Cuti sekolah ni mak mak sibuk nak menyediakan menu yang terbaik untuk anak-anak. Paling mereka suka ialah bubur. Cuba buat bubur nasi cendawan shitake gerenti mereka tak cari bubur Mcd.
Sangat sesuai untuk anda yang menggemari bubur dan juga para vegan. Antara menu diet yang sedap dan sihat, boleh feeling breakfast di Korea juga.
Bubur Nasi Cendawan Shitake
(5 orang makan)
Bahan-bahan:
1 pot beras
Cendawan shitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (Optional)
2 sudu besar minyak masak/zaiton
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang
Cara memasak:
Rendam beras.
Dadukan/cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan. Gaulkannya, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.
4.Dah siap, boleh hidang dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
Tosei ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.
Selalunya, tosei ni dimakan dengan aneka jenis kuah, seperti kuah dhal, kari ayam atau kari ikan serta cutney kelapa.
Sedap kan dapat makan dengan tosei dan idli serta chutney kelapa. Lebih-lebih lagi bila buat sendiri di rumah. Sesuai untuk sarapan pagi bersama keluarga.
Jom buat dengan ikut resipi daripada Nur Masri ini.
1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman. 2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam@ semalaman. *(Jika nak buat petang, rendam pada waktu malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar).
3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam. 4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. *Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan, simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari. *Jika guna food processor, boleh je kisar semua bahan sekali. Jika guna pengisar, boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam. 6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.
7. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing, boleh lebihkan masa.
8. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa.
1. Lenserkan minyak pada acuan (saya guna acuan lompang je) 2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit. 3. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.
1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa, sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dengan sedikit air. 2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau. 3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang. *Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
DALCA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging dipotong (jika guna daging yang ada lemak, rebus dulu hingga lembut buang lemak yang cair untuk elak dalca berlemak/ jika guna isi pejal, tak perlu rebus) 1 cawan kacang dal | direndam satu jam & direbus hingga lembut 2 biji terung | dipotong 8 5 batang kacang panjang | dipotong satu inci – beli online di sini 1 batang lobak merah |dipotong jejari 1 inci – beli online di sini 3 biji kentang | dipotong 6 tiap satu – beli online di sini 2 biji cili merah | dibelah 2 2 biji cili hijau | dibelah 2 2 biji tomato separuh masak | dipotong 4 3 sudu besar membukit cili kering kisar 4 sudu besar membukit rempah kari daging – beli online di sini Maggi cukup rasa 2 asam keping – beli onlline di sini 3 cawan santan pekat – beli online di sini Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
3 pelepah daun kari Kulit kayu manis Buah pelaga Cengkih Bunga lawang
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau. 2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga air kering dan naik bau. 3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, masukkan rempah kari. Kacau rata. (Jika daging belum rebus, masukkan daging, garam dan air, rebus hingga empuk). 5. Masukkan maggi cukup rasa, asam keping daging dan air daging (jika daging telah direbus), kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk. 6. Masukkan kacang panjang, terung dan cili. 7. Masukkan santan pekat dan tomato. 8. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan garam.
Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
RESIPI NASI DAGING GUNA KURMA DAGING ADABI
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai masakan panas. Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timun dan telur mata. Namun jika makan di gerai tomyam siam, Nasi Goreng USA biasanya disajikan dengan Daging Masak Merah. Sedap! Nak cuba masak Nasi Goreng USA yang sedap secara homemade? Saudara Emee Sham ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
JOM MASAK NASI GORENG USA SEDAP ALA GERAI TOMYAM SIAM
RESEPI NASI GORENG
BAHAN-BAHAN: 2 mangkuk nasi putih 3 ulas bwg putih – ketuk Sedikit bawang holland – hiris Cili api – ketuk 1 sudu makan cili boh @ secukupnya – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Nampla @ sos ikan secukup rasa – beli online disini 1 biji telur Pak choy @ sawi cina
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili api. Masak hingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak dan pecah minyak. 3, Masukkan sos tiram dan juga nampla dengan secukup rasa. 4. Bila sudah sebati, pecahkan telur dan masukkan nasi. Kacau rata dan besarkan api memasak. 5. Akhir sekali masukkan hirisan sawi. Kacau hingga sayur masak. Tutup api.
RESEPI DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN: Daging – dipotong kiub, direbus dengan pewarna merah @ sirap ros 3 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini 5 biji cili api – ketuk 1 biji bawang Holland – hiris – beli online disini 1 biji cili merah – hiris Pes cili secukupnya / cili kisar Sos cili secukupnya – beli online disini Sos tiram secukupnya Nampla @ sos ikan secukupnya Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Bila daging selesai direbus, goreng seketika untuk garingkan sekeliling permukaannya. Angkat dan hiris nipis. Ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan pes cili @ cili kisar. Tumis sampai cili masak. 3. Masukkan sos tiram dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Seterusnya masukkan sos cili dan nampla @ sos ikan. Kacau rata. 5. Bila sudah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris tadi. 6. Tambah sedikit air jika kuat terlalu pekat. Perasakan dengan gula seccukupnya. 7. Akhir sekali masukkan hirisan cili api, cili merah serta bawang holland. Gaul dan masak seketika. Padamkan api. 8. Hidangkan Daging Masak Merah bersama nasi goreng dan juga telur mata.
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.