Kek sering menjadi kesukaan ramai tambah pula yang viral. Ada saja yang suka cuba, nak merasa sejauh mana keenakan kek itu. Tak kurang juga yang nak membuatnya sendiri. Jom cuba buat kek pistachio cheese viral ni.
Bila Pistachio berpadu dengan cheese memang dua kali ganda sedapnya. Memang confirm tak cukup sepotong. Bila dah buat banyak, bolehlah bagi kawan-kawan rasa. Kalau sedap boleh jana pendapatan dari air tangan sendiri.
Kek Pistachio Cheese Viral
Bahan-bahan kek:
10 biji telur
1 sudu besar ovalate
2 cawan gula halus
4 cawan tepung self rising
1 sudu besar esen vanila cremy(wajib)
Satukan dalam bowl mix perlahan sampai separa gebu
Masuk kan 1/2 cawan susu full cream
Ads
Mix sampai gebu
Sementara tunggu mix tadi boleh cairkan majerin 250g
Bila dah cair sukat 1/2 cawan masuk dalam adunan tadi gaul dengan spatula.
Isi dalam bekas biru siap-siap spray panola ya bekas biru saiz 5
Wrap platik wrap dan kukus 18 minit.
Topping (paling penting sekali kene tengok betul-betul sebab mak round 6 kali untuk dapatkan rasa pistachio dalam cheese sebab bila bercampur cheese pistachio flavour akan tenggelam jadi korang kene ikut betul-betul sukatan ya)
500g kacang pistachio bakar
250g kisar hancur
250g kisar kasar
500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan full cream
1 cawan whipping non dairy vivo
2 sudu besar emolco pistachio
2 sudu besar pes pistachio
Blender sampai pekat
Tambah 100g pistachio yang dikisar hancur
Ads
Kacau sebati
Ok tuang pada kek tadi.
Tabur kacang pistachio halus dulu baru tabur yang kasar.
Selamat mencuba semua.
Tak perlu letak colour lagi sebab emulco tadi dah dtgkan colour cantik pada cream.
Kek batik coklat ni memang macam macam variasi ada. Min paling suka Kek Batik Coklat Ganache yang diliputi coklat ganache yang mencair di mulut. Kek batik ni buatnya mudah aje. Jom semak resipi perkongsian dari Haslina Md Ali.
Dapat makan dengan kopi atau teh memang sedap nih. Memang senang sangat memasaknya.
KEK BATIK COKLAT GANACHE
.
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
200gm milo (paket kecil)
2 sudu besar susu pekat manis | kalau korang kuat manis masukkan la lebih
1 sudu besar serbuk koko
1 paket biskut marie | patahkan kecil-kecil
1/4 cawan air panas
Bahan coklat ganache :
100gm dark coklat
100gm milk coklat
200gm whipping cream (anchor)
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK :
Cara buat kek batik : 1. Cairkan mentega (guna kuali lebih senang) 2. Masukkan 2 sudu susu pekat 3. Masukkan milo 4. Masukkan serbuk koko 5. Air panas sedikit 6. Gunakan api kecil, kacau hingga tak berketul. Dah okay masukkan biskut Marie. 7. Kacau sebati pastikan semua biskut kena coklat. 8. Ambil loyang letak baking paper. Masukkan dalam loyang, mampatkan sehingga betul=betul padat. 9. Masukkan dalam peti ais sekurangnya empat jam.
Cara buat coklat ganache : 1. Double boilkan semua (dalam bekas beralas air panas) dah siap. 2. Curah atas kek batik. Ratakan coklat biar semua penjuru kena. Masuk dalam peti ais dan Sejukkan lagi. 3. Potong besar mana ikut suka. Siap untuk dimakan.
Kredit : haslinah md ali
Ingin membeli belah perkakas dapur dan keperluan rumah, jom layari DI SINI.Banyak pilihan dengan harga tawaran menarik buat anda.
Ada yang craving kek coklat? Memang ia jadi kegemaran ramai. Paling suka ialah anak-anak. Sehari pun boleh habis dihadap. Jadi nak buat kek kesukaan ni tak perlu beli bahan mahal. Boleh follow cara Azlina Ina Fans. Sumpah senang,cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek kebabom.
Kek Coklat
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula (suka manis boleh tambah)
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung self rising -beli online di sini+ 1 sudu kecil soda bikarbonat-beli online di sini
atau kalau tak ada boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak)
1/2 cawan serbuk koko (kalau tak ada Milo pun boleh
1/4 cawan air panas
Cara membuat:
1.Masuk telur dengan gula. Kacau tak payah kembang pun.
2.Masuk minyak kacau sampai sebati.
3.Masuk tepung.
4.Masuk serbuk koko, kacau perlahan-lahan sampai sebati.
5.Masuk air panas, ok dah cair elok.
6.Macam ni rupa adunan kek kita. Masuk loyang saiz. Bakar suhu 170 masa 50 minit atau kukus 40 minit.
Walaupun bukan hari raya apa salahnya buat biskut? Lagipun biskut ni sedap dan kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang kita mahu. Jadi, kalau nak lebih elok dimakan, buatlah kurang manis. Biskut ni senang je nak dibuat. Sudahlah senang, sedap pulak tu. Jom try buat.
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata.
4. Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah.
5. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.