Mungkin ini kali pertama anda membuat kek. Tapi jangan takut, ikut saja langkah demi langkah pasti menjadi kek yang dibuat nanti. Kek pandan ni memang tak jemu makan. Kek ni tak muak dan sangat sedap dimakan sebab tidak menggunakan butter atau marjerin..
Kek pandan bersantan gebu
Ads
Bahan-bahan
6 biji telur
2 cawan gula kastor (tak nak manis boleh kurangkan)
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum (saya guna self raising brand blue key)
1 sudu makan serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 kotak santan kara (200ml)
2 sudu makan susu pekat
Sedikit pewarna hijau
Sedikit emulco pandan (Optional)
Cara memasak:
1.Putar telur, sambil tu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar..putar sampai kembang.
2.Kemudian, masukkan ovalette dan susu pekat..putar sehingga kembang dan adunan menjadi gebu..
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Masa ni kaup balikkan pun boleh,tapi saya mixer je semua.
4.Akhir sekali masukkan santan+perwarna dan emulco pandan. Sebatikan.
5.Bakar pada suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
*Kalau guna tepung naik sendiri.tak perlu letak serbuk penaik ya
Ads
*Tip nak kek gebu gebas..pastikan pukul sampai kembang dan gebu adunan untuk menghasilkan kek yang ala-ala sponge kek.
Wow… Rainbow Cheesekut @ Saltcheesekutperkongsian saudari Ada Suhaq ni nampak sangat sedap dan menarik. Biasanya jika membuat Cheesekut, warnanya putih sahaja kan? Kali ini dengan penambahan pewarn makanan, naik seri! Anak-anak pasti tertarik nak cuba manisan berwarna pelangi sebegini. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. Satukan krim keju dan susu pekat manis di dalam bekas. Pukul hingga sebati dan bercampur rata. 2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna yang disukai.
3. Celup biskut Saltcheese ke dalam susu full cream. Kemudian susun satu lapis dalam bekas bersesuaian. 4. Sudukan krim keju yang diwarnakan tadi. 5. Celup biskut di dalam susu kemudian lapiskan kembali seperti langkah nombor 3. Ulang langkah sama hingga mendapat ketebalan yang disukai. 6. Untuk lapisan akhir, taburkan nestum dengan secukupnya. 7. Sejukkan Cheesekut dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong dan dinikmati.
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Kek Ribut ni memang jadi kegilaan ramai terutamanya bagi penggemar Kek Coklat. Mana tidaknya, lihat sahaja lelehan coklat yang melimpah ruah tu, memang memukau. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang menarik perhatian RASA. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.