
Nak buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak?Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
KEREPEK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:
1 sikat pisang
1 cawan (200g) marjerin
½ kilo minyak masak

Cara membuat:
1.Kupas kulit, sagat dan goreng.

Kredit: Khaula Anis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom Buat Sendiri! Resipi Dumpling Homemade Sangat Sedap.

Sedapnya Dumpling homemade perkongsian Mama Shida ni. Persis dumpling yang dijual di kedai. Rupanya menu ni boleh dihasilkan sendiri di rumah sebab sangat mudah. Bahan-bahan pun ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba ya. Sesuai untuk minum petang dan juga makan malam.
CARA-CARA BUAT DUMPLING HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket kulit dumpling segera bentuk bulat – bei di pasaraya
BAHAN INTI:
- 1 keping dada ayam – kisar
- 1 cawan isi udang – kisar
- Daun bawang secukupnya – hiris
- Daun ketumbar secukupnya – hiris
- Sedikit lobak merah – cincang halus
- 3 biji cendawan shiitake – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan lada sulah
- 2-3 sudu makan tepung ubi
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ayam kisar, udang kisar, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah dan cendawan shiitake ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.
3. Jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan tepung ubi dan serbuk lada sulah. Adun sebati.

5. Ambil sekeping kulit dumpling, isi inti di tengah.

6. Sapu bancuhan tepung ubi di sekeliling dumpling dan lipat dua (seperti lipatan karipap). Tekan-tekan dan kemaskan.
7. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung dumpling supaya membentuk bulat seperti dalam gambar.

8. Kukus dumpling selama 10 minit. Angkat dan boleh dinikmati.
9. Jika suka, dumpling tadi setelah kukus, boleh goreng hingga garing. Nikmati bersama sos kegemaran.

Kredit resipi & foto: Shida Yasin
JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:
Mudah, Jimat. Ini Cara Buat Pizza Homemade Guna Roti Sandwic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bebola Kentang Cheese, Pikat Selera Anak

Kalau ada banyak stok kentang di rumah, bolehlah cuba buat bebola kentang. Nak lagi sedap, letak sikit keju dalam bebola tu. Hidangan macam ni boleh dijadikan kudapan. Kadang budak-budak suka kudapan yang bukan-bukan. Misalnya makanan ringan atau jajan. Kini emak-emak boleh sediakan kudapan yang mengenyangkan untuk anak-anak. Bebola kentang cheese ini boleh dijadikan kudapan yang memberi tenaga untuk anak.
BEBOLA KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN
3 biji ubi kentang
Keju
1 biji telur ayam telur
Tepung Bestari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang sampai empuk. Kemudian lenyek sampai tak berketul-ketul supaya senang nak bulat-bulatkan nanti.
2. Selepas siap lenyek, ambik sikit letak di tapak tangan. Kemudian letak keju dalam adunan kentang sebagai inti dan bulatkan jadi bebola.
3. Pecahkan telur dan kacau. Kemudian salut adunan kentang dengan telur.
4. Golek adunan dalam Tepung Bestari.
5. Goreng sampai warna kekuningan atau sampai masak.
Tip
1. Pastikan minyak masak secukupnya dan kena betul-betul panas sebelum menggoreng.
2. Sedap dimakan dengan sos Cheese atau sos cili.
Resipi oleh Huda Seman dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tepung Goreng Rangup. Cara Bancuh Tepung Beras Paling Menjadi & Mudah!

Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik bila hasilnya betul-betul rangup dan tidak lemau. Cara ini memang sesuai untuk sesiapa yang suka gorengan panas terutamanya pisang goreng, cempedak goreng dan juga ikan celup tepung.

Ramai yang selalu gagal menghasilkan tepung goreng yang rangup dan tidak serap minyak. Ada yang terlalu cair, ada yang terlalu pekat, dan ada juga yang tidak tahu nisbah bahan yang tepat. Dengan menggunakan teknik bancuhan Tepung Goreng Rangup ini, anda dapat membuat gorengan yang menjadi kegemaran ramai dengan hasil yang lebih konsisten. Tepung Goreng Rangup bukan sahaja sesuai untuk pisang dan cempedak, tetapi juga enak digunakan untuk sayur celup tepung, udang, sotong, dan macam-macam lagi.
Cara Bancuh Tepung Untuk Masak Pisang, Cempedak Goreng & Ikan Celup Tepung
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus tepung beras cap gajah
- 5 sudu makan tepung ubi
- 2 biji telur – dipukul
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 3 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula
- Sedikit air kapur
- Air secukupnya
Cara Penyediaan Tepung Goreng Rangup
- Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dibancuh. Bancuhan perlahan-lahan membantu mendapatkan tekstur yang lebih baik.
- Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang dan cempedak mudah disalut tepung. Jika terlalu cair, gorengan akan menjadi nipis dan kurang rangup.
- Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan. Gunakan api sederhana supaya tepung masak sekata dan tidak hangus di bahagian luar.
- Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama teh panas atau kopi o. Memang padu!
Tip Supaya Gorengan Lebih Rangup & Tidak Serap Minyak

- Gunakan tepung beras yang masih baru untuk hasil rangup lebih maksimum.
- Tambahan sedikit tepung ubi membantu tekstur menjadi lebih ringan dan crunchy.
- Masukkan air kapur dalam kuantiti sedikit sahaja kerana ia membantu tekstur gorengan lebih ‘keras’ dan tahan lama kerangupannya.
- Pastikan minyak cukup panas sebelum mencelup bahan untuk mengelakkan gorengan berminyak.
- Jangan goreng terlalu banyak sekaligus kerana ia akan menurunkan suhu minyak.
Kelebihan Menggunakan Bancuhan Tepung Goreng Rangup Ini
Ramai yang memilih cara ini kerana ia sangat serbaguna. Anda boleh gunakan Tepung Goreng Rangup bukan hanya untuk pisang atau cempedak goreng, tetapi juga untuk ikan celup tepung, sotong goreng tepung, bebola sayur, dan pelbagai bahan lain. Dengan bahan-bahan asas seperti tepung beras, tepung ubi, telur dan sedikit air kapur, hasilnya tetap rangup dan sedap dinikmati panas-panas.
Teknik yang betul dalam membancuh tepung juga membantu mendapatkan tekstur yang sekata dan menyeluruh pada gorengan. Bancuhan yang sedikit pekat memudahkan lapisan tepung melekat pada bahan. Selain itu, kombinasi tepung beras dan tepung ubi membantu menghasilkan kepingan tepung yang ringan, rangup dan tidak terlalu keras apabila digigit.
Kredit resipi & foto: Surianti Abd Aziz
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Teknik Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap.
Resipi Keledek Goreng Rangup Macam Peniaga Pisang Goreng Jual
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




