Kek coklat bajet. Tepung kek beli kat kedai Eco je. Siapa pernah beli tepung kek di kedai yang terkenal dengan harga barang-barangnya yang cukup murah itu?
Jangan tak percaya, sedap tau dan menjadi kek yang dibuat. Puan Sally Mallyini berkongsi resipi dan cara membuat kek bajet guna tepung kek yang dibeli di kedai Eco tu. Menurutnya, beli 2 pek bersama cawan, total RM6.36. Dapat 10 cawan kek! Jimat sungguh.
Selain itu, kek itu tetap sedap dan mudah je nak membuatnya.
Musim cuti sekolah, anak-anak kat rumah jadi kenalah sediakan makanan secukupnya untuk mereka. Minum petang bolehlah buat kek cawan ini. Selamat mencuba!
Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco
Bahan-bahan:
2 pek tepung Moist Cake Mix (beli di Eco)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
1 cawan air masak
Sesudu makan Nutella (option)
IKLAN
Coklat chips (option)
Cara Memasak:
Bancuh sebati semua bahan dalam satu bekas.
Tambah sedikit Nutella untuk lebih sedap.
IKLAN
Kemudian tabur coklat chips di atasnya nak bagi lagi meriah. Tapi ini pilihan. Tak bubuh pun tak apa.
Bakar dlm air fryer 170’C selama 30 min, bergantung pd airfryer masing-masing. Nak kukus boleh, nk masuk dalam oven pun boleh. Tapi saya guna airfryer lebih mudah. Pakai cawan supaya senang ank-anak nak makan. Sedap sangat, gebu dan lembut.
Ada individu gemar makan kek, namun tidak dapat menikmatinya kerana alah dengan gluten. Apa itu gluten? Gluten adalah sejenis protein lekit yang terdapat dalam tepung gandum.
Justeru, bagaimana individu yang ada alahan sebegini hendak menikmati kek?
Melalui seorang pejuang Thalassemia, Nurul Nadia, telah berkongsi resipi Kek Orange Zest Premium. Menariknya, kek ini sesuai dinikmati oleh individu yang alah dengan gluten termasuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.
“Sebenarnya yang mula buat gluten free ni, suami saya. Dia memang amalkan pantang pelbagai makanan sebab dia ada masalah GERD. Orang yang ada GERD ni automatik ada anxiety dan gandum boleh triggered badan dia jadi tak sihat,” kata Nurul Nadia.
Akhirnya, Nadia juga turut amalkan gluten free apabila anak sulung mereka pun ada anemia teruk dan ada masa tantrum luar kawal. Anak kedua pula ada masalah sembelit sejak kecil. Kedua-duanya memang gemar makan roti dan selepas ditukar kepada roti tanpa gluten, memang nampak banyak perubahan pada kesihatan.
“Sebelum ini saya makan gandum kerana kesan tak seteruk suami. Suami saya kalau makan gandum akan jadi mata kabur, badan terasa melayang dan letih. Tapi sekarang saya dapat rasa susah nak kawal emosi contohnya marah anak sebab mereka bising. Namun apabila saya elakkan gandum, saya dapat rasa emosi cepat marah itu lebih terkawal,” kata Nurul Nadia lagi.
Jom kita lihat resipinya.
KEK TANPA GANDUM ORANGE ZET PREMIUM
BAHAN-BAHAN
1 biji buah oren (kulitnya disagat dan isinya dikisar)
226 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
226 gram gula tebu organik (boleh kurangkan jika tak suka manis)
283 gram tepung tanpa gluten (tepung beras dan kanji kentang dicampur)
5 sudu besar jus oren (pilihan kalau suka rasa masam)
3 biji telur ayam
3 sudu teh baking powder
¼ sudu teh baking soda
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 160°C
2. Kisarkan buah oren sampai halus.
3. Campurkan mentega dan gula di dalam mesin pengadun.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda.
5. Masukkan buah oren yang dikisar, kulit yang disagat dan jus berserta tepung, telur ayam, baking powder dan baking soda ke dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga tidak berketul.
6. Bancuhan dimasukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 160°C (bergantung kepada jenis oven).
7. Apabila siap, sejukkan selama 10 minit sebelum keluarkan kek daripada loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Tetap gebu walau tanpa gandum.
Apa Istimewanya Kek Ini?
1) Tanpa gandum. Sesuai untuk mereka yang alah dengan gluten.
2) Rasa buah oren sebenar.
3) Tanpa pewarna tiruan.
INFO MENGENAI GLUTEN
1) Gluten adalah sejenis protein yang ada dalam gandum. Apabila sebut gandum, bukan saja tepung tapi termasuk jugalah barli dan yang seangkatan dengannya.
2) Gluten free adalah istilah pola pemakanan bagi individu yang alah kepada gluten atau bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan bagi tempoh masa lebih lama.
3) Sesetengah individu tidak dapat mencerna gluten yang masuk dalam badan walaupun sedikit. Ada yang 10 tahun makan masih baik tapi tiba-tiba selepas tahun ke-11 terdapat alergi dan reaksi badan. Apabila gluten tidak dapat dicerna oleh perut, tubuh memberi respon antibodi bahawa ada ancaman pada tubuh (daripada gluten tadi) dan menyerang lapisan dinding usus sehingga mengakibatkan pembengkakan atau kata lain disebut sebagai radang.
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini pastinya sedikit berbeza disebabkan virus Covid 19. Namun kemeriahannya pasti boleh dirasa dengan menyediakan pelbagai sajian yang boleh membangkitkan kemeriahan perayaan. Macam biskut yang unik ni. Biskut Limau Pokkan Mandarin; persis limau yang sebenar. Pasti anak-anak tak sabar nak rasa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
30ml perahan limau pokkan atau orange paste. (boleh juga guna sirap sunquick)
Cengkih dibuang bunganya (secukupnya)
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain ( kecuali bunga cengkih). Adun hingga sebati. 3. Cubit doh dan golekkan dalam penapis untuk mendapatkan corak seperti kulit limau.
4. Cucuk bunga cengkih bagi membentuk seakan tampuk limau.
5. Sapu glase atau eggwash. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga biskut masak. (suhu & masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.)
6. Selamat mencuba!
BAHAN EGGWASH
1 biji kuning telur
2 sudu makan susu segar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan-bahan diatas dan kacau rata. Sapu pada biskut.
Biasa kita makan kek pisang lembap kan? Ni kita try kek pisang lembap tapi ada coklat pulak. Bertambah-tambah sedapnya. Hidayati Hana telah berkongsi resipi istimewa ini di facebook group Rasa Share Resipi. Memang nampak sedap. Boleh try.
KEK PISANG MOIST BERCOKLAT
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
3/4 cawan gula
1 sudu kecil ovalete
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang (dilecek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam, gula, ovalete dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan minyak masak dan pisang.
3. Putarkan lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
5. Kacau adunan sehingga sebati guna spatula.
6. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Satu bahagian letak serbuk koko.
8. Tuangkan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper.
9. Tuangkan berselang seli sehingga adunan habis.
10. Hias dengan hirisan pisang dan badam.
11. Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 35 minit atau sehingga kek masak.