Bila tiba Ramadan, terbayang keenakan aneka lauk pauk yang menambat selera. Ayam Percik, aneka gulai, Dalca, Solok Ikan. Hmm…Enaknya! Semuanya nampak sedap dan nak dirasa.
Tercari-cari resipi lauk berbuka yang sedap, mudah dan cepat dimasak untuk dihidangkan buat keluarga masa berbuka? Ada pelbagai menu yang boleh dicuba. Biasanya yang menjadi pilihan adalah juadah yang ringkas dan juga cepat dimasak.
Ada sebab kenapa mak-mak ni suka masak menu yang mudah je. Ini kerana masa bulan puasa begini, para ibu memang sibuk terutamanya dari segi persediaan menyambut puasa dan tugasan memasak juga jadi lebih mencabar berbanding biasa.
Memang tak cukup masa. Bagi ibu yang bekerja, memang kena pandai membahagikan antara tugasan di pejabat dan juga keluarga. Bukan tidak boleh beli sahaja juadahnya, tapi ada yang lebih suka berbelanja dan masak sendiri menu sahur serta berbuka. Lebih sedap, bersih dan menepati selera.
Bila hari-hari masak, pastinya ada sahaja barang dapur yang tidak cukup. Jangan risau. Lotus’s kan ada? Berbelanja dengan lebih bijak di Lotus’s dengan mendapatkan pelbagai barangan keperluan anda dengan cara lebih mudah tanpa perlu keluar rumah hanya berbelanja menerusi GrabMart!
Macam-macam ada… Dari aneka barangan segar, sayur-sayuran, makanan sejukbeku, beras, mi, pasta, kopi, teh, aneka sos dan barangan pembersihan. Pilih sahaja!
Kalaulah anda sedang buat biskut raya tapi tiba-tiba tak cukup mentega, tepung dan gula, nah… pesan sahaja dari Lotus’s menggunakan GrabMart, dalam masa 30 minit je, barangan yang anda pesan itu sampai di depan pintu. Senang kan?
Mak-mak memang suka beli barang dengan harga diskaun kan? Berbelanja di Lotus’s menerusi GrabMart, sama seakan di pasaraya. Boleh rambang mata! Tak percaya? Tekan bahagian “discounted item”. Tu dia… Macam-macam barang anda boleh miliki dengan harga murah & diskaun boleh dapat hingga 30% tau! Memang sangat berbaloi.
Ads
Nak berbelanja secara lebih jimat lagi? Ni ada berita baik yang nak dikongsi. GrabMart memperkenalkan GrabUnlimited yang mana ia adalah satu program langganan yang membolehkan pelanggan menikmati penjimatan eksklusif untuk pesanan barang-barang dapur.
Pilih sahaja barang keperluan dari mana-mana pasaraya pilihan seperti Lotus’s dan nikmati pelbagai penjimatan yang tentunya sangat berbaloi.
Bukan itu sahaja, servis penghantaran juga adalah PERCUMA. Hanya berbelanja minimum RM40, anda layak untuk menggunakan kupon Free Delivery ni. Wow!
Dah tahu cara berbelanja di Lotus’s dengan jimat, bolehlah masak macam-macam menu untuk berbuka nanti. Tercari-cari resipi lauk pauk berbuka yang mudah dan sedap? Seleksi di bawah ini pasti membuka selera anda dan keluarga. Selamat mencuba!
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
2kg daging
2 biji bawang besar | dihiris
20 sudu makan kicap lemak manis
4 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
24 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
8cm halia
30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawing
6 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan panas-panas dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan kod | hiris besar
3-4 tangkai cili kering | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung jagung
Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
4 biji kuning telur masin| hancurkan
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
4 sudu makan marjerin
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
Hidangkan ketika panas.
DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
50gm cili benggala hijau | potong dadu
50gm cili benggala merah | potong dadu
50gm cili benggala kuning | potong dadu
50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
6 tangkai cili kering | potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk patai ayam
4 sudu makan air
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Bagi orang bujang yang tinggal menyewa, hidangan yang dimasak seharian selalunya yang ringkas dan mudah disediakan. Lagipun, bajet perlu diambil kira. Namun jangan salah anggap. Hidangan yang ringkas, mudah dan bajet tetap enak dimakan jika tahu mengolahnya. RASA kongsikan resipi yang boleh dimasak oleh bujang dan juga yang sudah berkeluarga.
NASI GORENG TAHU DENGAN KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.
TAUHU SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
2 paket tempe | potong
3 ketul tauhu | potong
21/2 sudu makan cili giling
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan air asam jawa
½ sudu makan gula
½ inci belacan
1 biji bunga lawang
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan belacan, kacau hingga naik baunya.
Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.
SOSEJ SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
9 batang sosej ayam
2 sudu makan mentega
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
½ sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | hiris tebal
1 ulas bawang putih | ketuk
1 batang serai | titik
1 biji cili merah | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci.
Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.
SUP AYAM HURU HARA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
1 bunjut sup bunjut
2 batang lobak merah | potong
6 biji cili padi
1 batang serai | Simpul
2 biji bawang besar | potong empat
2 inci halia | hiris
2 tangkai daun sup | hiris
2 biji ubi kentang | potong
1 kiub stok ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan tulang ayam sekali, gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.
TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
2 ketul ubi kentang
150gm kulit tembikai (bahagian putih)
2 biji bawang merah
50gm tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
1 sudu teh cincangan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu makan mentega
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan kulit tembikai putih yang telah dipotong kiub, tumis hingga lembut.
Masukkan kentang yang telah dipotong kecil, gaul bersama kulit tembikai tadi singga lembut. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang dan kulit tembikai tadi yang telah disejukkan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
Panaskan kuali, letak mentega dan minyak sedikit. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan dengan api perlahan. Kacau kira-kira dua minit dan apabila mengeras, bentukkan ia bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah itu terbalikkan sehingga ia masak dalam 10 minit.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu pedas.
Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Info chef: Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.
NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
5 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan udang kering
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk menjimatkan kos, telur putih yang diasingkan tadi boleh buat telur dadar.
TELUR GORENG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 biji cili padi
1 labu bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 tangkai daun sup | racik
3 sudu makan kicap lemak manis
1 inci kulit kayu manis
1 sudu makan kicap masin
1 tangkai daun bawang | racik
1 sudu makan sos tiram
2 biji cili merah | hiris
50ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak masin bersama kicap masin dan sedikit sos tiram.
Masukkan cili padi dan hirisan cili merah, tuang sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih.
Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.
IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan bilis | cuci
3 papan petai | buang kulit
1 sudu makan air asam jawa
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling
½ inci belacan
11/2 sudu teh gula perang
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi, bersama cili giling. Masak hingga pekat dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan petai dan gaul seketika dan matikan api. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Boleh goreng bilis dahulu secara berasingan jika mahu bilis lebih rangup dimakan.
PASTA OLIO SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
300gm lala
500gm spageti | rebus, letak sedikit minyak
4 biji cili padi | hiris
3 sudu makan mentega
5 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan daun ketumbar cincang
Sedikit air stok udang
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, masukkan lala bersama bawang putih, goreng sampai masak.
Masukkan hirisan cili padi dan pasta yang telah direbus, diikuti stok udang. Gaul sekata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tabur cincangan daun ketumbar.
Matikan api tadi dan terus masukkan mentega, biarkan ia cair di dalam pasta tadi.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah seafood lain seperti udang.
IKAN SELAR MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan selar | bersihkan
1 keping asam gelugur
2 tangkai daun kesum
1/3 biji nanas | hiris
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, belacan, kunyit hidup dan cili merah. Ketepikan.
Masuk air ke dalam periuk, biar sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kacau rata. Masukkan asam keping, daun kunyit dan hirisan nanas. Letak garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan selar dan daun kesum. Biar mereneh seketika dan tutup api.
Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
4 biji telur
2 biji cili merah
4 biji cili padi
4 batang kacang buncis | potong kecil
300gm isi dada ayam
1 tangkai daun bawang | potong kecil
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu makan kicap lemak manis
1 inci belacan
1 sudu teh stok ayam
½ sudu makan udang kering
1 sudu makan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.
Info chef: Belacan boleh dibakar dahulu untuk lebih aroma.
CENDAWAN LIAR DGN UDANG MASAK MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan
1 ulas bawang putih | hiris
150gm mentega
200gm udang | cuci
1 biji cili merah | hiris
1 tangkai daun bawang | hiris
1 sudu teh sos ikan
1 sudu makan bawang goreng
2 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega ke dalam kuali dan masukkan bawang putih serta cendawan. Kacau hingga sedikit masak, kemudian masukkan udang. Gaul sekata. 2.Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah serta sos tiram dan sos ikan secukupnya. Kacau sekata.
Angkat, hiasi dengan hirisan lemon dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu rasa lebih pedas menyengat.
IKAN SARDIN BERLADA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan sardin | bersihkan, lumur garam dan kunyit
1 labu bawang besar
7 biji cili merah
7 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji tomato
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi. Ketepikan.
Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing.
Angkat dan tuangkan kuah di atas ikan, sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
BIHUN SINGAPURA DENGAN KIMCHI
BAHAN-BAHAN BIHUN:
500gm bihun
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan udang kering | cincang
1 ½ sudu teh sos ikan
1 tangkai daun bawang
½ batang lobak merah | hiris
2 biji cili padi | ketuk
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KIMCHI:
250gm kubis Cina
4 sudu makan cuka
2 sudu teh hirisan daun kucai
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan cili boh
½ sudu makan halia jeruk
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kimchi kubis; potong kubis dalam 4 atau 5 inci, cuci dengan air garam dan tapiskan.
Ambil bekas, masukkan cili boh, cuka, jeruk halia, gula perang, dan daun kucai, gaul bagi rata. Msukkan kubis tadi dan tutup rapat, perap dalam 2 hari. Ketepikan.
Untuk membuat bihun; rendam mihun dengan air suam dalam 45 minit, selepas itu tos. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang dicincang hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dihiris dan yang telah diketuk.
Kemudian masukkan telur. Jangan terlalu kering dan biar nampak basah sedikit.
Masukkan mihun, sos ikan, serbuk lada putih dan kacau sekata. Masukkan daun bawang yang telah dipotong kecil dengan bawang goreng.
Sedia dihidangkan bersama kimchi kubis.
Info chef: Cuka beras lebih kuat rasanya. Boleh ganti dengan cuka biasa jika mahu.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger | potong empat
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap lemak masin
5gm serbuk sos perang
2 ulas bawang putih | cincang halus
50ml air
1 sudu makan mentega
½ labu bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu tambah garam.
IKAN BAWAL MASAK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal saiz kecil | lumur garam dan kunyit
2 cawan santan pekat
4 biji bawang merah
1 sudu teh gula
8 tangkai cili kering
2 batang serai | titik
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
½ helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Ketepikan.
Masak semua bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan serai yang diketuk dan juga santan. Kacau sebati sehingga terbit minyak dan pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
Bakar ikan sambil sapukan kuah yang pekat tadi.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan bersama hirisan daun kunyit tadi.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
TELUR MASAK PAPRIK
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur rebus | buang kulit
3 batang ketiak jagung | hiris
½ batang lobak merah | hiris
1 biji cili merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh sos tiram
½ biji capsicum hijau | hiris
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
3gm tepung jagung
1 helai daun limau purut
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
EKSTRA!
TELUR GULUNG KOBIS CINA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
300gm kubis Cina
1 biji cili padi | cincang
1 biji bawang merah | cincang
1 ½ sudu teh gula
Secubit garam
½ sudu teh cuka
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus kubis, angkat dan terus rendam di dalam air yang berisi ais batu dan tapiskan. Ketepikan.
Pukul telur dan masukkan cili padi, bawang merah, cuka, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Masukkan minyak di dalam kuali, tuang campuran telur tadi, kecilkan api, kacau dan gulung telur itu perlahan hingga masak. Matikan api dan sejukkan telur tadi. Ketepikan.
Bentangkan daun kubis yang telah digoreng, letak gulungan telur di tengah-tengahnya dan gulung telur itu bersama kubis tadi. Potong dan hidangkan bersama sambal lada.
Ada stok ‘fries’ dalam peti. Dari sekadar goreng cicah sos, baik saya buat begedil. Haa kalau nak guna ubi kentang sebenar lagilah elok ye. Buat sendiri dapatlah campur inti daging banyak-banyak. Fuhhhh, tak boleh nak kata apa dah tahap sedapnya. Begedil daging ni selain sedap dimakan bersama sambal kicap pedas, boleh makan dengan soto juga.
Begedil Daging
Bahan-bahan
– 4 genggam ‘fries’ / – 6 biji ubi kentang (direbus terlebih dahulu) – 100 gram daging yang telah direbus (dileraikan) – 3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)
– 1/4 biji cili benggala merah (diracik)
– 1/4 biji cili benggala hijau (diracik)
– 1/4 biji cili benggala kuning (diracik)
– 2 inci carrot (dipotong kiub)
– 4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)
– 2 genggam bawang goreng
Cara memasak:
1.Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
2.Satukan semua bahan dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
3.Perasakan dengan secubit kecil garam, 1/2 sudu besar serbuk lada sulah, secubit dua perasa Knorr dan secubit serbuk lada hitam.
4.Gaul rata semua bahan. Pecahkan dua biji telur. Gaul lagi.
5.Bulatkan begedil ikut saiz yang disukai. Padatkan bentuknya.