Bagi penggemar durian yang dah tak tahu nak buat apa dengan stok durian yang kat rumah tu, meh pakat buat dua ‘dessert’ berasaskan durian ni. Resipi ni sumbangan dari Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang
2 resepi yang patut anda cuba ni ialah Kek Keju Durian dan Puff Krim Durian. Memang sedap, terbaiklah.
KEK KEJU DURIAN
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
250 gm krim keju
175 gm gula kaster
3 biji kuning telur
200 gm krim putar
40 gm gelatin
100gm isi durian
Bahan lapisan bawah :
200gm biskut Orea hancur
120gm mentega dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Satukan biskut bersama mentega yang dicairkan, gaul rata dan terap dalam acuan kek bersaiz 25 sm. 2. Pukul krim keju bersama gula hingga kembang dan berkrim. 3. Masukkan telur dan pukul rata dan masukkan pula krim putar dan kemudian gelatin. 4. Akhir sekali masukkan isi buah durian, gaul rata. 5. Tuang dalam acuan dan simpan di dalam peti ais semalaman
KRIM PUFF DURIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 ml air
150 gm mentega
1/2 sudu teh garam halus
350 gm tepung gandum | diayak
7 biji telur
Bahan krim durian :
Ads
500 gm krim putar
5 titik pewarna kuning
200 gm isi durian
CARA MEMASAK : 1. Panaskan air,masukkan garam dan mentega. Masak hingga mendidih dan mentega cair 2. Masukkan tepung gaul rata hingga menjadi doh. 3. Pukul guna mesin sehingga suam kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji hingga doh licin. 4. Guna piping beg bentukkan di atas dulang pembakar 5. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap dan ketepikan
Cara masak krim durian: 6. Pukul semua bahan sehingga rata, guna piping bag dan isikan dalam puff tadi. 7. Puff sedia untuk dihidang
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN BARANGAN ELEKTRIK YANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Jika tekak terasa nak makan maggi goreng, pastinya kedai mamak yang menjadi pilihan. Rasanya yang padu, cukup rencah serta enak berperisa pastinya memenuhi selera. Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api perkongsian saudari Adnilsam Apat.
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali ( perencah guna 1 1/2 je dari 3 paket )
Udang, sotong atau isi ayam | terpulang pada citarasa masing-masing
3 ulas bawang putih | ditumbuk
3 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili masak | ditumbuk halus
5 biji cili padi merah | ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Kubis @ sawi secukupnya
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Tapi jangan sampai kembang ye..
Siramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan. ( supaya maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti. ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata dan pecahkan telur. Tutup telur dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kubis @ sawi. Kacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
Boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah, bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati.
Sedapnya Ayam Goreng Belengas, resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan bila balik kerja atau dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah. Bak kata empunya resipi, makan kering-kering dengan petai dan sambal belacan, lagilah buka selera. Jadi bagi anda yang teringin nak makan Daging Goreng Belengas viral tu tapi tak boleh makan daging, cubalah resipi ni. Sama sedapnya. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
5 batang kacang panjang
1 biji bawang holland
1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong tadi. Kemudian gaul ayam dengan kunyit dan garam seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng ayam hingga garing.
3. Ketepikan ayam di pinggir kuali kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili yang siap dimayang. Biar layu sekejap.
5. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang.
7.Gaul-gaul sekejap. Jika suka rasa rangup Kacang Panjang, gaul sekejap sahaja kemudian tutup api.
8. Siap. Ayam Goreng Belengas sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...