Sebenarnya banyak kelebihan ubi kayu. Pelbagai kuih muih enak boleh dibuat dengan menggunakan ubi kayu ni. Zaman atuk nenek kita dahulu, ubi kayu menjadi makanan utama. Bagi mengimbau zaman tersebut jomlah kita buat kuih muih menggunakan ubi kayu. Kuih orang lama memang tak luput dek zaman. Memang sedap. Makan satu pun dah mengenyangkan.
PULUT UBI KAYU BERINTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut (direndam 4-5 jam) – Boleh beli online di sini
Ubi kayu parut
Nyior (kelapa)
Santan – Boleh beli online di sini
Daun pandan
Gula nisan – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ubi kayu parut, pulut, daun pandan dan santan. Letakkan juga secubit garam.
2.Kukus dalam anggaran masa 15 minit.
3.Sementara itu, buatkan intinya.
4.Gaulkan sebati sehingga kering airnya.
5.Pulut yang telah dimasak tadi, letakkan di dalam daun pisang yang telah dilap bersih.
6.Setelah itu, nak kukus semula. Tak nak kukus pun boleh sebab kuih itu dah sedia dimasak.
Ads
Kredit: Puan Sue Zakaria
KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND
BAHAN BOKO UBI (LAPISAN BAWAH):
3 cawan ubi
Pati ubi yang mendap
3 cawan air
1 cawan gula merah – beli online disini
1/2 cawan gula pasir atau ikut manis yang disukai – beli online disini
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu, perah kemudian baru disukat sebanyak 3 cawan. Ambil sekali pati yang mendap dari perahan tadi. Airnya dibuang.
2.Satukan gula merah, gula pasir, air dan pandan. Masak sehingga larut,
4.Setelah sejuk, tuang ke atas parutan ubi. Masukkan juga pati ubi kemudian gaul semua bahan hingga rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil, kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu.
Ads
BAHAN LAPISAN ATAS:
1/2 cawan tepung beras – beli online disini
4 cawan santan – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
2.Masak guna api sederhana hingga adunan pekat dan meletup-letup.
3.Adunan haruslah sentiasa dikacau untuk mengelakkannya berketul.
4.Tuang adunan ke atas boko ubi tadi. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
BINGKA UBI CARA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu parut
1/2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas, perah ubi kayu yang telah parut. Air perahan jangan dibuang. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air bersama gula merah dan gula pasir. Masak sehingga gula larut. Selepas itu, tapis. Ketepikan.
3. Dalam periuk lain, masukkan mentega. Cairkan dengan api perlahan. Matikan api.
4. Masukkan dalam periuk berisi mentega tadi ubi kayu yang telah diperah dan bancuhan air gula. Gaul rata-rata.
5. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air perahan ubi kayu yang bahagian bawah atau mendapannya. Kacau lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak. Ratakan.
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius. Bakar selama 1 jam.
8. Selepas masak, keluarkan dan biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong-potong.
TIP: Jika mendapan air perahan ubi kayu tidak banyak, boleh masukkan 1 sudu tepung ubi ke dalam adunan.
Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini 2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini 1 cawan gula merah hancur – beli online disini 1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini 2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam). 2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati. 3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental). 4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. 5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja. 6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais) 7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). 8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. 9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya. 10. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Sedapnya Cekodok Labu perkongsian saudari Zurila Ghani ni. Nampak sangat menyelerakan. Menurut empunya resipi lagi, cekodok ni memang lembut. Kalau buat pagi sampai ke malam masih lagi best. Jom cuba. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
CARA BUAT CEKODOK LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu
2-3 sudu makan santan
Air secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Susu pekat manis secukup rasa
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.
4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.
5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.
6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Teringin kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.