Kek Batik Horlick paling mudah buat dan lemak manisnya memang tak boleh bawa bincang. Selepas makan malam, pasti nak masuk kudapan. Gabungan yang serasi dihidangkan bersama dengan kopi panas. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk lagi enak rasanya.
Kek Batik Horlick
Bahan-bahan:
Butter (Salted)
Susu Pekat
Esen vanila
Horlicks Original
Susu Full Cream
Biskut Marie
Cream Cheese
Whipping Cream
Cara memasak:
1. Mula-mula, cairkan 250g butter terlebih dahulu dengan api yang sangat perlahan.
2. Kemudian,tambahkan 1/2 susu pekat dan kacau sebati.Tambahkan 1 sudu kecil
esen vanila.
3. Kemudian masukkan 2 cawan horlicks original dan 1 cawan susu full cream.
4. Kacau sebati dan boleh tambahkan 400gm biskut marie.
5. Susun dalam dulang secara mampat lepastu ketepikan.
Krim Atas Kek
Ads
6. Kisarkan 200g cream cheese, 1/4 susu pekat dan 1/2 cawan whipping cream,
kemudian tuang atas kek batik tadi.
7. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti untuk disejukkan semalaman.
Kadang lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Setiap tiga hingga enam bulan, Chef De Partie, Hotel Royale Chulan KL ini perlu mereka resipi baru pencuci mulut dan pastri.
Memiliki 12 tahun pengalaman dalam bidang ini sudah pasti menu kek yang dicipta Chef Muhammad Khalid cukup istimewa. Admin berkongsi resipi kek lazat dari Chef muda ini.
Resipi 1- Kek Mousse Kelapa Mangga
Bahan-Bahan:-
Bahan Kek kelapa:
175 gm telur
134 gm gula halus
112 gm tepung kek
6 gm serbuk penaik
90 gm serbuk badam
90 gm kelapa kering
180 ml susu segar
150 gm mentega cair
Bahan Jeli Mangga:
350 gm puri mangga
40 ml jus lemon
160 gm gula
15 gm gelatin
Beberapa kiub mangga (ikut suka)
Bahan Mousse Kelapa:
600 gm kelapa puri / bahan 1
300 gm gula halus / bahan 1
800 gm krim putar
20 gm gelatin / cairkan dengan sedikit air
Cara Memasak:
Kek kelapa:
1. Bagi memasak kek kelapa, kacau gula dengan telur hingga kembang, Kemudian tepung sedikit demi sedikit dan campurkan semua bahan-bahan lain dan kacau lagi hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan ratakan
3. Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Jeli Mangga :
1. Campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga gelatin dan gula cair serta larut.
2. Kemudian masukkan mangga kiub ke dalamnya.
Mousse kelapa:
1. Masak bahan 1 di atas api sederhana dan sejukkan.
2 .Putarkan krim putar hingga separuh kembang.
3 .Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sebati.
Langkah-langkah:
1. Sediakan acuan dan potongkan kek kelapa mengikut acuan.
2. Lapiskan ke bahagian dalam acuan (lapisan bawah sekali)
3. Masukkan mousse kelapa ke dalam acuan sehingga separuh
4 .Masukkan sedikit jeli mangga sebagai lapisan tengah
5. Akhir sekali masukkan lebihan mousse kelapa sehingga memenuhi acuan.
6. Simpan dalam peti sejuk semalaman
7. Keluarkan dari acuan dan hiaskan mengikut kreativiti dan citarasa anda.
INFO CHEF : Selain mangga kiub anda boleh sahaja menggunakan buah-buahan beri.
Resipi 2-
Pir Rebus Bersama Jala Emas Dan Sos Vanila Pic
Bahan-bahan:-
Bahan pir :
2 biji buah pir
1 batang kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
200 gm gula perang
500 ml air
Beberapa titik pewarna merah (jika suka)
Bahan jala emas:
2 biji telur itik
100 gm gula pasir
50 ml air
1 helai daun pandan
Bahan vanila sos:
1 liter susu segar
1 liter krim masakan
300 gm gula
60 gm tepung kastad
1 sudu teh esen vanila
Beberapa titik perasa buah pic
Cara memasak:
1. Bagi memasak pir, campurkan kayu manis, serbuk buah pala, gula perah dan didihkan sehingga larut kesemua bahannnya.
2. Masukkan buah pir dan rebus selama 18-20 minit sehingga empuk dan toskan
3. Bagi memasak jala emas, mula-mula sediakan air gula (air dan gula pasir dilarutkan) kemudan masukkan daun pandan dan masakkan dalam kuali sehingga ia berbuih dengan banyak.
4. Selepas itu buangkan daun pandan dan biarkan ia terus mendidih.
5. Bagi membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yang sedang mendidih tadi.
6. Dengan menggunakan penyepit , angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya di masukkan ke dalam penapis, ketepikan.
7. Bagi memasak sos vanila pula, ambil periuk dan masukkan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga ia menjadi sedikit pekat.
8. Boleh dituangkan ke atas sajian pencuci mulut pir rebus dan jala emas tadi.
INFO CHEF : Jika anda suka perisa buah-buahan yang lain seperti oren boleh sahaja dmasukkan dalam sos vanilla menggantikan pic.
Kalau kita ni baru nak belajar buat kek, kita mesti selalu panik kalau satu bahan tak ada terus batalkan niat. Apa lagi kalau bahan utama seperti tepung kek atau tepung naik sendiri tak ada. Semua ini memang selalu membuatkan semangat terus hilang. Tapi sebenarnya ada resipi yang boleh buat semangat anda tu kembali malah boleh berjimat lagi. Dan paling best, kek yang dibuat pun menjadi dan sedap pula rasanya. Jom kita buat sendiri!
CARA BUAT TEPUNG NAIK SENDIRI & TEPUNG KEK SECARA HOMEMADE
1. RESIPI TEPUNG NAIK SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
Simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was.
2. RESIPI TEPUNG KEK (untuk 1 cawan tepung kek)
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
Campur dan ayak kedua-dua bahan.
Jika perlukan 2-3 cawan tepung kek, boleh gandakan jumlah bahan diatas.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!