Tepung pelita antara menu yang popular waktu bulan puasa. Jika biasa anda lihat tepung pelita yang dijual ada warna hijau dan putih, namun untuk resipi tepung pelita asli Pahang ini hanyalah berwarna putih.
Menurut perkongsian daripada Nur Fadzillah Ibrahim, tepung pelita asli Pahang memang hanya berwarna putih sahaja dan tiada lapisan hijau yang biasa dijual di gerai.
CARA BUAT TEPUNG PELITA ORIGINAL PAHANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online di sini 5 cawan santan (kalau guna santan kotak, 1 liter) – beli online di sini 3 cawan air suam Sedikit garam Kelongsong daun pisang (saya buat ukuran 8cmx10cm) Gula
1. Satukan santan dan air suam. Kacau-kacau sekejap. 2. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung beras. Kacau rata dan masukkan garam. Biarkan dalam 10 minit.
3. Untuk hasil yang terbaik, kena guna skill merasa dengan jari. Jika masih ada rasa macam pasir, tambahkan air suam sedikit demi sedikit sehingga hilang rasa pasir tu. Kalau rasa dia licin, ia siap untuk dikukus.
4. Panaskan alat pengukus. Api jangan kuat ye. Nanti permukaan tepung pelita tak cantik. 5. Isi gula ke dalam kelongsong tepung pelita kemudian barulah isi adunan tadi dan kukus. Kukus dalam 10–15 minit.
Masak Kentang Ikan Bilis Berempah ni senang je! Siapa je tak suka lauk mudah dan sedap. Jimat masa kita nak memasak di dapur. Resipi asal Kentang Ikan Bilis Berempah telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di facebook ni memang menarik betul dengan perkongsian sebanyak 2400 ribu. Bahan utama cuma kentang dan ikan bilis. Ada lauk ni je pun dah cukup dah kalau orang bujang, lepastu tinggal masak nasi panas je fuhhh layan makan lauk ni. Jom kita cuba resipi ni.
KENTANG IKAN BILIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing. (Angkat dan ketepikan)
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga masak rangup. (Angkat dan ketepikan)
3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak .
5. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata .
6. Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.
7. Masukkan cili hijau, cili merah , ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi , gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.
Roti leper ini dikatakan berasal dari Italy. Ada pelbagai resipi focaccia ni, yang paling menonjol ialah Rosemary Focaccia. Bahagian atas roti ni boleh ditambah pelbagai bahan seperti hirisan buah zaitun, cincangan bawang putih, daun parsley/rosemary/thyme dan lain-lain. Hari ini Chef Sue kongsi cara buat dua jenis focaccia bread. Satu jenis yang agak gebu dan satu jenis lagi yang leper dan garing. Tapi dohnya adalah dari resipi yang sama. Roti ni sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Kalau tekak melayu, makanlah cicah kuah kari ke, sambal tumis ke atau cicah dalam kopi O panas .
FOCACCIA BREAD Bahan-bahan: 3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 1/3 cawan air suam (lukewarm) 1 cawan minyak zaitun 11grams yis kering-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan madu asli-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh garam halus
Cadangan bahan-bahan lain: Cincangan bawang putih Daun parsley kering/segar Daun Rosemary Minyak zaitun Hirisan buah zaitun hitam/hijau Flaky sea salt (jika suka)
Cara membuat: 1. Tuang air suam dalam mangkuk pengadun. Tabur yis kering dan kacau rata. Biarkan 5-10 minit hingga yis kembang/berbuih. 2. Masukkan minyak zaitun, madu asli, garam dan tepung gandum yang dah diayak ke dalam mangkuk pengadun berisi yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk. (8-10 minit medium speed). 3. Bulatkan doh, letak dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Rehatkan doh 45-60 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 4. Keluarkan doh dari mangkuk dan tumbuk-tumbuk untuk buang lebihan angin yang terperangkap.
5. Canaikan doh menjadi empat segi (bulat pun boleh) pada ketebalan yang diingini. Saya buat 2 jenis, satu tebal sedikit (lebih kurang 1 inci) & satu lagi sedikit leper (1/2 inci). Letakkan doh ke dalam dulang yang dah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.
6. Gunakan hujung jari dan tekan doh (tapi jangan tekan sampai berlubang) pada beberapa tempat dan rehatkan doh 15-20 minit.
7. Sapu permukaan doh dengan minyak zaitun secukupnya. Susun daun Rosemary dalam lubang-lubang tadi. Tabur daun parsley dan flaky sea salt. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti dalam cadangan). 8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga roti keperang-perangan. Potong roti dan hidangkan panas
Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
SOTO AYAM BLC
BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu makan serbuk lada putih (2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga 2 sm kayu manis
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia 1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk 2 ulas bawang putih | ditumbuk Kicap lemak manis ikut suka 1 -2 biji limau kasturi (perah airnya) (Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau. 3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. 4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika. 5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam. 8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur. 9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik. 10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF:Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti Garam secukup rasa Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi 500gm ikan parang | direbus & ambil isi 500gm udang basah | rebus & ambil isi 3 keping ikan kurau masin 5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
8 keping asam gelugur 3 biji kelapa parut (ambil santan pekat) 1 sudu makan gula melaka 1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 10 batang serai 4 sm halia 4 sm lengkuas 2 sm kunyit hidup 3 sm belacan 9 sudu makan biji ketumbar 3 sudu makan biji jintan putih 3 sudu makan jintan putih 2 biji buah keras 4 sudu makan kerisik
Limau kasturi | dipotong untuk diperah Tauge Daun kesum @ daun selasih Timun Sambal belacan Bawang besar | dipotong bulat Kacang panjang Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang 1 biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk Minyak untuk menumis 1 ikat kangkung 1 lobak merah | dipotong jejari 50 gm kubis bunga 350 gm bihun | direndam dengan air biasa Air secukupnya 4-5 keping keropok mentah Garam secukup rasa
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan. 2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau. 3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk. 4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF :Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili 150 gm halia | dihiris nipis 200 gm ulas bawang putih | diketuk 180 gm bawang kecil 80 gm serai| dihiris halus ½ cawan minyak masak 2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu 1 ½ sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk jintan putih 600 gm udang yabby 200 gm kek ikan (sudah dimasak) ¼ cawan minyak masak 200 ml santan kelapa 1 liter air stok ayam 10 keping tofu (jika suka) 12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit 400 gm mi laksa 2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher 3 biji telur rebus lembut Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas. 6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF:Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Onde-Onde Coklat ialah kuih tradisional dengan inti coklat cair yang lembut dan lazat. Ikuti resipi lengkap, tip penyediaan serta rahsia menghasilkan onde-onde yang kenyal dan harum.