Hasil air tangan Chef Mohd Syamir Azmi memang cukup memukau dengan 10 aneka pastri yang diminta. Lima pastri dari Asia dan lima lagi dari negara-negara Timur Tengah. Pastri berasaskan pastri rapuh, pastri filo, pastri chouz dan pastri lapis ini nyata penuhi selera penggemar manisan.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi
Ketua Pastri, Chef Pastri Mohd Syamir Azmi

Jom semak resipi pastri terlajak sedap hasil kreativiti Chef Pastri, Mohd Syamir Azmi dari Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya. Rupanya menarik, rasanya pulak terlajaklah sedapnya.

1. BAKLAVA.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN:

Bahan filo pastri :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung
  • 50gm kacang pistachio
  • 100gm mentega cair

Bahan air gula :

  • 200gm gula
  • 200ml air

CARA MEMASAK:

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
  6. Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan ke atasnya agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi melekatkan antara doh.
  10. Potong doh berukuran 2cm x 2cm dan taburkan kacang pistachio.
  11. Lipatkan dari penjuru ke penjuru menjadi seperti bunga.
  12. Panaskan oven pada suhu 180c dan bakar dalam masa 20 minit
  13. Masakkan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
  14. Setelah selesai membakar sapukan air gula ke atasnya.
  15. Sedia untuk dihidang.

Jenis masakan; Manisan Timur Tengah

Keistimewaan; Manis dan rangup

INFO CHEF :Pastikan lapisan doh yang sudah dicanai, disapu mentega dengan rata untuk pastikan tidak terbuka semasa membakar.

2. UMM ALI.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan filo pastri :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos krim:

  • 3 cawan susu segar
  • 1 cawan krim putar
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan hiasan :

  • 20gm kacang pistachio | dihancur kasar
  • 20gm kacang badam | dihancur kasar
  • 20gm kismis

CARA MEMASAK:

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
  3. Selepas membentuk 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
  6. Ambil doh yang sudah direhatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan sedikit agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Carikkan atau leraikan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar.
  10. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

Cara membuat sos krim :

  1. Satukan susu segar, krim putar, gula, esen vanila,dan serbuk kayu manis kedalam mangkok dan kacau sehingga sebati
  2. Masukkan pastri filo yang sudah di bakar ke dalam acuan dan masukkan sos krim kedalam.
  3. Taburkan kacang pistachio,kacang badam,kismis di atas dan bakar selama 15 minit.
  4. Selepas dibakar sedia di hidangkan.

Jenis masakan; Manisan Timur Tengah

Keistimewaan; Bersusu dan Berkrim.

INFO CHEF; Pastikan sos betul betul meresap kedalam filo sebelum membakar untuk mendapat kan sos yang berkrim.

3. WARBAT.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN;

Bahan filo pastry :

  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 susu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos kastad :

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan gula
  • 300ml krim putar

Bahan air gula :

  • 200gm gula
  • 200ml air

Bahan hiasan :

  • 20gm kacang pistachio | ditumbuk

CARA MEMASAK :

Cara buat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
  3. Selepas membentuk doh 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkok untuk di gunakan dalam proses mencanai.
  6. Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung di letakan agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair bagi untuk melekatkan antara doh.
  10. Potong doh berukuran 3inci x 3inci.

Cara membuat sos ;

  1. Satukan susu segar, krim putar, gula kedalam periuk, kacau hingga sebati dan didihkan.
  2. Setelah mendidih masukkan krim putar dan kacau sehingga likat.
  3. Sejukan seketika didalam peti sejuk.
  4. Ambil doh fillo dan letakkan sos kastad di tengah-tengah doh dan lipat segi 3.

   15.Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20mint pada suhu 180c.

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula
  2. Setelah selesai menbakar sapukan gula sirap ke atas nya. Taburkan kacang pistachio diatas nya.
  3. Sedia untuk di hiding.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan; Rangup dan berkrim.

Anggaran kos; RM15

INFO CHEF: Pastikan krim kastad sejuk bagi senang untuk di letakkan pada filo. Setelah membakar pastikan terus sapu air gula dan tabur kacang agar kacang melekat pada filo.

4. GALAKTUBOUREKO.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN:

Bahan filo pastri :

IKLAN
  • 1 biji telur
  • 118ml minyak jagung
  • 1 sudu teh cuka
  • 125gm yogurt kosong @ biasa
  • 1 sudu teh garam
  • 375gm tepung kek
  • 30gm tepung jagung

Bahan sos  :

  • 500ml susu segar
  • 200gm gula
  • 20gm mentega
  • 75gm tepung semolina
  • 7ml esen vanila
  • 3 biji telur

CARA MEMASAK;

Cara membuat doh :

  1. Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
  4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
  5. Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
  6. Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
  7. Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan agar tidak melekat.
  8. Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  9. Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi untuk bahagian bawah.
  10. Buat lagi sekali 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair untuk bahagian atas pula.

Cara membuat sos :

  1. Didihkan susu segar, gula, mentega, essen vanilla ke dalam periuk.
  2. Setelah mendidih masukkan tepung semolina dan kacau sehingga sebati.
  3. Sejukkan sebentar sebelum memasukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  4.  Ambil doh filo untuk bahagian bawah dan masukkan ke dalam acuan pembakar. Tuang  sos ke atas doh filo.
  5. Ambil doh filo bahagian atas dan letak dan tutupkan bahagian atas sos
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 180c.

Cara membuat air gula :

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
  2. Setelah selesai membakar curahkan air gula keatasnya dan sedia untuk di hiding.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan : Rangup dan Berinti.

INFO CHEF; Pastikan sos kastad sejuk sebelum mencampurkan telur agar telur tidak masak kerana sos kastad masih panas.

  1. TULUMBA.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN -BAHAN :

Bahan choux pastry :

  • 237ml air
  • 40ml minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 210gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 14ml cuka
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan air gula :

  • 300gm gula
  • 100ml air
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
  • 20gm kacang pistachio untuk hiasan

CARA MEMASAK :

Cara membuat choux pastry :

  1. Campurkan bahan bahan seperti air, minyak jagung, susu segar, ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan tepung kek dan kacau hingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh ke dalam mesin penguli dan putar selama 5 minit bagi menyejukkan doh.
  4. Setelah sejuk sedikit doh masukkan telur 1 per 1 sehingga habis dan sebati.
  5. Setelah telur sebati masukkan cuka dan putar sehingga sebati.
  6. Setelah itu panaskan minyak untuk menggoreng.
  7. Masukkan doh kedalam beg piping dan piping doh ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Goreng sehingga garing dan kekuningan.

 Cara membuat air gula :

  1. Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
  2. Setelah siap menggoreng tapiskan minyak agar tidak terlalu berminyak.Gaul bersama air gula yg telah dimasak sebentar tadi.
  3. Taburkan kacang pistachio yang telah di cincang dan di bakar keatasnya.
  4. Sedia untuk dihidang.

Jenis masakan; Manisan timur tengah

Keistimewaan; Lembut dan Manis

INFO CHEF; Pastikan doh tidak panas semasa mencampurkan telur dengan doh yang telah dimasak.Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.

6. CHINESE EGG TART.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh tart:

  • 145gm tepung kek
  • 1 sudu makan gula aising
  • 75gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 biji putih telur

Bahan sos:

  • 70gm gula
  • 140ml air
  • 125ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam.

CARA MEMASAK :

Cara membuat doh tart :

  1. Campurkan bahan bahan seperti tepung kek, gula aising, mentega, garam, ke dalam mesin penguli dan pukul sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan putih telur ke dalam dan pukul sehingga menjadi doh.
  3. Selepas menjadi doh sejukkan sebentar ke dalam peti sejuk selama 15minit supaya doh keras sedikit bagi memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart.
  4. Selepas 15minit ambil semula doh dan ratakan dan tekan doh di dalam acuan tart.Pastikan tidak terlalu tebal.

Cara membuat sos

5. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan            hancur.Sejukkan sebentar.

6. Satukan susu segar, telur, esen vanila, garam ke dalam mangkuk sederhana besar dan kacau sehingga sebati.

IKLAN

7. Campurkan air gula yg sudah dimasak sebentar tadi.Tapiskan sos tersebut.

8. Ambil doh tart dalam acuan tadi dan tuangkan sos ke dalamnya.Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

9.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan: Chinese Tart

Keistimewaan; Lembut dan Manis

INFO CHEF; Pastikan air gula tidak terlalu panas sebelum mencampurkan bersama sos agar telor tidak masak.Bagi menyenangkan proses acuan tart pastikan doh sejuk terlebih dahulu.

  1. HOKKAIDO COKLAT CHEESE TART

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh tart :

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan inti  keju :

  • 170gm krim keju
  • 20gm gula
  • 60gm yogurt kosong
  • 15gm mentega
  • 1 biji putih telur
  • 100gm coklat masakan

CARA MEMASAK :

Cara membuat doh tart :

  1. Campurkan mentega, gula aising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
  3. Simpan selama 10 minit didalam peti sejuk untuk memudahkan proses acuan tart.
  4. Keluarkan doh, dan tekan rata di dalam tat didalam acuan.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa memasukkan dalam acuan tart.

Cara membuat inti keju.

5. Masukkan krim keju, gula, yogurt dan mentega ke dalam periuk dan cairkan kesemuanya.

6.Sejukkan sebentar sebelum mencampurkan putih telur. Cairkan coklat masak dan campurkan ke dalam adunan keju.

7.Masukkan krim kejua ke dalam doh tat yang sudah ditekankan dalam acuan. .Sapukan telur ke atasnya.

8. Bakar pada suhu 190c selama 15 minit.Gunakan suhu panas atas sahaja. Sedia dihidangkan.

Jenis masakan: : Tart Jepun

Keistimewaan; Lembut , manis, berkrim dan kaya dengan rasa coklat.

INFO CHEF : Bagi memudahkan keju lembut keluarkan keju di suhu bilik sebelum memulakan memasak.Sentiasa kacau keju semasa memasak agar tidak hangus.

8. HONEYKKI @ APPLE CUSTARD PUFF

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN BAHAN:

Bahan puff pastri :

  • 200gm tepung gandum
  • 110ml air sejuk
  • 20gm mentega
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan  mentega lapisan:

  • 150gm mentega
  • 50gm tepung gandum

Bahan inti epal :

  • 2 biji epal hijau
  • 100gm gula
  • 30gm mentega
  • 1sudu makan jus lemon

Bahan kastad :

IKLAN
  • 125ml susu segar
  • 125ml krim putar
  • 100gm gula
  • 50gm tepung kastad
  • 1sudu makan esen vanila

CARA MEMASAK.

Cara buat puff pastri :

  1. Campurkan tepung gandum, air sejuk, mentega, gula, garam ke dalam mesin penguli dan uli menjadi doh.
  2. Selepas menjadi doh sejukkan sebentar kedalam peti sejuk bagi memudahkan proses mencanai.

Cara buat lapisan mentega :

  1. Campurkan mentega dan tepung gandum ke dalam mesin menguli.Ulikan seketika bagi sebati.
  2. Canaikan menjadi segi 4 dalam anggaran ukuran 4inci x 4 inci. Balut dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.
  3. Ambil doh puff dan canai menjadi segi 4 bersaiz 8inci x 8inci.Letakkan mentega yang sudah disejukkan di tengah -tengah doh dan tutup doh.
  4. Canaikan doh senipis yang boleh. Lipat doh yang sudah dicanai dan canai lagi . Ulangi  sebanyak 3 kali untuk mendapatkan lapisan puff  yang cantik.Setiap lapisan yang dicanai  dan letakkan tepung agar tidak melekat.
  5. Selepas habis proses mencanai sejukkan puff di dalam peti sejuk selama 15 minit.Potong saiz bulat atau segi 4 mengikut kesuaian anda.Potong setiap 1 biji puff jadi 2 keping puff.

Cara masak inti epal :

     8. Kupas kulit epal dan potongkan dadu sederhana. Cuci bersih bersih.

  1. Masukkan epal yang sudah dikupas kedalam periuk dan campurkan bersama mentega, gula, jus lemon ke dalam periuk. Masak selama 5 minit dan sejukkan.

    10.Setelah sejuk ambil 1 keping puff pastri dan letakkan inti epal di tengah tengah doh dan         tutup dengan lagi 1 puff di atas.

    11. Ulangi sehingga habis inti anda.Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.

Cara membuat sos kastad :

12. Masakkan susu segar, krim putar, gula. Didihkan kesemua di dalam periuk.

13. Setelah mendidih masukkan kastad yang dicampurkan sedikit air ke dalam susu yang sudah mendidih.

14.Masak sehingga likat dan sejukkan. Paipkan kastad di tengah tengah puff yang sudah dimasak.

15.Taburkan gula ising diatas puff yang sudah diletakkan kastad.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Tart Jepun

Keistimewaan; Lazat menyihatkan dengan kebaikan khasiat epal.

INFO CHEF: Gunakan epal hijau yang sederhana ranum.

9. KABOCHA PIE TAT.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN-BAHAN :

Bahan tart :

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1biji telur
  • 250gm tepung kek
  • ½ sudu teh garam

Bahan kabocha:

  • 300gm buah labu
  • 30gm mentega | dicairkan
  • 30gm gula
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 72gm gula perang
  • ½ sudu teh garam
  • 200ml krim putar

CARA MEMASAK;

Cara membuat doh tart :

1. Campurkan mentega, gula ising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.

  1. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
  2. Simpan selama 10 minit di dalam peti sejuk sebentar untuk memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart..
  3. Ratakan doh dalamn acuan tart . Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa menekan dalam acuan.
  4. Bakar tart selama 15 minit.

Cara membuat sos kabocha :

  1. Rebuskan labu yang telah dibersihkan. Rebuskan sehingga lembut. Kisar labu yang telah masak dengan mesin pengisar.
  2. Campurkan labu yang telah dikisar bersama mentega cair, gula, kuning telur, telur, gula perang, garam, dan krim putar ke dalam 1 bekas yang besar dan kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan sos kabocha kedalam doh tart yang telah diacuankan.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
  5. Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Korean tat

Keistimewaan; Rasa labu yang lembut dan manis

INFO CHEF; Sebelum memotong pastikan pie betul betul sejuk agar tidak pecah semasa memotong.

10. BOKU PIE.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

BAHAN BAHAN;

Bahan doh pie :

  • 2 ½ cawan tepung kek
  • 130gm mentega
  • ½ cawan air
  • 1biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh cuka

Bahan inti :

  • 1biji kelapa muda
  • 1biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 160ml air
  • 75gm susu tepung
  • ¾ cawan gula
  • ½  cawan tepung gandum
  • ½ sudu makan esen vanilla

 CARA MEMASAK :

Cara membuat doh :

  1. Campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, mentega, air, relor, garam dan cuka kedalam mesin penguli.Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian.
  2. Setelah menjadi doh canaikan doh sehingga sedikit nipis.Canaikan kedua doh jadikan 2 doh.
  3. Ambilkan 1 doh dan acuankan kedalam acuan tat.

Cara membuat inti :

  1. Campurkan kesemua bahan seperti telur, air, susu tepung, gula, garam, tepung gandum, esen vanila ke dalam mangkuk yang besar. Kacau sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan isi kelapa muda ke dalam bahan tadi.
  3. Masukkan bahan inti ke dalam doh tat yang sudah dimasukkan acuan sehingga penuh.
  4. Ambil lagi 1 doh dan canaikan nya kemudian tutup bahagian atas inti dan sapu telur di atas doh.
  5. Bakar selama 30mimit pada suhu 180 C.Sedia dihidangkan.

Jenis masakan; Pie Filipina

Keistimewaan; Manis dan lemak dari kelapa

INFO CHEF: Pilih kelapa muda yang banyak isi dan berkualiti agar inti pie lebih enak dimakan.

10 Pastri Asia & Arab Terlajak Sedap. Inspirasi Chef Mohd Syamir Azmi

RESIPI ; CHEF PASTRI MOHD SYAMIR AZMI

TERIMA KASIH : CRYSTAL CROWN HOTEL PJ,No. 12, Jalan Utara, Pjs 52,  Petaling Jaya, Selangor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI