Seiring dengan perkembangan zaman, dunia masakan juga semakin berkembang dengan pelbagai resipi baru tercipta. Bahkan, resipi-resipi tradisional juga turut diolah dan diberikan sentuhan moden.  Untuk itu, Chef Zetti berkongsi empat resipi kuih tradisional yang telah diberi inovasi baru. Jom kita cuba.

Inovasi Baru KuihTradisional, No 2. Wajib Cuba!

BINGKA UBI KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan ubi kayu | parut
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
  • 1/2 cawan buah ceri
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  2. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega
  3. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
  4. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
  5. Kuih sedua dihidangkan.

Inovasi Baru KuihTradisional, No 2. Wajib Cuba!

IKLAN

KUIH BAKAR KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kacang hijau yg telah direbus  | simpan sedikit untuk hiasan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Beberapa titik pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
  3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing.
  7. Guna api atas dan bawah.
  8. Setelah sejuk, sedia dihidangkan.

Inovasi Baru KuihTradisional, No 2. Wajib Cuba!

IKLAN

KUIH TALAM PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, purple

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula.
  2. Masukkan air dan santan pekat. kacau sebati. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapis
  3. Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan masukkan pewarna.
  4. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang dan alas plastik (plastik mesti besar sikit dari loyang)
  5. Masukkan 1 bahagian warna (warna bawah sekali – ungu) dan kukus selama 10 minit atau sehingga adunan keras sikit. Ulangi langkah ini sehingga semua 6 warna habis.
  6. Kukus selama 20 minit untuk adunan terakhir.
  7. Sejukkan dahulu baru potong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat.
  8. Sedia dinikmati.

Inovasi Baru KuihTradisional, No 2. Wajib Cuba!

PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 sudu teh  baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna pink secukupnya
  • 2 sudu teh  kordial air sirap
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
  • Kacang merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
  7. Sedia dinikmati.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI