image-1-400x400

Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .

BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji telur

*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut

  • 60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
  • 80 gm gula pasir (3/4 cawan)

*gula halus pon boleh asal bukan gula batu

p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.

CARA MEMASAK:

LANGKAH 1 :

  • Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk guna tangan pun boleh.

LANGKAH 2 :

IKLAN
  • Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.

LANGKAH 3 :

  • Setelah itu masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.

LANGKAH 4 :

  • Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.

LANGKAH 5 :

  • Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.

LANGKAH 6 :

  • Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.

LANGKAH 7 :

IKLAN
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
  • Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuannya bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.

LANGKAH 8 :

  • Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.

LANGKAH 9 :

  • Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.

LANGKAH 10 :

  • Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.

Kredit resepi & gambar: Earney Atyesha via MAHN

IKLAN

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini

Cara Buat Kek Kelapa Ikut Sukatan Cawan

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Acuan Muffin

Resipi Kek Marble Klasik Lembut & Gebu Tanpa Guna Ovalette

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI