Selain paprik dan tomyam, kengsom juga antara menu simple yang buat anda ketagih nak makan. Masakan Thai ni kena ada rasa masam, manis dan pedas. Barulah kaw rasanya. Hirup kuah kengsom ni memang layan.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya.
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
Bahan dikisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Sup ikan kalau hanyir memang tak membuka selera. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sup ikan siakap yang sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman di facebook group RASA Share Resepi. Jom cuba.
SUP IKAN SIAKAP
.
BAHAN REMPAH SUP HOMEMADE
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
1/2 sudu kecil lada sulah biji dan lada hitam
4 biji cengkih
2 helai daun salam
2 ulas bawang putih kering
1 inci halia kering
2 kuntum bunga lawang
CARA BUAT REMPAH SUP HOMEMADE
Sangai semua bahan dan kisar kering.
. BAHAN SUP
300 gram tulang lembu
2 inci halia (diketuk)
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (hiris) (BELI DI SINI)
4 ulas bawang putih (hiris) (BELI DI SINI)
1 inci halia (hiris) (BELI DI SINI)
1 sudu besar rempah sup homemade
2 biji tomato (potong kecil)
3 tangkai daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1 ekor ikan siakap
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT SUP
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu kemudian masukkan halia. Biarkan mendidih.
.
.
.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia sehingga sedikit garing.
.
3. Masukkan rempah sup homemade. Tumis lagi.
4. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan tulang tadi.
5. Masukkan tomato dan daun sup yang disimpul. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih lagi.
.
6. Masukkan ikan. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam keadaan ini selama 15 minit.
7. Kemudian perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
.
.
Gulai ikan tenggiri pedas, merah menyala ni tengok rupa pun dah meleleh air liur. Di negeri-negeri Utara, lauk kari disebut gulai. Tapi gulai ni punyalah sedap dan istimewa, pasti makan bertambah ni.
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
6 keping ikan tenggiri
2 sudu besar cili kering
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS;
Daun kari
1 sudu besar halba campur
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
CARA MEMASAK:
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
Selapas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.