Bebola ikan atau fishball pastinya menjadi kegemaran ramai. Teksturnya yang kenyal serta kaya dengan rasa ikan, menjadikan ia enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Ada yang suka buat fishball celup tepung, fishball goreng, dihidangkan dengan sup, ditambah dalam masakan dan banyak lagi.
Banyak produk ini dijual di pasaraya namun tahap kebersihan serta cara pemprosesannya diragui. Nah, kali ini anda boleh hasilkan sendiri ‘homemade fishball’ untuk kegunaan keluarga. Lebih jimat, diyakini halal serta bersih bahkan memang puas makan. Jom cuba! Resipi ini dikongsi dari blog Sharifah Nor Jasmin Syed Omar Shahabudin ( http://jasminshahab205.blogspot.my).
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) segar
2 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
CARA MEMASAK:
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik.Ambil hanya isinya sahaja.
Ads
2. Kisar isi ikan hingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cucur pisang.
Ads
4. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. Baling @ hempas adunan ikan tadi ke dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin. Semakin lama adunan dihempas, semakin kenyal tekstur fishball anda.
5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
Ads
6. Ambil fishball menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
7. Didihkan air dan masak fishball anda sehingga terapung. Kemudian bolehlah di toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong tau fu atau dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Ia juga boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.
Resipi Acar Tumis Ikan
Bahan-bahan
1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Timun -dipotong
Bawang besar -dimayang
Cili padi
Halia
Cuka
Garam
Guna
Serbuk perasa
1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.
Sambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan di atas. Atau boleh juga guna chopper, lebih mudah.
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
6 keping ikan tenggiri
2 sudu besar cili kering
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS;
Daun kari
1 sudu besar halba campur
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
CARA MEMASAK:
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
Selapas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!