Ayam masak merah ni sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi lemak dan nasi tomato. Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap teruk. Kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ni RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
.
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
Ads
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Ads
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.
RESIPI CHICKEN WINGS SWEET SPICY
BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam – bersihkan
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan madu
2-3 sudu makan sos cili pedas
Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
1 sudu makan serbuk lada hitam
10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 inci halia – tumbuk lumat
Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
Perencah cukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepah |cuci bersih dan tos
5 ulas bawang putih | titik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 sudu makan sos tiram
8 biji cili padi | hiris
3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
Dah lama tak menikmati ayam percik. Lagi best buat secara homemade.Mudah saja caranya ikut resipi ini. Nak sedap ayam bakar ini bila ia diperap lama. Penyediaan kuah dengan ramuan yang terpilih juga membuatkan rasa ayam percik ini enak sekali.
Ayam Percik
Bahan-bahan:
Bahan perapan:
1 ekor ayam dipotong 4 (guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
Garam secukupnya
Bahan untuk kuah:
1 cawan santan cair*
4 batang serai*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
5 sudu makan gula
Sedikit garam
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
Santan pekat (masukkan kemudian)
Cara memasak:
1.Tumbuk semua bahan perapan bertanda* seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
2.Kelar sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.
3.Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda *dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali atau periuk masakan anda.
Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.
4.Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.
5.Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.
Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
6.Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Boleh bakar dalam oven, panggang atas api atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.
7.Sedia dihidangkan.
Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan. Kalau dah tahu resepi ayam percik ini, tak perlulah anda keluar dan membeli lagi.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!