Roti buttermilk rasanya lemak dan manis. Teksturnya pula lembut dan apabila dimasak, baunya harum semerbak menyelerakan. Roti ini mempunyai inti berupa mentega dan susu tepung menjadikan rasanya amat sedap.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI BUTTERMILK
BAHAN A
230 gram air suam
60 gram gula
1 sudu besar yis
Ads
BAHAN B
500 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar susu tepung
BAHAN INTI BUTTERMILK
250 gram mentega
170 gram gula aising
170 gram susu tepung
100 – 150 gram tepung gandum
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan BAHAN A dan gaul sebati.
2. Biarkan 15 minit atau sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Sementara itu, di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B. Ramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan ringan.
5. Bulatkan doh. Sapukan keliling dan permukaan doh dengan minyak masak. Tutupkan dengan plastik atau kain lembap. Perap doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Ketepikan.
6. Sementara itu, kita sediakan pula BAHAN INTI BUTTERMILK. Dalam bekas, satukan mentega dan gula aising. Pukul sebati.
7. Kemudian masukkan susu tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan pula tepung gandum. Gaul lagi.
8. Adunan inti mestilah tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
9. Bulat-bulatkan inti dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
10. Kembali kepada doh yang diperap tadi (rujuk langkah 5). Tumbuk-tumbukkan doh yang telah mengembang dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Timbang setiap doh seberat 30 gram.
11. Ambil satu doh dan leperkan. Masukkan inti dan tutupkan doh dengan kemas. Ulang langkah ini sehingga siap semua doh dan inti.
Ads
12. Susunkan doh yang siap diisi inti di atas loyang yang telah disapukan sedikit mentega atau minyak masak.
13. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga mengembang. Kemudian sapukan susu atau air pada permukaan doh sebelum bakar.
14. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
15. Setelah masak, sapukan permukaan doh dengan marjerin. Sejukkan sebelum dihidang.
Resipi Pizza Mini homemade resipi perkongsian saudari Natasha Jeffrey ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya ringkas sahaja seakan pizza bajet yang biasa dibeli di kedai-kedai roti. Anak-anak memang suka pizza begini. Jom belajar buat sendiri. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan di waktu minum petang di musim PKP ni.
1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. 2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit. 4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
CARA MEMASAK: 1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing. 3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.
Aneka resipi sandwic yang boleh dicuba. Ni bukan sandwic biasa tau. Intinya diperbuat dari kombinasi bahan-bahan terbaik. Jika anda buat dan hidang untuk anak-anak, pastinya licin. Cubalah. Anda pasti sukakannya.
1. SANDWIC AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti wholemeal
1 keping dada ayam | dipotong 2-3 inci
½ inci halia |ditumbuk halus
2 ulas bawang putih |ditumbuk halus
5gm serbuk lada hitam |ditumbuk halus
5gm herba rosemary kering |ditumbuk halus
sedikit minyak bijan
Sedikit madu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
30gm mayones pedas
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:
4 – 5 kelopak salad butterhead
5 keping hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
3 keping hirisan lada benggala merah
3 keping hirisan lada benggala kuning
CARA MEMASAK:
Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi sebati.
Panaskan kuali tidak melekat dan panggang ayam tadi hingga masak.
Setelah itu, letakkan di atas roti dan hidangkan bersama salad butterhead, hirisan tomato, bawang besar dan lada benggala.
Paipkan sos, tutup dengan bahagian atas roti sebelah atas dan hidangkan.
2. SANDWIC BERSAMA TUMISAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti serat
5gm mentega
3 keping keju cheddar |kurang lemak
30gm cendawan tiram |dicarik
30gm cendawan butang |dihiris halus
15gm daun ketumbar |dihiris halus
20gm bawang putih |dicincang
20ml minyak zaitun
15gm bawang |dipotong dadu
5gm serbuk paprika
15gm mayones pedas
BAHAN-BAHAN SAYUR :
6 kelopak salad butterhead
9 keping hirisan tomato | dibuang biji
15 keping hirisan kecil timun Jepun
CARA MEMASAK:
Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian bakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
Gaul bahan-bahan tersebut dengan minyak zaitun sehingga sebati dan pastikan cendawan masak. Setelah itu, letakkan di atas roti bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju. Sedia untuk dihidang.
3. SANDWIC TUNA MAYO PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti serat
5gm mentega
3 keping keju cheddar |kurang lemak
1 tin tuna bersama minyak zaitun
½ biji bawang kecil |dipotong dadu
15gm mayones pedas
5gm serbuk lada hitam kasar
½ biji limau nipis |diperah jus
secubit garam
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:
4 – 6 kelopak salad butterhead
9 keping hirisan tomato |dibuang biji
15 keping hirisan kecil timun jepun
CARA MEMASAK:
Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
Masukkan tuna bersama minyak zaitun ke dalam mangkuk. Campurkan bawang kecil yang telah dipotong dadu.
Masukkan pula mayones pedas dan gaul kesemua bahan sehingga rata.
Taburkn serbuk lada hitam kasar dan garam. Gaul semula hingga rata dan sebati.
Setelah itu, letakkan di atas roti bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju. Sedia untuk dihidang.
Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk sarapan, boleh cuba buat roti canai resipi dari saudari Sa Ya Annie.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan susu pekat
1 1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
Masak diatas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran.
Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi...