Gandingan Aunty Aini dengan instafamous Adam Didam memang hebat. Gabungan ilmu memasak ibarat ibu dan anak ni menampilkan lagi 3 resipi,moden dan tradisi khas untuk penonton RASA : Ketuhar Kuali.
Siri ke 13 dan episod terakhir minggu ini Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi resipi Pizza Sosej Bersama Basil,, Sambal Tumis Kupang Bersama Petai dan Jejari Roti Bersama Sos Beri, cuba lah memang betul-betul sedap.
1.PIZZA SOSEJ BERSAMA BASIL
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
2 sudu teh yis
300ml air suam
1/2 sudu teh gula
450gm tepung serba guna
1 sudu teh garam garam
3 sudu makan minyak zaitun Zaitun Extra Virgin
Bahan topping :
1 tin tomato cincang
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Bawang Putih
Keju Mozarela secukupnya
Keju Parmesan secukupnya
Sosej secukupnya
½ sudu teh minyak zaitun Extra Virgin
Daun Basil
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung dengan yis segera, gula, dan gaul rata. 2. Masukkan bahan kering dalam mesin penguli, buat lubang di tengah-tengah dan masukkan air dan minyak zaitun. 3. Mesinkan hingga doh tidak melekat. 4. Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh. 5. Bentukkan bulat besar dan rehatkan doh selama 40minit. 6. Setelah selesai, buatkan bentuk buat dan leperkan diatas kertas pembakar. 7. Tekan 3cm dari hujung doh untuk menghasilkan kerak pizza. 8. Untuk sos, gunakan tomato cincang dan campurkan dengan bawang putih yang telah dicincang, garam, dan serbuk lada hitam. 9. Sapu sos pada permukaan pizza dan taburkan isi pizza seperti sosej, keju Mozarela dan Keju Parmesan. 10. Sapu minyak zaitun ditepi kerak pizza. 11. Panaskan dulang pizza sebelum meletakkan pizza. 12. Letak pizza, bakar selama 15minit pada suhu 200’C. 13. Keluarkan pizza setelah siap, dan taburkan daun basil. 14. Siap untuk dihidang.
IKLAN
2. SAMBAL TUMIS KUPANG BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN :
IKLAN
400gm gm kupang
25 tangkai cili kering | direbus
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar | dihiris
2.5 sm belacan
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa
Petai secukupnya | ikut suka
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. 2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan, dan bawang putih bersama sedikit air. 3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air. 4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa. 5. Tambahkan petai kedalam masakan dan perasakan dengan garam. 6. Masukkan bawang besar yang dihiris. 7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati. 8. Siap untuk dihidang.
3. JEJARI ROTI BERSAMA SOS BERI
BAHAN-BAHAN :
4 sudu besar Air
180ml susu segar
60gm mentega
¼ sudu tehl Garam
200gm tepung serba guna
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
1 cawan gula
Minyak secukunya
Campuran Beri Segar | secukupnya (Strawberi, Beri Biru, Ceri, Rapsberi)
½ sudu teh esen vanila
2 sudu besar madu
CARA MEMASAK : 1. Panaskan susu, air, garam dan mentega. Kacau hingga cair sebati. 2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. 3. Masukkan susu yang sudah berada dalam suhu bilik kedalam tepung dan gaul rata. 4. Pukul telur hingga kembang dan curahkan kedalam barter perlahan-lahan sambil mengacau adunan. 5. Masukkan adunan kedalam beg paip, dan panaskan minyak untuk menggoreng. 6. Paipkan adunan dalam minyak panas dan gunting unuk putuskan adunan. 7. Toskan jejari apabila sudah kuning keemasan. 8. Untuk sos beri, potong buah beri segar menjadi saiz kecil. 9. Masukkan beri kedalam periuk dan masakkan beri bersama gula, esen vanila dan madu. 10. Masak beri sehingga lembik dan hancurkan. 11. Siap untuk dihidang.
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomatodan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Bosan makan popia biasa? Jom try buat popia carbonara. Siap ada cheese. Mesti lagi sedap. Tak perlu cecah sos pun dah sedap dah. Jom try.
POPIA CARBONARA CHEESE
Popia carbonara yag siap dimasak.
BAHAN-BAHAN
• Sedikit minyak masak untuk menumis
• Sausage (potong kecil)
• Isi ayam (potong kecil)
• Lobak merah (hiris halus)
• Lada banggala (potong kecil)
• Bawang holand (potong kecil)
• Sos carbonara
• Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya
• Mozzarella cheese
• Kulit popia secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan sampai naik bau.
2. Lepastu masuk sos carbonara home made atau carbonara prego.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.
4. Gaul sekata. Matikan api. Ketepikan.
CARA MEMBUNGKUS
1. Bentang kulit popia.
2. Letakkan inti secukupnya.
3. Letakkan mozzarella cheese secukupnya.
4. Bungkus kemas.
5. Goreng dalam minyak yang cukup sehingga kekuningan. Angkat.
Tip: Bungkus dua lapis kerana kalau selapis, mudah bocor.
Terdapat pelbagai hidangan mi yang boleh anda olah untuk makan ketika berbuka mahupun bersahur. Setiap satu mempunyai rasa yang berbeza. Udang geragau dan udang kering yang digunakan menambah perisa pada kuah yang disediakan.Kuah mi rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jangan terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jangan terlalu banyak, nanti jadi mi kari. Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yang diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan untuk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Bahan-bahan:
1½ kg mi kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
Bahan kuah:
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak
Cara memasak:
1.Kisar bahan-bahan * dan campurkan dengan rempah kari ikan. Gaul rata.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing.