Kalau anda peminat kek keju, anda patut cuba resipi ini. Memang sedap dan sangat lembut. Walau terlihat bahannya agak banyak, tetapi sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk membuatnya. Yang penting, anda perlu ikut sukatan betul-betul dan pastikan semua bahan ada. Selamat mencuba dan menikmati kek keju Jepun yang Gebus Gebas.
BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
Ads
100gm susu segar
50gm mentega
250gm krim keju
Bahagian B:
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
20gm tepung jagung
60gm tepung kek
Bahagian C:
Ads
6 biji putih telur
140gm gula kastor
1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
Saiz Hidangan: 8 hingga 10 orang Waktu Memasak: 1 jam 30 min Jenis Hidangan: Kek Keistimewaan: Sangat lembut dan tidak muak Cara Memasak: Bakar Anggaran harga:RM30-RM40
Ads
INFO CHEF: Kaedah ‘water bath’ ialah dengan melapiskan loyang kek dengan loyang yang lebih lebar dan dituangkan dengan air panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menjelang nak hari raya ni, dah bolehlah buat biskut raya pilihan. Bolehlah buat biskut yang senang dan sedap,biskut Florentine. Resipi ni boleh dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal sikit dari mereka yang buat jualan. Memang berbaloi la buat sendiri.
Bahan-bahan: 500 gram golden florentina 250 gram flake almond 250 gram green pumpkin seed 250 gram sun flower seed 100 gram black sesame seed
Cara membuat: 1. Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit) 5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Apa kudapan yang mudah dan sedap nak buat ni? Puas fikir akhirnya kita buat coklat bubble rice. Gerenti bukan hanya kita yang suka, gerenti jadi rebutan semua.
Sambil berborak sambil makan, tanpa sedar habis jua sebalang. Ikut resipi yang dikongsikan ini boleh agak agak bahannya, sebanyak mana yang nak dihasilkan.
Chocolate Bubble Rice
Bahan-bahan:
Bubble rice Minyak masak Coklat beryls
Cara membuat:
1.Double boil coklat milk compound jenama beryls.Letak minyak masak sikit. Semua agak-agak je bahan ikut cita rasa anda.
2.Dah siap ketepikan. Kemudian sejukkan.
3.Bakar bubble rice 10-15 minit,130c (bergantung pada oven masing-masing).Bakar sekejap untuk bagi crunchy sikit.
4.Tuang coklat yang dah sejuk dulu kemudian baru letak bubble rice. Bubble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.
5.Tuang lagi coklat, dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras. Dah sejuk baru keluarkan dan potong.
Coklat cip memang kegemaran anak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.
Foto : pinterest.com . Tentulah tak cantik kalau biskut ‘flat’ macam ni
Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM
Foto : pinterest.com
Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)
Foto : pinterest.com
Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG
foto : pinterest.com
Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
Foto : pinterest
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Foto : sweet.serious.com
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
Foto : pinterest
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
Foto : pinterest.com
BAHAN-BAHAN :
7 sudu besar mentega
¾ cawan gula halus
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
½ sudu baking soda
¼ sudu teh garam
1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar Masa penyediaan : 45 minit Masa memasak : 9 minit