
Sosej buatan sendiri selalunya lebih sihat. Ini kerana kita boleh kawal apa bahan yang kita mahukan untuk dimakan. Ikut kesesuaian diet yang kita mahukan. Misalnya kita tak nak letak garam dan gula atau bahan perisa. Itu lebih baik. Jom cuba buat sosej ayam sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Zarina Jaidon.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 kg isi ayam
1 1/2 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil thyme
1/2 sudu kecil oregano
1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh)
1 gelas air atau stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang di atas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim sehingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah digoreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Ayam Halia, Legakan Batuk dan Buang Angin

Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Selamat mencuba.
Resipi Ayam Kenny Rogers Cukup Rencah, Memang Sedap
Anda peminat ayam bakar Kenny Rogers? Rempah ratus yang diolah dalam ayam menjadikan ia lebih lazat untuk dinikmati. Tidak hairanlah ramai yang menyukainya. Bagi yang ingin cuba membuatnya sendiri boleh buat ikut resepi ini. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menikmatinya di kedai, boleh buat sendiri lebih jimat dan puas hati berganda.
AYAM BAKAR
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak masak
2 sudu gula merah
2 sudu lada hitam(ditumbuk)
2 sudu gula putih
1 botol sos lada hitam
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Sedikit halia
Kiub pati ayam
Sedikit garam
Sedikit air(untuk blend)
Cara membuat:
1.Blend semua bahan-bahan di atas dan perap ayam selama 2 jam atau lebih.(lagi lama lagi sedap).
2.Bakar pada suhu 180℃ selama 60 minit.
3.Sebelum bakar, saya letak serbuk lada hitam sikit.Kalau suka ubi boleh potong letak sekali.(Suhu ikut oven masing-masing.Setiap oven tak sama)
4.Kuah lebihan perap ayam tadi jangan dibuang.Boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak.
Kredit: Zihan Remy
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8c32hr
https://www.dailymotion.com/video/x8bx6nk
https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6
https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9
Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

Siapa yang suka makan ayam, gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam. Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu! Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill, Ayam Percik, Ayam Goreng Ala KFC, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk, Ayam Panggang Ala Dominos, Ayam Masak Merah, dan Ayam Goreng Cili Kering. Semua resipi ni sangat mudah disediakan. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba koleksi resipi ayam untuk seminggu ni.
Bestnya kalau ada set pinggan baru kat rumah ni macam set Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerware ni design premium pula tu! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
AYAM GRILL
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
SEMUA BAHAN DI ATAS KITA KISARKAN DIA
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
CARA PENYEDIAAN:
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula & garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kemudian boleh dibakar.
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 biji bawang merah/besar
2 labu bawang putih
10 tangkai lada kering/ikut kepedasan (direbus & dikisar)
1 inci halia
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/4 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
2 sudu sos cili
Gula, garam & perasa
CARA PENYEDIAAN KUAH:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul-betul masak..
Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.
Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa.
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.
TIPS NAK LAGI SEDAP, AYAM YANG DIBAKAR MENGGUNAKAN ARANG DICELUP PANAS-PANAS KE DALAM KUAH PERCIK UNTUK MENDAPATKAN KUAH YANG ENAK!
AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
6 sudu tepung beras
4 sudu serbuk cili babas
1 kiub pati ayam
Gaul semua bahan di atas bagi sebati
Bahan B
5 biji telur
2 sudu besar magi cukup rasa
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk lada hitam
Kacau sebati..lepas tu masukkan 5 6 sudu bahan A bagi jadi pekat supaya boleh salut ayam
Bahan c
Seekor ayam potong seketul2..gaul dengan garam halus
CARA PENYEDIAAN:
Celup ayam dalam bahan B..lepas tu salut dengan bahan A dan goreng dalam minyak yang banyak (tenggelam semua ayam) sampai masak elok.
AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 tangkai daun kari
Setengah ekor ayam (dipotong kecil)
Garam dan serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap lemak manis JALEN
Minyak untuk menggoreng ayam.
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap selama 15 hingga 30 minit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat. Ceduk minyak hingga tinggalkan setengah cawan di dalam kuali tadi.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumiskan d2ngan lebihan minyak tadi.
Masukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Agak pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.
Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan enak dimakan bersama sambal belacan dan ulam pilihan anda..hmmmm sedapppp…
AYAM PANGGANG ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Ayam (1kg drumsticks atau mana mana bahagian yang suka)
2 susu besar butter/marjerin
1 labu bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
2 sudu besar madu
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan semua bahan kecuali ayam
Masak dalam 5-10 minit sehingga butter/ marjerin cair.
Tambah sikit minyak masak masa lumur atau gaul bahan perapan pada ayam.
Perap selama 1-2 jam, lagi lama lagi sedap
Bakar dalam airfryer 180°C 15minit, boleh sesuaikan ikut airfryer memasing ye
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong 14).
Serbuk kunyit
Garam halus
Minyak masak secukupnya
Lada mesin (5 senduk)
Sos tiram (3 sudu makan)
Sos tomato (2 sudu makan)
Sos cili (2 sudu makan)
Gula melaka (1/2 ketol)
Kerisik-(2 sudu makan)
Serai-3 batang (ketok)
Halia-(3 inci) blend
Bawang merah kecil (15 biji) kisar
Bawang putih (12 biji) blend
Bawang besar (2 biji) hiris masuk last
Air putih 2 cawan teh
2 kiub ayam
3 sekawan (Tumis)
Serbuk perasa (saya tak guna)
Gula pasir (agak2)
BAHAN HIASAN:
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
Tomato hiris
Kacang gajus (goreng dulu ye)
Kismis
CARA PENYEDIAAN:
Cuci ayam bersih-bersih ,lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng Ayam) Jangan garing-garing sangat ye nanti ayam keras
Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam 2 senduk, tumis 3 sekawan, bawang merah, putih dan halia tumis sampai warna kekuningan sikit.
Masukkan lada mesin, kacau sampai terbit minyak masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula melaka, kiub ayam. Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
Bila dah terbit minyak masukkan serai, garam, gula dan masukkan ayam…. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan… Kalau takda pun takpe.
AYAM GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam potong dadu (atau bahagian isi)
5 sudu besar atau lebih tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah
Gaul dengan ayam.. Saya tak guna
Saya gaulkan dengan tepung bestari dan perap 15 minit.. Kemudian goreng
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam cili kering, jangan potong ye
4 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
2 batang daun bawang (potong 1 1/2 inci)
Capsicum hijau dipotong kiub
Bawang besar dimayang
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam 4 sudu besar
Tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning
Masukkan cili kering, goreng sekejap, masukkan sos cili, kicap manis, dan air.
Renehkan sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, capsicum hijau dan 2 sudu besar secukup rasa maggi
1/4 sudu teh garam ..siappp.. Taburkan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Serai Memberi Aroma Yang Pasti Membangkitkan Selera
Resipi Puding Buah Naga Susu Hidangan Manisan Yang Mudah Untuk Sekeluarga
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: