Sedapnya Kek Span Pandan Santan. Lembut, gebu dan lemak manisnya tu sedang-sedang elok je. Tengok gambar je pun dah rasa kesedapan kek homemade ni. Jika dulu zaman nenek dan ibu kita, santan dan pandan ni guna untuk buat kuih muih tradisional je. Sekarang, macam-macam boleh diolah guna bahan ni.
Bagi anda yang suka cuba resipi-resipi kek yang enak, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang boleh dimasukkan dalam ‘list’ anda. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Untuk bahan A, pukul putih telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan jus lemon.
3. Pukul lagi hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
Ads
4. Kemudian, dalam bekas berlainan, satukan bahan B dan pukul hingga sebati dan berkrim.
5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian ambil loyang yang bersesuaian, lapik dasar loyang menggunakan baking paper. Kemudian oles dengan marjerin dengan secukupnya.
7. Tuang adunan kek tadi. Jika suka, boleh corak bahagian atas kek ikut kreativiti masing-masing.
8. Ambil satu loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi. Isikan air panas.
9. Letak loyang kek ke dalamnya dan bakar guna teknik double boiler selama 70 minit menggunakan api atas bawah.
Ads
10. Bila kek masak, sejukkan seketika dan bolehlah dinikmati.
Biasanya kalau nak masak Fetuccine atau Spageti Carbonara, kita beli sos carbonara segera di pasar raya. Kadang kala tak berapa nak kena dengan selera. Sos carbonara ni sebenarnya mudah je kalau nak buat secara homemade. Jom lihat resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Boleh cuba nanti.
RESIPI SOS CARBONARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 3 ketul isi ayam – potong dadu 3 sudu makan marjerin @ mentega – beli online DISINI 4 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI 3 keping keju 1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online DISINI Sedikit garam Oregano kering secukupnya – beli online DISINI 3 ulas bawang putih – cincang halus 1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online DISINI 1 sudu makan minyak masak 5 cawan air Pasta (fetuccine @ spageti) yang direbus – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, bawang putih cincang dan serbuk lada hitam. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau hingga masak.
3. Kecilkan api dan masukkan marjerin @ mentega. Biarkan cair.
4. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati bersama ayam dan marjerin @ mentega.
5. Tambahkan air dan sebatikan sehingga tiada ketulan tepung dan kuah menjadi likat. Masak guna api sederhana.
6. Seterusnya masukkan kepingan keju, serbuk pati ayam dan sedikit garam.
7. Akhir sekali, masukkan oregano dan sebatikan. Padamkan api.
Buat yang suka makan dan buat kek, kena tahu cara-cara mudah untuk membuatnya. Untuk mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk. Timbang bahan dengan tepat barulah kek menjadi dengan elok dan enak rasa.
KEK OREN BIJI POPI
BAHAN KEK:
5 biji telur gred A
300gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
300gm cawan tepung gandum
200gm gula kastor
3/4 cawan perahan jus oren
¼ cawan susu segar
2 sudu makan parutan kulit oren
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
70gm biji popi
BAHAN ISING CREAMCHEESE:
200gm gula ising | ayak
150gm creamcheese | dilembutkan pada suhu bilik
150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum serbuk penaik. Ketepikan.
Campurkan jus oren, susu dan esen vanila di dalam mangkuk. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan biji popi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli, bermula dan diakhiri dengan tepung.
Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
Untuk membuat ising; Pukul mentega dan creamcheese hingga sebati. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan aising di atas lapisan kemudian letakkan lapisan kek yang kedua. Salutkan kek dengan lebihan ising, atau boleh terus dihidangkan tanpa disalut (naked cake style). Hias dengan isi buah oren.
KEK PISTACHIO DAN KARAMEL MASIN
BAHAN KEK:
3 biji telur gred A
200gm gula kastor
250ml minyak jagung
250ml susu segar
350gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
70gm kacang pistachio | hancurkan kasar
BAHAN KARAMEL MASIN:
200g gula
3 sudu makan air
90g mentega | potong kiub
120ml krim (whipping cream/heavy cream)
1 sudu teh garam
BAHAN ISING BUTTERCREAM:
150gm gula ising | ayak
150gm lemak sayuran (shortening)
150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
Pukul telur, gula kastor dan garam hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan susu dan minyak jagung perlahan-lahan.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan paling perlahan hingga adunan sebati. Jangan pukul terlalu lama.
Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
Taburkan kacang pistachio ke adunan kek. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
Untuk membuat ising; Pukul kesemua bahan kecuali esen vanila hingga kembang. Masukkan mentega kacang, putar sehingga sebati.
Untuk membuat karamel masin; Masak gula, garam dan air di dalam pan yang mempunyai dasar yang tebal di atas api sederhana. Masak hingga gula berwarna perang.
Masukkan mentega perlahan-lahan. Karamel akan berbuih apabila mentega dimasukkan. Kacau dengan laju dan berhati-hati hingga mentega cair sepenuhnya. Masukkan krim dan teruskan mengacau selama seminit. Angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan ising di atas lapisan kemudian taburkan kacang pistachio. Ulang langkah ini dengan satu lagi lapisan kek, ising dan kacang.
Salutkan kek dengan lebihan ising. Sudukan karamel di atas kek. Hias dengan kacang pistachio.
KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN:
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
KEK COKLAT KACANG HAZEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kacang Hazel | dibakar dan dikisar halus menjadi serbuk seperti tepung
80gm koko
100gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
5 biji telur | asingkan putih dan kuningnya
300gm gula kastor
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
Tapis serbuk kacang hazel dan koko bersama.
Pukul kuning telur bersama 200 gram gula kastor. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
Masukkan campuran koko dan kacang hazel. Kaup balik adunan.
Dalam mangkuk adunan lain yang bersih, pukul putih telur dan masukkan lebihan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental. Kaup balik ke dalam adunan tadi perlahan-lahan sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak.
Boleh bakar sebiji atau jadikan seperti kek cawan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu makan malam teringin pula nak makan bubur nasi. Kalau orang Terengganu panggil nasi air. Walau apa pun sebutan, ia memang sedap dimakan tak kira waktu. Letak di atasnya ayam yang dicarik, daging yang dipotong nipis dan kalau suka boleh buat minyak bawang putih untuk makan dengan nasi air ni. Jomlah kita buat.
NASI AIR TERENGGANU Bahan-bahan: 5 ketul ayam (rebus bersama kuah sup. Bila masak keluarkan, lumurkan dengan kicap pekat manis dan gorengkan bagi kekuning-kuningan. Kemudian carik- carikkan isinya,ketepikan) 250gram daging( dibasuh bersih kemudian direbus sekali dalam kuah sup.Bila masak keluarkan.Potong nipis-nipis,ketepikan) 10 batang kaki ayam( direbus hingga empuk dalam sup). Kalau tak ada pun tak apa.Kalau ada lagi sedap.
Bahan tumisan: 5 biji bawang merah ( dimayang) 3 biji bawang putih (dimayang) 1 inci halia (diketuk) Rempah 4 sekawan Minyak masak
Bahan lain: 1 sup bunjut 1 kiub pati lembu (kalau tak ada pati ayam boleh) 2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah) Kangkung(celur) Taugeh(celur) Daun sup dan bawang Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa Batang saderi 2 sudu besar sos ikan Telur masin(potong 4) Bilis goreng Daun ketumbar
Cara membuat: 1.Mula-mula masukkan minyak, tumis bahan tumisan,bawang 2.Dah wangi,masukkan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. 3.Masukkan sedikit air dan sup bunjut,akar ketumbar dan sedikit batang dan daun ketumbar. 4.Kacau,tambahkan air. 5.Masukkan daging,ayam kacau kaki ayam. 6.Masukkan pati lembu,sedikit daun sup,kicap,sos ikan,garam, gula ,serbuk perasa secukupnya.Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
Resipi air lada 1 biji cili besar merah 8 biji cili padi atau thai 1 inci gula melaka Gula pasir Garam Perasa 2 sudu besar cuka makan
Cara membuat: 1.Kisar halus bahan 1 hingga 6 dengan sedikit sahaja air. Keluarkan. 2.Masukkan dalam kuali,panaskan. 3.Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Siap.
Cara masak bubur: 1 cawan beras 1 inci halia(diketuk) Garam
Cara membuat: 1.Beras digoreng kemudian dikisar dalam blender. Sukatan beras 1 cawan beras 7 cawan air. 2.Masak dengan api perlahan. 3.Masukkan halia dan garam. Masak sampai jadi bubur.
Nikmati Pak Choy Goreng Telur yang ringkas, sihat dan sangat sedap. Resipi mudah 10 minit ini padat dengan rasa umami dan sesuai untuk hidangan harian.