEET HEART COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
180gm mentega
80gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
BAHAN B:
220gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm tepung kastard
100gm badam cincang
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan
Coklat urai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 2. Putar bahan A sehingga sebati. 3. Masukkan bahan B dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut. 4. Canai dan terap dengan penerap biskut berbentuk hati. 5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. 6. Biarkan biskut sejuk dan hias biskut dengan coklat masakan yang telah dicairkan. Tabur coklat urai di atasnya. 7. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat rangup dengan kastad yang rapuh Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Untuk lebih menarik boleh gunakan cip warna-warni.
2. HAWAIAN WHITE CHOCOLATE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
100gm gula halus
240gm tepung gandum
80gm tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
60gm susu tepung
2 sudu teh esen vanila
150gm buah campuran
40gm cornflakes
40 gm kelapa kering
60gm white chocolate chips
50gm badam nibs
1 biji telur
BAHAN HIASAN:
Coklat putih secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Pukul mentega dan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan vanila, sebatikan. 3.Masukkan bahan-bahan yang lain, uli hingga sebati. 4.Bulatkan dan masukkan ke dalam cawan kertas. 5.Bakar selama 15 minit suhu 160 darjah Celcius. 6.Setelah sejuk, paipkan coklat putih dan taburkan dengan serbuk roti. 7.Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Sedap dengan buah-buahan dengan cornflakes dan kelapa kering Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 22
INFO CHEF: Serbuk roti memberikan rasa yang lebih lazat
3. CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
125gm mentega
1 biji kuning telur
90gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN B
100gm tepung Hong Kong
100gm tepung gandum
30gm tepung kastard
25gm serbuk hazelnut
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan secukupnya
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Putar Bahan A hingga sebati. 2. Masukkan semua Bahan B dan gaul sebati. 3. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang dikehendaki. 4. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit. 5. Keluarkan dan setelah sejuk, salutkan dengan coklat masakan dan gaulkan dengan serbuk roti. 6. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Keenakan hazelnut dan tepung kastad yang cair di mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM26
INFO CHEF: Anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
4. BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN
.
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscotch’
50gm cip coklat strawberi
BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius. 2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang. 3. Masukkan telur dan esen vanila. 4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati. 5. Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata. 6. Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk. 7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper). 8. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. 9. Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai. 10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 90 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Gandingan oat dan badam yang rangup Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Biskut yang baru dikeluarkan daripada ketuhar agak lembik. Ia akan mengeras apabila sejuk.
5. BROWNIES COKLAT
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
260gm mentega
130gm gula perang
50gm gula ising
1 sudu makan lemak sayuran
1 biji kuning telur
1 sudu teh Coffee Emalco
1 sudu teh esen vanila
BAHAN B:
20gm tepung kastard
30gm tepung jagung
300gm tepung gandum
60gm cornflakes yang dikisar halus
30gm serbuk koko
HIASAN:
Coklat masakan
Serbuk roti
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 2. Putar bahan A hingga kembang. 3. Masukkan bahan B, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. 4. Canai dan terap dengan penerap biskut. 5. Susun biskut di atas dulang pembakar. 6. Bakar selama 20 minit. 7. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan coklat masakan dan serbuk roti. 8. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 80-100 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Rasa rangup dengan cornflakes dan kaya bercoklat Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 26
INFO CHEF: Boleh tambah hiasan lain seperti manik dan cip warna-warni sebagainya untuk lebih menarik kerana warna biskut ini gelap.
RESIPI BISKUT COKLAT : NURASHIKIN ASAN, HASLINDA ABDULLAH DAN NORISHAH AHMAD
Anda suka membeli belah secara online, terdapat pelbagai perkakas dapur dan alat masak canggih di laman web shopee yang boleh anda pilih.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...