Bila sebut bab masakan, selalunya wanitalah yang kerap berkongsi resipi dan cara membuat menu lauk pauk atau kuih.
Namun kali ini, RASA kongsikan kisah seorang lelaki yang juga seorang chef, yang kerap disangka wanita dek kerana minatnya berkongsi resipi dalam group masakan di Facebook.
Che Azawimie Che Zahari, seorang chef di Hotel UiTM Dungun ini, suka memasak dan menjamu kawan-kawan makan dengan hasil masakannya.
“Saya memang jenis minat buat benda-benda macam ni. Selalu ada je idea dan kreatiti untuk hasilkan menu-menu baru.
“Bagi saya, nak buatnya mudah saja, sebab saya selalu buat deco kek. Jadi idea datang secara tiba-tiba. Try and error saja.
“Disebabkan selalu buat kek dan juga kuih, ramai juga yang ingat saya ni wanita. Siap ada panggil ibu lagi!
“Tapi bila jumpa depan-depan, customer akan minta maaf sebab ingatkan perempuan,” kata Che Azawimie yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Ads
Menyentuh tentang penggunaan pewarna dalam donut, Che Azawimie mempunyai pandangannya sendiri.
“Biasanya saya akan dapat pujian, kecaman tidak adalah. Tapi untuk donut berwarna, saya guna warna yang tidak terlalu terang. Contohnya, warna pastel.
“Kecuali untuk donut hitam yang saya pernah buat sebelum ini, itu tidak dapat dielakkan. Kerana hitam itu adalah campuran serbuk koko dan arang.
“Cumanya untuk golongan makcik lebih suka dengan donut asli, dan golongan muda akan suka dengan donut yang berwarna,” katanya.
DONUT PELANGI @ RAINBOW DOUGHNUTS
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum @ tepung roti – beli online di sini 1 peket kecil yis – beli online di sini 1 sudu besar shortening 1 sudu teh gula – beli online di sini 1 sudu teh garam 1 sudu teh k-fine @ pelembut roti Susu uht secukupnya Perisa & pewarna
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan kering ke dalam mixer. 2. Mix dan uli sampai jadi doh. 3. Masukkan susu sikit-sikit je. Kalau rasa doh tak melekat di tangan, kiranya doh sudah okay.
6. Gelek lagi bagi nipis anggaran 2cm dan terap je. Lepas terap tu, baru rehatkan bagi ye kembang lagi.
7. Dalam anggaran 2 jam, doh donut sudah kembang dengan jayanya. 8. Kemudian, bolehlah digoreng. Pastikan minyak jangan panas sangat.
9. Bila digoreng, pastikan kena kacau selalu. Jangan biarkan, nanti hangit pula. 10. Bila dah masak, angkat dan toskan. Gaulkan dalam gula kastor ketika donut masih panas-panas.
Resipi apam polkadot yang sangat comel dan pasti anak-anak akan suka.
Kuih kecil seperti ini sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis hari lahir anak-anak.
Resipi yang dikongsi Rosehayati Zainuddin, sangat mudah disediakan dan sesuai kalau nak buat aktiviti bersama anak-anak.
APAM POLKADOT COMEL
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (gred A) 2 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan gula halus (kalau nak manis boleh tambah gula) – beli online di sini 2 sudu baking powder 1 cawan susu cair –beli online di sini 1 sudu ovelette 1 sudu vanila Filling (ikut citarasa sendiri, saya bubuh filling blueberry)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayak tepung gandum dengan baking powder. 2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovelette hingga betul-betul kembang dan gebu. 3. Masukkan susu cair dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
Petang macam ni tengah fikir apa yang sedap nak makan dengan bahan-bahan yang terhad ada di rumah. Teringat pula kenikmatan bubur sum sum aduhai bila disiram dengan gula melaka memang tak terkata. Buat kemudian simpan dalam peti sejuk. Memang tak jemu makan.
Bubur Sumsum
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Daun pandan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati. Api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul.
2.Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
3.Padam api dan tuangkan dalam acuan atau dalam bekas. Sejukkan.
Air gula
3 ketul gula Melaka
Sedikit gula putih(ikot kemanisan masing-masing)
Air daun pandan
Cara memasak:
Campur semua dan masak atas api… Siap, Masukkan dalm peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dua-dua. Potong Bubur Sumsum siram dengan air gula.
Emm… enaknya menjamah kuih muih lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Walaupun dekat kedai terlalu banyak manisan dan pencuci mulut moden, kuih muih lama tetap ada peminatnya. Jom, kita cuba resipi yang RASA sediakan ini. Pasti memikat selera semua.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh minyak sapi
1/ 2 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Inti:
200gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dihiris
1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
1 sudu teh serbuk kari
50ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
20gm bawang goreng
20gm daun sup | dihiris
2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
375ml air gula melaka
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
Kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
480gm gula pasir
500ml santan
750ml air
2 keping manisan
CARA MEMASAK:
Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang nangka | dilecek
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm kelapa parut
100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
240gm gula
240gm gula merah
1 liter air
2 sudu teh air kapur
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
100gm tepung kastad
50gm kelapa parut
1 biji kelapa |diambil santan
300gm gula pasir
2 biji telur | dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
125ml minyak kelapa
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...