
Kalau sebut karipap, mesti ramai terus terbayang inti kentang atau sardin yang menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi. Tapi sekarang ini, resipi fusion semakin popular dan kreatif. Salah satu yang wajib anda cuba ialah Karipap Lasagna Daging, gabungan dua menu kegemaran ramai dalam satu hidangan yang memang luar biasa sedap!
Bayangkan lapisan puff pastri yang rangup dan bermentega, digabungkan pula dengan inti daging ala bolognese yang pekat berempah bersama keju mozzarella yang meleleh. Memang sekali makan terus jatuh cinta! Hidangan ini sangat sesuai dijadikan menu minum petang, moreh, potluck, rumah terbuka atau hidangan istimewa untuk keluarga.
Apa yang menarik, cara membuat Karipap Lasagna Daging ini pun tidaklah sesukar mana. Dengan penggunaan instant lasagna sheet dan puff pastri segera, proses memasak jadi lebih mudah dan cepat.
Karipap Lasagna Daging Versi Moden Yang Makin Viral
Kalau dulu karipap dibuat dengan inti biasa dan digoreng dalam minyak panas, kini ramai mula bereksperimen dengan pelbagai jenis inti dan teknik moden. Karipap Lasagna Daging ini antara menu fusion yang semakin viral kerana rasanya yang unik dan teksturnya yang memikat.
Bahagian luar menggunakan puff pastri yang akan menjadi rangup apabila dibakar. Manakala di bahagian dalam pula terdapat lapisan lasagna bersama inti daging yang kaya dengan rasa herba dan rempah.
Tambah pula mozzarella cheese yang cair dan meleret ketika dipotong, memang nampak premium seperti hidangan dari kafe terkenal!
Rahsia Inti Karipap Lasagna Daging Lebih Sedap
Untuk menghasilkan inti bolognese yang benar-benar sedap, proses menumis sangat penting. Bahan kisar dan cili perlu dimasak sehingga pecah minyak supaya rasanya lebih pekat dan aromanya lebih wangi.
Gabungan rosemary, thyme dan paprika pula memberikan rasa ala western yang sangat sesuai dipadankan dengan lasagna dan cheese.
Jika anda suka rasa pedas, boleh tambah lagi cili padi mengikut citarasa masing-masing.
Resipi Karipap Lasagna Daging

Bahan-bahan
- 3 keping instant lasagna sheet
- Puff pastri secukupnya
- Keju mozzarella
- 1 biji telur
Bahan Sos Bolognese
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 400gm daging cincang
- 1 botol sos pasta
- 2 sudu besar puri tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar cili kisar
- 5 hingga 8 biji cili padi | ditumbuk kasar
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- ½ sudu kecil rosemary
- ½ sudu kecil thyme
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 1 helai daun bay
- Daun kari secukupnya
Cara Memasak Karipap Lasagna Daging
- Panaskan minyak di dalam kuali lalu tumiskan bawang holland, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan sedikit keperangan.
- Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging masak sepenuhnya.
- Tambahkan cili kisar dan cili padi tumbuk kasar. Tumis sehingga pecah minyak supaya inti lebih sedap.
- Masukkan sos tomato, puri tomato dan sos cili. Kemudian perasakan dengan garam, gula, rosemary, thyme, lada hitam, paprika dan daun bay.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati. Setelah siap, ketepikan seketika.
- Rebus instant lasagna sheet hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
- Untuk proses layering, letakkan puff pastri di bahagian bawah. Kemudian susun lasagna sheet dan ratakan inti daging di atasnya.
- Ulang lapisan sehingga habis. Taburkan mozzarella cheese dengan banyak untuk rasa lebih cheesy.
- Tutup bahagian atas menggunakan sekeping lagi puff pastri dan tekan kemas di bahagian tepi.
- Sapukan telur di permukaan puff pastri supaya hasilnya cantik keemasan apabila dibakar.
- Bakar di dalam oven pada suhu 190°C selama kira-kira 20 minit atau hingga permukaan bertukar perang keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BACA SINI: Roti Telur Tuna, Resipi Paling Mudah & Sedap Untuk Sarapan Cepat
Tips Karipap Lasagna Daging Jadi Lebih Padu
1. Jangan Rebus Lasagna Terlalu Lama
Lasagna sheet yang terlalu lembut mudah koyak ketika proses layering. Rebus sekadar lembut sahaja.
2. Gunakan Mozzarella Secukupnya
Lagi banyak cheese, lagi sedap hasilnya. Mozzarella juga membantu memberikan efek tarik yang menggoda apabila dipotong.
3. Puff Pastri Mesti Sejuk
Pastikan puff pastri masih sejuk sebelum digunakan supaya teksturnya lebih cantik dan rangup selepas dibakar.
4. Tumis Hingga Pecah Minyak
Ini antara langkah paling penting untuk memastikan inti lebih sedap, tahan lama dan tidak berbau hanyir.
Karipap Lasagna Daging Sesuai Untuk Pelbagai Majlis
Karipap Lasagna Daging ini bukan sahaja sedap dimakan ketika panas, malah sesuai juga dijadikan menu untuk jamuan dan rumah terbuka. Bentuknya yang unik membuatkan ramai tertarik untuk mencuba.
Jika dihidangkan ketika Hari Raya Aidiladha pula memang ngam sangat. Inti daging yang berempah dan berjus memberikan rasa yang cukup memuaskan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama sos pilihan atau salad segar.
Bagi yang gemar mencuba menu baru di rumah, resipi ini memang wajib masuk dalam senarai. Tak perlu jadi chef profesional pun, hasilnya tetap nampak eksklusif dan menyelerakan.
Anda mungkin berminat dengan
Sekali cuba, confirm keluarga akan minta buat lagi kerana Karipap Lasagna Daging ini memang padu, cheesy dan sangat mengenyangkan!
Tonton video penuh di sini:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
French Toast Bites Viral Yang Sedap, Mudah & Confirm Jadi Di Rumah
Spicy Tuna Toast Padu & Mudah, Resipi Sedap Rasa Macam Kafe!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

