
Korang pernah merasa kimchi stew? Ini adalah rebusan dengan bahan dasar kuah kimchi khas Korea. Biasanya selain kimchi juga diisi pelbagai jenis lauk. Jika tidak ingin menggunakan daging, pakai bahan apa saja sesuai selera anda. Misalnya daging ayam, ikan atau seafood.
Bahan-bahan :
1 mangkuk kecil tanpa air
1 sudu besar Gochujang
3 ekor ketam -belah 2
1/2 mangkuk air kimchi
1 mangkuk kecil air kosong. Boleh tambah air lagi jika suka air banyak.
Minyak untuk menumis
Sedikit Brownsugar & himalayan rock salt
Optional:
Cendawan enoki
Cili besar hijau dan merah
Tauhu
Telur
Keju
Mi segera
Cara memasak:
1. Tumis kimchi bersama gochujang sampai kimchi agak garing.
2. Masukkan air kimchi dan air biasa
3. Gaul sebati dan tunggu hingga menggelegak.
4. Masukkan ketam. Kacau. Dan tunggu ketam masak.
5. Jika nak letak tauhu dan telur, boleh letak waktu ini. Kemudian susun bersama cendawan enoki dan cili potong.
Boleh makan bersama nasi atau dengan mi segera yang telah dicelurkan terlebih dahulu.
Tip:
Jika nak makan homemade ramen/ramyeon yang sedap, lepas letak mi segera yang telah dicelurkan, letak la kepingan keju untuk rasa lebih umph!
Selamat mencuba ! 😉
Kredit:Rozel Linda
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Chicken Korean Spicy Menu Popular K-Drama, Ni Langkah Mudah Memasaknya.
Variasi Sajian Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Kita, Pedas & Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Cuba Variasi Stew Lazat Untuk Sahur Nanti

Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti dan dimakan waktu sahur.
Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan sikit. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.
1. STEW SAYURAN
BAHAN-BAHAN :
- 100gm lobak merah | dipotong kiub
- 100gm ubi kentang | dipotong kiub
- 100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil
- 60gm cendawan shiitake
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 1 biji telur
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasa
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.
- Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging
INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut
- 100gm ubi kentang | dipotong kiub
- 100gm lobak merah | dipotong kiub
- 100gm batang saderi | dipotong kecil
- 60gm cendawan hitam
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa | jika suka
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air rebusan daging dan air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.
- Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.
- Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasa
- Pekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.
- Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew
INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.
3. STEW TAU FOO MERAH
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
- Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
- Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
- Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
- Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.
4. STEW AYAM SHIITAKE.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm isi ayam | dipotong kiub
- 2 batang saderi
- 30gm cendawan shiitake | direndam
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan cili giling
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
- Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.
- Biarkan mendidih
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..
- Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.
INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.
5. STEW UDANG TAUCHOO.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm isi udang
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan cili giling
- 3 sudu makan tauchoo
- Sedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.
- Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidih
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.
- Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa
INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.
RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
Chef Zam Kongsi Cara Buat Beef Stew dan Apple Tarte Tatin Real Punya. Sedap Hingga Tak Terkata!
JUGA RESIPI INI :
Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.
JUGA TONTONLAH VIDEO INI :
Resipi Sup Daging, Tumis Asing Bawang Untuk Lagi Sedap

Isi Kandungan
ToggleResipi sup daging ini lagi sesap kalau tumis asing bawang. Aromanya lagi semerbak harum. Puas makan rendang, kita masak sup daging pula. Tambah sambal kicap. Peh! Memang sedap.
Hirup macam tu pun sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Makan dengan bihun dan mi pun ngam. Ikut selera kita lah ye. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh En. Yayar B. Awang Noh ini.
Resipi Sup Daging
Bahan-bahan:
1kg daging (dipotong kecil) dan direbus menggunakan pc 12mnit…(1kg)
5 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 sudu besar lada hitam – boleh beli online di sini
2 sudu besar rempah sup – boleh beli online di sini
Seinci halia (ketuk) – boleh beli online di sini
1 sudu besar lada sulah – boleh beli online di sini
2 sudu besar stok ayam
Bawang merah (hiris – untuk goreng) – boleh beli online di sini
Air
Sedikit daun daun sup (hiris)
Daun bawang (hiris)
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Dalam sebuah periuk, rebud daging hingga empuk, Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan air untuk kuah sup. Kemudian masukkan halia yang diketuk, bawang putih, lada hitam dan lada sulah. Kacau sekata.
Tambahkan stok ayam dan rempah sup. Biarkan ia mereneh. Tambahkan daun sup dan daun bawang. Apabila daging siap direbus, masukkan daging dalam kuah sup tadi. Perakaan dengan garam secukup rasa.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Ia perlu digoreng asing.
Akhir sekali, tambahkan ke dalam sup tadi. Siap. Semerbak baunya!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Perap Daging Dua Jam Baru Sedap Terangkat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sup Telur Chinese Style, Tambah Crab Stick Lagi Sedap. Memang Tak Cukup Semangkuk

Isi Kandungan
ToggleSup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
- Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
- Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
- Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
- Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
- Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
Kredit: Zurina Zulkefli
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA