Anda yang pernah berkunjung ke Negara jiran Indonesia dan Singapura, pastinya ada beberapa makanan  yang menjadi ingatan kerana kedua-dua negara ini mempunyai pelbagai jenis makan, terutama di Indonesia.  Terdapat pelbagai jenis makanan dijual digerai-gerai tepi jalanan.  Untuk mengimbau kenangan atau anda yang belum mencuba, berikut 7 menu streatfood Indonesia dan Singapura yang disediakan oleh Puan Azian Hasan, Penulis Buku Resipi boleh anda cuba.

 Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

SATE MINANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 sudu  makan tepung beras  | campur dengan sedikit air
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh garam
  • Lidi pencucuk secukupnya
  • Sedikit bawang goreng
  • Nasi impit atau ketupat
  • Keropok sayur
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama air, daun limau purut, serai, asam gelugor dan bahan-bahan kisar.
  2. Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
  3. Apabila daging sudah lembut keluarkan dari periuk, toskan dan potong dadu kecil.
  4. Kemudian masukkan campuran tepung beras dalam periuk berisi air rebusan tadi.
  5. Masak sambil sentiasa kacau sehingga kuah pekat.
  6. Perasakan dengan garam. Setelah cukup rasam tutup api dan ketepikan.
  7. Cucukkan daging dengan lidi, kemudian bakar di atas bara api.
  8. Letakkan sate yang telah dibakar  dalam pinggan bersama nasi impit dan tuangkan kuah ke atasnya.
  9. Akhir sekali taburkan bawang goreng di atasnya  dan hidangkan bersama keropok sayur.

 

INFO CHEF:  Selain daging anda boleh gunakan isi ayam atau perut lembu sebagai isian sate.

………………..

 

Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

GADO-GADO

BAHAN-BAHAN:

ISIAN:

  • 1/4 biji kubis | hiris halus
  • Segengam tauge  | buang ekor dan celur sekejap
  • 2 keping tauhu  | goreng dan  hiris nipis
  • 2 biji telur rebus  | belah dua
  • 2 biji kentang | rebus dan dipotong empat
  • 1 biji tomato | potong empat
  • 3 keping tempe | hiris nipis dan digoreng
  • Sedikit keropok bawang.

BAHAN KUAH:

  • 300gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
  • 1/4cawan air asam jawa
  • 200ml santan
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu makan minyak
  • Sedikit air

BAHAN KISAR KUAH:

  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan  kacang tanah kisar yang telah dicampur dengan sedikit air.
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
  4. Renenhkan atas api sederhana hingga timbul mingak.
  5. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah pekat dan cukup rasa.
  6. Tutup api.
  7. Sementara itu sediakan bahan isian gado-gado.
  8. Susun bahan isian kecuali keropok ke dalam pinggan,
  9. Tuangkan kuah kacang dan gaul rata.
  10. Gado-gadao sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Campurkan kuah kacang dan gaul rata bila ia sedia untuk dimakan.

……..

 Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

NASI PECAL

BAHAN-BAHAN:

  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit daun cekur
  • 2 sudu makan asam jawa | bancuh dengan air panas
  • 6 batang kacang panjang | potong pendek dan celur
  • Segengam tauge | celur
  • Segengam kankung | potong pendek dan dicelur
  • Tauhu | goreng dan dipotong kecil
  • Tumpi  atau rempeyek

BAHAN GORENG:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 300gm kacang tanah | goreng berasingan

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan kuah yang digoreng bersama daun limau dan daun cekur sehingga hancur dan halus.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  3. Jika kuah pekat boleh tambahkan air panas.
  4. Untuk menyediakan nasi pecel,Letakkan nasi putih ke dalam pinggan.
  5. Susun bahan-bahan pecel di tepinya dan tuangkan kuah pecel di atasnya.
  6. Akhir sekali hidangkan bersama tumpi atau rempeyek di atasnya.

 

INFO CHEF: Nasi pecah adalah makanan popular dan mudah dibeli dari penjaja jalanan di daerah Jawa Timur Indonesia.

………….

Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

HAINANESE CHICKEN RICE

BAHAN-BAHAN:

BAHAN AYAM:

  • 1 ekor ayam
  • 3cm halia muda | hiris nipis
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air sejuk
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu teh garam

BAHAN NASI:

  • 2 cawan beras wangi | cuci dan tos
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan | simpul

SOS CILI:

  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam

HALIA BAWANG PUTIH:

  • 3 batang daun bawang
  • 2 inci halia muda | parut halus
  • 8 ulas bawang putih  | cincang halus
  • 1 sudu teh garam
  • 8 sudu makan minyak sayuran

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam,,halia dan garam ke dalam periuk besar.
  2. Tuangkan air dan masak sehingga air mendidih.
  3. Buang lapisan lemak di bahagian atasnya dan teruskan mereneh selama 20 minit.
  4. Pindahkan ayam ke dalam bekas lain yang telah diisi dengan air sejuk. Biarkan sebentar.
  5. Simpan air rebusan untuk dijadikan sup dan untuk memasak nasi.
  6. Toskan ayam, potong  dan susunkan  ke dalam pinggan.
  7. Seterusnya campurkan kicap cair dengan minyak bijan, tuangkan ke atas ayam tadi.
  8. Untuk menyediakan nasi, Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia muda sehingga terbit wangi.
  9. Masukkan beras, minyak bijan, duan pandan dan garam. Kacau selama satu  minit.
  10. Masukkan air rebusan ayam dan pindahkan keseluruhan nasi ke dalam periuk nasi automatik. Masak menggunakan periuk nasi automatic seperti biasa.
  11. Untuk membuat cili sos, kisar  kesemua bahan sehingga hancur.
  12. Untuk membuat sos halia bwang putih, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  13. Untuk menghidangkannya. Letakkan nasi dalam pingan. Susun tepinya dengann ayam dan timun di tepinya.
  14. Hidangkan nasi ayam dengan sos cili dan sos  halia bawang putih.

 

INFO CHEF: Jika anda ke Singapura, anda boleh temui pelbagai jenis nai ayam.Paling popular adalah Nasi Ayam Hainam.

………………

IKLAN

 

Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba. 

SINGAPORE CHAR KWAY TEOW

BAHAN-BAHAN:

  • 450g kuey teow
  • 10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
  • 6 ulas bawang putuh | cincang halus
  • 2 cawan tauge
  • 1 cawan kucai
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan minyak

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap biasa
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
  4. Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
  5. Tuang sos dan masak selama satu  minit.

6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.

  1. Biar sebentar dan kacau rata.
  2. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:  Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.

……………

 

Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

MURTABAK SINGAPURA

BAHAN-BAHAN:

KULIT MURTABAK:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak sapi

INTI

IKLAN
  • 400gm daging kisar
  • 2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu teh halia  | cincang halus
  • 2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
  • 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
  • 1/2 cawan air
  • 4 biji telur
  • 4 sudu makan  minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Uli lagi selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  6. Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama  satu jam.
  7. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
  8. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  9. Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
  10. Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
  11. Setelah cukup rasa, tutup api dan  masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
  12. Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
  13. Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
  14. Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
  15. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  16. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  17. Gorenglah hingga kekuningan.
  18. Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.

 

INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan  tebal intinya.

…………….

 

Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.     

SINGAPORE CURRY LAKSA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1/3 cawan minyak
  • 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 batang serai |titik
  • 3 cawan santan
  • 8 cawan air
  • 250gm ikan bilis | rendam dan kisar
  • 250gm  isi  dada ayam
  • 2 sudu makan stok ayam
  • 10 biji bebola ikan
  • 10 biji tauhu Pong
  • 1 sudu teh garam
  • 250gm mi kuning

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/3 cawan air

BAHAN SAMPINGAN:

  • Sedikit tauge
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 biji limau nipis
  • 3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
  • 2 biji telur rebus  | buang kulit dan belah dua
  • 2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kuah,  campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan,tauhu pong dan garam.
  4. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
  5. Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya,  kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
  6. Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin  ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
  7. Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.

 

Koleksi Resipi: PUAN AZIAN HASAN (azianhasan.com)

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI