Untuk membuat tahi minyak; masak dalam kuali semua bahan dan kacau sampai jadi tahi minyak. Bila dah kekuningan, tutup api. Kemudian tapis. Minyak jangan buang sebab nak letak dalam koleh kacang. Ketepikan.
Untuk buat air gula merah; masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sampai larut gula merah. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk buat koleh kacang; sangai dulu tepung kacang hijau. Lepas sangai tepung tadi, masukkan je bahan yang lain dan kacau rata. Kemudian tapiskan.
Tuang semula ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan sedikit garam jika suka. Masak menggunakan api sederhana. Sntiasa dikacau agar tidak berketul-ketul dan kacau sampai nak pekat.
Keluarkan daun pandan dan kacau sampai likat dan letup-letup.Akhir sekali, letak minyak daripada tahi minyak tadi dan gaul sebati. Biar masak seketika.
Gunakan loyang 9 inci, basahkan dulu/sapu minyak. Adunan yang masak itu terus tuang ke dalam loyang. Ratakan di bahagian atas bagi sama.
Ads
Semasa tengah panas, terus tabur tahi minyak. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Terpulang macam mana nak potong. Selamat mencuba!
Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam adunan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.
KUIH BOM INTI IKAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
Tutup api dan biarkan sejuk.
9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.
10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.