Musim percutian bakal menjelang,Starbucks kembali dengan pelbagai tawaran minuman dan koleksi percutian yang menarik untuk dinikmati atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Bermula 5 November 2019, stor Starbucks di Malaysia meraikan semangat percutian ini bersama pelanggan.
Terbaru! Starbucks Holiday French Vanilla Latte.Rasai keenakan secawan French Vanilla Latte penuh krim bersama perisa white chocolate snowman. The Holiday French Vanilla Latte boleh didapati sama ada panas,sejuk ataupun blended. Buat penggemar Starbucks Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks Peppermint Mocha minuman yang disukai ramai itu kembali.
Sempena meraikan musim percutian ini, Starbucks 2020 Planner diperkenalkan dengan tiga variasi warna coklat,biru dan merah jambu.Holiday Starbucks Card Series,Holiday Blend (Espresso Roast dan Blonde Roast) dan Starbucks Holiday Mercandise Collection (Tumbler, Mug dan Snow Globe) juga boleh didapati di stor kini. Maklumat lanjut layari pautan rasmi Starbucks.
Ads
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa yang tak suka makan cendol. Lagi lah masa cuaca panas ni. Memang menyegarkan. Tapi cendol yang Min nak kenalkan nih , rasanya sungguh enak dan lain dari kebiasaan. Ramuan Cendol Songkok Tinggi adalah perahan daun pandan asli, terjaminlah wangi dan sedap.
Kelibat petugas gerai gazebo cendol bersongkok tinggi menjadi ‘trademark’ di sini. Bersongkok tinggi serta tampil segak berbaju Melayu atau berkemeja petak dengan tag nama mencipta identitinya tersendiri.
Inilah ‘trademark ‘ yang ditetapkan oleh pemilik gerai Hj Daud Othman. Gerai gazebo yang redup dan nyaman ini pula dimiliki oleh anaknya Ahmad Dani Daud.
Diasaskan oleh Hj Daud pada awal Februari 2010, Cendol Songkok Tinggi telah memulakan operasi di Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun lepas ia membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Menariknya ia berkonsepkan bisnes komuniti di mana tenaga pekerja memproses cendol hinggalah kepada pembekal santan, gula enau, gula melaka kacang merah dan lain-lain terdiri daripada penduduk Kg Jiboi Baru.
Cendok Songkok Tinggi ini mempunyai rasa yang asli istimewa berbanding cendol biasa. Cendolnya mempunyai teksur, warna dan bau harum yang tersendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus organik tanpa menggunakan baha pengawet mahu pun pewarna tiruan. Ramuannya pula sangat istimewa dan alami.
Hasil cendolnya menggunakan ekstrak daun pandan asli sebagai pewangi. Jus daun pandan serani pula dicampur sebagai pewarna.Kemudian campuran ini digaul dan dimasak pula menggunakan empat jenis tepung iaitu tepung gandum, beras, ubi dan jagung.
Rasa manis yang enak lemak terhasil dari penggunaan campuran empat jenis gula di mana gula enau sebagai bahan asas dan dicampur dengan gula merah, gula tebu dan Melaka
Pada tahun lepas Cendol Songkok Tinggi membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Menu cendolnya terdiri cendol kacang, jagung, pulut dan biasa yang hanya berharga RM 2 semangkuk. Cendol ‘special’ iaitu campuran kacang, pulut dan jagung berharga cuma RM 3 sahaja. Nasi lemak dan kuih lopes juga ada dijual.
Di samping cendol ia turut memperkenalkan masakan Johor seperti Laksa Johor, Mi Rebus Johor dan jemput-jemput ala Johor. Setiap satu berharga RM 5 kecuali set jemput-jemput dengan kuah asam pedas tetel hanya berharga RM 4 sahaja.
INFO KEDAI: Pemilik : Hj Daud Othman dan Ahmad Dani Daud Alamat : Gazebo Songkok Tinggi, 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan , Negeri Sembilan Waktu operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Isnin 3.00 hingga 4.00 petang rehat solat Wajib cuba : Cendol special, cendol jagung, kacang dan pulut. Mi rebus Johor, Laksa Johor, Nasi Lemak, Kuih Lopes Johor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Akok ini adalah antara kuih tradisi tradisonal terutamanya di Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Agak sukar jika ingin menikmatinya jika bukan pada bulan puasa kerana ianya sangat popular di bazar-bazar Ramadhan setiap kali tiba bulan puasa.
Tetapi di Akok Warisan Bonda anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja. Sesiapa yang mengidam Akok Kelantan original bolehlah ke Jalan Limau, Meru, Klang. Dibakar mengunakan arang secara tradisional dan yang penting dinikmati ketika masih panas!
Pelbagai jenis akok yang di jual, antara yang menarik perhatian Admin adalah Akok Jagung. Nampak sedap!
Tetapi jangan risau jika destinasinya agak jauh, apa kata cuba resipi turun temurun perkongsian dari bonda Lina ni…
Tak payah risau nak bakar guna sabut, sekarang kan moden..guna sahaja oven. Takde acuan akok, guna jer acuan muffin..
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
* Nota: Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung). Jangan risau, bila masak ia akan mengecut dan menjadi akok kedut.
Bila tibanya waktu makan tengah hari, pasti pening nak cari tempat makan yang sedap, banyak pilihan lauk pauk dan juga murah. Sebenarnya, ada banyak ‘port’ makan yang menepati kriteria diatas namun tidak diketahui ramai.
Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, silalah berkunjung ke restoran D’Ranting yang terletak di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam. Ini kerana, sekali anda berkunjung ke restoran ini, pastinya ia akan menjadi tempat makan pilihan anda selamanya. Ha..Nak tahu kenapa? Ada banyak sebab yang membuatkan anda jatuh cinta dengan restoran ini.
Setiap hari, terdapat lebih dari 50 jenis lauk pauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Ada masak lemak cili padi, lauk bersambal, hidangan daging salai, asam pedas dan banyak lagi hidangan kampung yang pastinya memecah selera. Mana tidaknya, pengalaman sang pemilik selama 16 tahun dalam bidang katering. Patutlah lauk pauknya sedap-sedap belaka!
Jika anda teringin sangat nak makan ikan bakar, pun ada disediakan di restoran ini. Ada ikan pari, kembung, cencaru dan banyak lagi. Semuanya dibakar panas-panas dan berasap lagi bila dihidangkan kepada anda. Malah, jika rasa nak makan nasi kukus, pun ada dijual disini. Pendek kata, hanya di satu lokasi sahaja, ada banyak sajian yang anda boleh cuba.
Selain itu, kalau anda nak tahu, lauk yang menjadi kegilaan ramai di restoran ini ialah cendawan goreng tepung. Memang diserbu sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu semata-mata untuk mendapatkan hidangan cendawan goreng tepung ini sahaja. Rasanya yang segar, pedas-pedas dan rangup. Alahai…Memang sedap gila! Tak cukup dengan makan di restoran, ada yang ‘tapau’ bawa balik. Perghhh..Padu! Bayangkan, sewaktu sesi pengambaran ini dijalankan, satu bekas penuh cendawan diletak, sekelip mata sahaja dah habis dibeli pelanggan.
Menurut pemiliknya, setiap hari anggaran 14kg cendawan digunakan untuk menghasilkan cendawan goreng tepung ni dan semuanya habis dijual dalam waktu makan tengah hari sahaja. Wow! Anda boleh bayangkan betapa sedapnya hidangan ini. Selain cendawan, ada juga disediakan udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ikan bawal putih goreng tepung dan banyak lagi. Di sebelah petang pula, restoran D’Ranting menyediakan sajian masakan panas. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh anda cuba dan pastinya tidak mengecewakan selera anda. Harganya? Pastinya murah dan berbaloi dengan apa yang anda nikmati.
Bagi anda yang nak rasai sendiri keenakan hidangan di restoran D’Ranting, bolehlah berkunjung ke ke sini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 12 malam. Jika nak nikmati keenakan cendawan goreng, pastikan anda datang pada waktu makan tengah hari bermula 11.30 pagi. Selamat mencuba!
INFO RESTORAN:
Restoran D’Ranting
Jalan Pahat H 15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
MESTI CUBA:
Cendawan Goreng Tepung, Aneka Ikan Bakar, Nasi Kukus, Nasi Bujang, Masak Lemak Cili Api Daging Salai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!