Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, 11 kaliganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
foto: http: janellapurcell.com
Walaupun kecil, tapi banyak makanan yang boleh dihasilkan menggunakan kacang ini. Antara yang popular ialah tauhu, tempe, fucuk dan juga air kacang soya.
MANFAAT AIR SOYA
Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang sangat menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Kalau ke pasar malam, memang banyak orang jual air ni. Nikmati sejuk atau panas, dua-duanya sangat enak. Tapi, ia bukan sahaja sedap tapi banyak manfaat untuk tubuh badan.
Kandungan air kacang soya terletak pada komponen dalam soya yang meliputi karbohidrat, serat (fiber), vitamin E dan K, asid lemak essensial. Lisin adalah jenis asid amino yang banyak terkandung dalam air soya.
foto: www.extracrispy.com
Air kacang soya juga merupakan sumber protein yang sangat lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Soya mengandungi sembilan asid amino esensial. Tubuh akan mengubah asid amino menjadi protein baru, termasuk antibodi penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh dan enzim yang membantu sel-sel menghasilkan energi. Setiap secawan air soya tanpa gula, mengandung 7 gram protein.
Air kacang soya juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh manusia. Berikut beberapa kandungan vitamin dan mineral daripada air kacang soya ini :
Ads
Kalsium
Zat Besi
Riboflavin
Vitamin B12
KEBAIKAN AIR SOYA
1. JAGA KESIHATAN JANTUNG
Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling sering dialami oleh lelaki. MayoClinic.com (portal kesihatan dunia) menyarankan untuk melakukan diet rendah lemak tepu dan sodium serta tinggi protein untuk mencegah masalah kardiovaskular. 1 cawan air kacang soya mengandung 3.6 gram lemak, 6.3 gram protein, 104 kalori dan hanya 0,5 gram lemak tepu. Selain rendah kalori, lemak dan tinggi protein, nisbah lemak tepu dan tak tepu kacang soya dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.
2. MENGURANGI KOLESTEROL DALAM DARAH
Antioksidan dalam isoflavon pada kacang-kacangan seperti soya, mampu menaikkan kadar HDL yang baik untuk kesihatan jantung. Manakala lesitin dipercayai dapat membantu menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah yang dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh.
3. MENGURANGI RISIKO DIABETES
Protein di dalam air kacang soya lebih mudah diolah oleh buah pinggang pesakit diabetes, dibandingkan dengan protein haiwan seperti susu lembu.
4. MENCEGAH OSTEOPOROSIS
Osteoporosis merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh bertambahnya usia dan kekurangan hormon. Fitoestrogen dalam kacang soya dapat membantu mempercepat penyerapan kalsium oleh tubuh dan mencegah hilangnya massa tulang yang dapat menyebabkan osteoporosis. Untuk manfaat maksimum, pastikan untuk membeli air kacang soya yang diperkaya dengan kalsium tambahan dan vitamin D.
5. BAGUS UNTUK ORANG DIET
Air kacang soya juga dapat memenuhi keperluan zat bagi yang berdiet. AirAir kacang soya rendah lemak, namun tinggi protein. Walau bagaimana pun, apa juga yang kita ambil perlu bersederhana. Dikatakan air kacang soya tidak bagus diambil oleh mereka menghidap kanser payudara.
P/S: Info ini adalah perkongsian umum sahaja. Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut, boleh berjumpa dengan pakar pemakanan dan pengamal perubatan yang bertauliah.
Ads
RESIPI AIR SOYA HOMEMADE ( Resipi oleh : JJ Pau Mawar)
BAHAN-BAHAN:
250gm kacang soya
1 jug air masak
2-3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya – ikut kemanisan yang anda suka
CARA MEMASAK:
1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang kembang. Buang kulit yang tertanggal.
2. Masukkan 1/4 kacang soya ke dalam pengisar Bersama 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur.
Ads
3. Tapis kisaran kacang tadi ke dalam periuk menggunakan kain kasa atau penapis halus. Perah kacang hingga jadi hampas. Ulang proses yang sama untuk baki kacang yang ada.
4. Setelah habis proses memerah, masak air soya dengan api kecil bersama daun pandan.
5. Tambahkan gula secukup rasa. Kacau hingga larut. Jika suka, boleh masak air gula secara berasingan dan tambah sewaktu hendak diminum.
6. Masak air soya hingga mendidih dan elakkan dari membuak keluar.
7. Padamkan api, biarkan suam dan sedia untuk dinikmati. Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar kopi tentu Kopi Latte menjadi kegemaran bukan? Rasa tidak lengkap perjalanan kehidupan seharian tanpa menghirup secawab Kopi Latte. Terasa begitu nikmat dan bersemangat untuk memulakan hari. Sebenarnya senang sahaja hendak buat Kopi Latte. Madihah Hamid ada kongsikan resipi buat Kopi Latte Ala Kampung. Jom kita cuba buat!
Buah delima memang sangat banyak khasiat sehingga diangkat sebagai antara makanan sunah di muka bumi ini. Disebabkan khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan, maka tidak hairanlah apabila Rasulullah turut menggemari buah ini.
SIRAP DELIMA
BAHAN-BAHAN
180 ml jus delima tanpa gula
200 gram gula pasir
1 liter air soda
50 ml jus limau
1 biji buah delima
Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan jus delima di dalam periuk kecil. Guna api yang sederhana besar.
2. Masak sekitar lima minit. Alihkan dari dapur.
3. Kemudian masukkan gula ke dalam periuk berisi jus tadi dan kacau sehingga gula larut.
4. Biarkan sirap sejuk lebih kurang 30 minit.
5. Masukkan sirap ke dalam peti sejuk selama sejam untuk sejukkan. Tuang sirap sejuk itu ke dalam gelas, masukkan beberapa ketul ais.
6. Tambah air soda dan jus limau. Tambah biji delima ke dalam minuman untuk lebih cantik. Hias dengan daun pudina. Sedia dihidangkan.
Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar 800ml air 100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa Pewarna merah, kuning dan hijau 100gm nata de coco Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa Selasih secukupnya |rendam Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE BAHAN-BAHAN: 750gm tembikai | potong kecil 60gm air limau nipis 3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang Beberapa hirisan limau nipis Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya. 3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula. 4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais. 5. Hias dengan hirisan limau nipis. By @jescookingdiary