Creampuff sememangnya menjadi antara juadah minum petang yang popular. Selain tekstur yang lembut dan sedap, bentuknya yang comel membuatkan ramai yang tertarik mencari resipi.
Perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini, sedikit berbeza daripada yang lain. Menggunakan keju dan herba menjadikan hidangan ini superb dan sedap!
Resipi ini dapat menghasilkan 12 biji cheese puff dan Gougères (disebut “goo-ZHAIRS”) adalah gaya pastri gourmet Perancis yang dibuat daripada pastri choux dan beberapa jenis keju.
GOUGÈRE – CHEDDAR CHEESE PUFFS
BAHAN CHEESE PUFF
Ads
8 sudu besar atau 113g mentega – beli online di sini
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
4 biji telur saiz besar (kalau kecil 5 biji) | dipukul sedikit
1 cawan atau 113g parutan keju cheddar
2 sudu teh herba rosemary/thyme/parsley | dihiris halus (untuk resipi ini, saya guna rosemary dan parsley) – beli online di sini
½ sudu teh serbuk lada hitam – beli online di sini
Sebiji telur | dipukul untuk glis
Parutan keju cheddar sebagai hiasan
BAHAN CHEESE FILLING
250g cream cheese suhu bilik
4 sudu besar sour cream/yogurt asli
1 sudu teh garlic powder/1 ulas bawang putih diparut
1 sudu teh parsley/dill/rosemary herbs
*Campur semua bahan kecuali herba dan kacau menggunakan mixer hingga kental/soft peak. Masukkan herba dan kaup balik hingga sebati. Paipkan ke dalam gougere semasa menghidang.
CARA MEMBUAT CHEESE PUFF:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Di dalam periuk yang sesuai, masukkan air, garam dan butter. Kacau hingga mendidih kecil dan mentega larut. Guna api sederhana besar. Kemudian kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan tidak melekat di periuk dan senduk kayu. Alihkan dari dapur.
3. Terus kacaukan adunan dan biarkan doh menjadi suam selama 5 minit. Guna mixer atau senduk kayu dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar hingga adunan menjadi berkrim.
Ads
4. Masukkan lada hitam, daun herba dan keju cheddar. Kacau hingga sebati
5. Guna piping bag atau sudu dan paipkan adunan ke atas loyang sebesar 1.5-2inc. Jarakkan kerana adunan akan mengembang. Ulang hingga habis.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan turunkan suhu ke 190c bakar selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar, sapukan dengan telur dan tabur keju di atas puffs. Bakar semula selama 10 minit hingga puffs menjadi keperangan. Sejukkan di atas rak dawai.
*boleh gantikan herba dengan kucai, daun bawang atau herba kegemaran. Boleh juga terus sapukan telur dan tabur keju sebelum bakar. Tapi hasilnya tak berapa cantik sebab keju cepat cair. Kalau terlebih rajin, boleh buat cheese filling. Tapi makan begitu saja pun dah sedap dan wangi bau herba.
Siapa boleh menafikan keenakkan kek lama zaman mak kita dahulu seperti kek mentega dan kek lapis masam manis. Kek legend ini menggunakan kepingan asam hawflakes memang sedap. Makan berkali pun tak kan jemu. Walaupun buatnya agak renyah namun rasanya memang padu.
KEK LAPIS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
2 1/2 cawan tepung biskut marie – biskut marie kisar halus
CARA MEMASAK : 1.Pukul butter & gula hingga kembang putih. 2.Masuk telur satu persatu. 3.Masuk ovellete,susu pekat & esen vanilla. 4.Ayak tepung biskut marie bersama baking powder. 5.Kemudian masuk sekali dalam adunan butter tadi. Gaul sebati. 6.Bahagi kepada 2 bahagian.Letak pewarna ikut citarasa. 7.Sediakan pengukus. Panaskan air kukusan dulu. 8.Loyang 8/9 inci sapu butter.Alas dengan baking paper.Tuang dalam 1 cawan. Ratakan. Susun hawflakes. Lepas tu kukus 10 minit. 9.Keluarkan lapis pula warna lain. Susun hawflakes.Kukus 10 minit.Ulang proses lapisan sampai habis. 10.Lapisan terakhir kukus 20 minit. 11.Kek dah betul-betul sejuk boleh potong.
Ada macam-macam kuih manis yang jadi pilihan. Tapi antara yang disukai lepat labu. Tidak ramai yang menyukainya namun kalau betul cara buatnya pasti buat kita terlagi-lagi nak menjamahnya. Rasanya yang lemak manis memang berbeza dengan lepat yang lain. Isi labu yang lemak manis digabungkan dengan isi kelapa parut, menjadikan ia bertambah lemak. Makan pula bersama kopi o panas, memang terbaiklah.
LEPAT LABU( tanpa inti kelapa )
Bahan-bahan
1 /2 biji labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
3 cawan pati santan
1 sudu KFC garam
Gula secukup rasa ( saya guna brown sugar )
Daun pisang layurkan dulu
Cara memasak:
1.Campurkan kedua2 tepung ,santan ,gula kedlm labu yg telah dilecek.
2.Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung…adunan ni tak terlalu lembik
3.Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
4.Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
5.Kukus sampai masak.
Terasa nak cuba Mi Kolok yang femes dekat Sarawak tu? Inilah resipinya dan anda boleh cuba di rumah. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula. Sedap! Pasti anda sukakan rasanya.
MI KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Gaul rata.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
Susun hirisan daging di atas mi dan nikmati bersama sup dan sambal.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.