Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Rosni Musa atau mesra dengan panggilan Kak Ros, sambal belacan beliau ni memang jadi kegemaran ramai terutamanya si anak bujangnya. ‘Sambal belacan ibu paling sedap di dunia’ katanya. Memang kena cuba ni. Sekali rasa memang sampai termimpi. Namun bila sebut sambal belacan ni, lain orang lain cara penyediaannya. Betul tak? Ha..Ni RASA kongsikan cara buat sambal belacan versi Kak Ros. Jom cuba.
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar belacan dan bawang besar. Pastikan bawang tidak terlalu layu. Bila nampak agak-agak layu sikit, terus angkat.
2. Masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar dan gula. (INFO:
Ads
Cili tidak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pun boleh.
Gula jangan banyak sangat. Agak-agak sahaja untuk seimbangkan rasa.
Tidak perlu letak garam kerana belacan Melaka sudah masin. Tapi boleh ditambah jika perlu.)
3. Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan ini tidak menggunakan air. Hanya air limau kasturi sahaja.
4. Kisar kasar. Jika buat dalam kuantiti sedikit, boleh guna lesung batu sahaja. (beli LESUNG BATU secara online DISINI)
5. Semasa kisar, Sambal ini tidak menggunakan sebarang air. Hanya guna air limau kasturi sahaja untuk menggerakkan blender.
6. Sambal ini kena ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa untuk seimbangkan dengan cita rasa anda.
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam. 2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus). 4. Kukus semula pulut tadi dalam 10min atau sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan (ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk). Biarkan pulut betul-betul sejuk. 6.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi (agak-agak ragi rata pada pulut).
7. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah. 8. Susunkan ke dalam bekas sesuai (saya letak dalam tong toyogo). Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. 9. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk-sejuk. InsyaAllah, menjadi. Tapai manis dan berair.
Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Di mana-mana dan sesiapa saja akan menjadikan nasi sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian. Dan tidak hairan juga jika ada andaian menyatakan “anda belum makan jika tidak memakan nasi.” Ramai rakyat Malaysia sangat gemar menikmati beras wangi untuk hidangan harian di rumah.
Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih. Untuk itu pemilihan beras terbaik sangat penting, bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi boleh membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi dan kalsium. Lebih daripada itu kita juga pastinya ingin memilih beras berkualiti, yang enak dan berbau harum.
Hari ini terdapat pelbagai jenis beras wangi berada di pasaran dan setiap jenis pasti memberi rasa dan hasil berbeza apabila dimasak. Dan kebanyakan beras wangi ini juga diimport dari luar negeri. Kini kita mempunyai pilihan beras wangi tempatan yang tidak kurang hebatnya. Malah setanding dengan yang sudah lama berada di pasaran.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (250gm)
Beras Wangi HORECA Ladang’57, jenama terbaru beras wangi tempatan pertama yang dikomersialkan di Malaysia ini mempunyai segala kualiti yang diperlukan. Dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) iaitu anak syarikat kepada FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat agrobisnes utama negara.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (2kg)
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan di rumah, malah sangat sesuai dijadikan pilihan untuk perniagaan sama ada di restoran, kafe dan hotel. Rasanya yang sedap dan harum pasti membuat pelanggan merasa lebih gembira kerana dihidangkan dengan nasi berkualiti tinggi.
LEMBUT & HARUM
Lembut dan sedap dimakan, kualiti Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Mudah untuk dimasak dan berasnya yang tidak hancur. Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini tidak menyebabkan paras gula dalam badan meningkat jika diambil dengan kuantiti yang banyak, jadi sangat baik untuk semua.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (5kg)
Malah lagi menarik, beras ini sangat sesuai buat mereka yang menghidapi penyakit diabetik dan bagus untuk kesihatan. Beras ini bentuknya yang panjang, teksturnya yang bersih dan terbukti selamat untuk digunakan, sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi seperti nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini didatangkan dalam tiga pek berbeza iaitu 5KG, 2kg dan juga 250g dengan harga RM30.00, RM12.00 dan RM2.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 boleh layari www.ladang57.com.my atau scan QR code di bawah untuk info lebih lanjut.
RESIPI BERASASKAN NASI MENGGUNAKAN BERAS WANGI HORECA LADANG’57
NASI AYAM CLAYPOT
BAHAN-BAHAN A:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 ½ cawan air rebusan ayam 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN B:
½ ekor ayam | potong kecil 3 ulas bawang putih | tumbuk halus 3sm halia | tumbuk halus 6 sudu makan kicap manis 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN C:
3 tangkai cili kering | potong kecil 4 biji cendawan shiitake | belah dua Minyak bijan secukupnya Garam secukup rasa Cincangan daun bawang | untuk ditabur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B lalu gaul rata. Perap setengah jam. 2. Sementara itu, di dalam kuali kecil, panaskan sesudu kecil minyak bijan lalu goreng cendawan shiitake dan cili kering hingga wangi. Tutup api. 3. Di dalam periuk claypot, satukan semua bahan B lalu masak hingga separuh masak. 4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi diatas nasi yang separuh masak tadi lalu tutup periuk claypot beserta cendawan shiitake dan cili kering goreng tadi. Teruskan memasak dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sempurna. 5. Setelah semua bahan masak, renjiskan sedikit minyak bijan dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 cawan susu cair ½ cawan air 3 sudu makan tomato puri 3 sudu makan sup tomato dalam tin 2 sudu makan minyak sapi 1 tangkai daun pudina 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 sudu teh garam Kacang gajus goreng & kismis | untuk ditabur
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
½ biji bawang besar 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan kisar lalu tumis lagi hingga wangi. 3. Masukkan tomato puri, susu cair, sup tomato dan air. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup api. 4. Tuang semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. 5. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih. Tambah garam. Kacau rata dan masak nasi hingga tanak. 6. Setelah nasi masak, masukkan daun pudina dan gembur nasi rata. Tabur kacang gajus goreng dan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.
RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar 1 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 1 cawan air ½ cawan gula kastor 1 sudu teh garam ½ sudu teh air ros (mawar) Serbuk kulit kayu manis secukupnya Cincangan kekacang panggang (walnut/badam/hazelnut) Hirisan buah mangga Hirisan buah pisang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama susu segar. Didihkan dengan api kecil sambal kacau berterusan supaya bahagian bawah tidak hangit. 2. Masukkan air, garam dan gula. Masak lagi hingga hingga nasi lembut. Renjis air ros lalu kacau rata. 3. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis di atas pudding nasi. Tabur kekacang panggang, hirisan buah mangga dan buah pisang sebagai pelengkap hidangan. Hidangkan panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak apa ye untuk tengah hari nanti? Dah lama tak masak pajeri terung. Pajeri terung ni sedap dimakan bersama gelama masam, pergh.. padu rasa.Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak rasanya macam kari biasa saja.Tapi jangan sampai manis sangat.Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun tak apa.
Pajeri Terung
Bahan-bahan:
4 biji terung panjang, setiap satu belah dua, kemudian belah tengah jangan sampai putus.
Bancuhan pes kari:
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
3 sudu makan serbuk kari daging/ayam
Tumbuk bahan * kemudian campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit jadikan bancuhan.
Bahan tumis:
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dipotong mancis
Daun kari
4 sekawan
1 sudu makan udang kering ditumbuk halus
Bahan lain:
1 sudu makan kerisik
Air asam jawa
2/3 sudu makan santan kotak/ suku cawan santan segar pekat
1/2 ketul gula melaka
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan
2.Tumis bahan tumis sampai garing.
3.Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing dan pecah minyak.
4.Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut
5.Masukkan gula melaka/gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam (lebih kurang 2sdm air asam yang cair)
6.Masuk garam, kerisik, santan.
7.Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!