Musim petai ni memang nampak di tepi-tepi jalan banyak petai dijual. Seikat antara RM5 hingga RM20. Kalau beli yang RM20 tu, mahu dapat dalam 15 papan. Banyak tu. Kalau dibiar lama, kadang isi petai akan mengecut. Dan ada juga situasi isi petai tak begitu besar. Isinya agak kecil dan nampak tak menggiurkan. Rupa-rupanya ada cara untuk menjadikan isi petai bertukar saiz lebih besar. Senang je. Rendam dalam air semalaman.
RASA kongsikan petua daripada facebook Hani Azahari mengenai cara membesarkan isi petai.
Siapa peminat petai? Hahaha.
Semalam kan mak kakhani datang, ada sedara bagi petai. Tetiba mak kakhani kata “Hani, cer awok potong petai tuu, belah dia, pastu rendam dalam air. Nanti dia jadi besor, buat tengok, mak tengok makcu buat”
Pastu kakhani pun turutkan jugak lah sebab kakhani suka petai, tapi selalu asal nak beli je petai haluihh bebenor. Dapat jadikan dia besor behh jugak kan? Hakhak.
Ads
So kakhani pun rendam lah. Esok pagi nya tu tengok. Naahhhh kembang seperti dalam gambar. Siap terkeluar dari kelopak dia. Rasa masih sama rasa petai. Dan masih rangup. Hakhak.
Ads
Ads
Amacam? Ada yang suka makan ulam petai, nak masak sambal petai, cer try guna tips nie kalau petai yang korang beli tu kecik tuekk. Tetiba kongsi pasal petai pulak. Hakhak. Ehh apa salahnya kan. Mende baik wajiblah share. Kikiki.
Sekarang ni semua orang tengah tergila-gila nak makan durian, tapi tak semua tahu cara yang betul nak pastikan durian yang dibeli tu berbaloi ke tak, biasalah penjual durian sekarang fikir untung je, kepuasan pelanggan pun diabaikan. Ini yang admin nak kongsikan tips macam mana nak beli durian yang tak merugikan kita sebagai pembeli. Tips ini telah di kongsikan oleh Haji Yussof Ali di Facebook, korang bolehlah guna tips ni nanti bila nak beli durian.
1. Pastikan durian tersebut tak merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang sudah merekah dikhuatiri telah lama, mungkin sudah sehari lebih. Jadi, sudah tidak fresh. Lagi pun, gas dari durian itu sudah hilang, jadi bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia sudah tidak ada.
Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuatkan isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas dan mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
Selain itu, pastikan kulit luarannya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
2. Jangan beli durian tangkai yang kecut
Sebab tangkai yang kecut atau gelap selalunya buah yang lama (sudah lama jatuh dari pokok), mungkin sudah 2 hari. Kalau berlendir dan masih cerah, ia segar dan baru jatuh dari pohon. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap.
3. Bau terlebih dulu di buntut durian
Kalau bau sedap, lemak, elok ambil saja. Tetap kalau bau tidak berapa ada, cuba pilih yang lain dulu. Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi. Jika sudah merekah dan kehitaman pula warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk.
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang bau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.
4. Goncang durian terlebih dulu sebelum beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tidak ‘mangkaq’ atau keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.
5. Suruh taukeh durian tebuk dulu durian
Ini untuk memastikan durian itu confirm sudah masak, tidak keras dan coleklah sedikit untuk rasa. Biar puas hati baru beli.
6. Pastikan duri durian itu keras
Cuba rasa duri pada buah durian itu. Tekan dengan jari. Kalau buah itu lama, durinya akan lembut. Kalau masih baru lagi akan keras.
Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.
7. Tanya dulu durian itu dari mana
Saja-saja test taukeh durian itu, betul ke durian itu durian setempat. Kot-kot lah durian siam. Sesetengah orang tidak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat saja lah. Durian dari Batu Kurau dan Balik Pulau is the best.
8. Tanya taukeh kalau buah tak masak boleh tukar tak?
Kalau taukeh yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian itu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, akhirnya dapat sumpah seranah costumer.
Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. Penjual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati juga.
9. Saya nak buah isi kuning!
Kalau anda hendak buah durian yang isi kuning, bagitahu saja taukeh itu. Kalau dia berpengalaman, senang saja dia pilih. Kalau dia kata tidak tahu, nasiblah.
Anda suruh dia potong sikit tangkai buah durian itu. Ada nampak urat-urat di tengah-tengah tangkai, kalau warna kuning sikit, insya Allah isi durian di dalamnya kuning. Kalau tidak, mungkin putih.
10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah di bawah buah
Sebenarnya, taukeh durian letak getah sebab nak mengelakkan durian itu merekah.
11. Pilih buah yang bentuk macam jantung
Selalunya buah durian yang bentuk jantung ini, isi dia memang elok. Susah nak jumpa yang problem. Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi tebal, manis dan biji kecil.
12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul
Selalunya buah durian jenis ini tak pernah mengecewakan.
13. Pilih buah yang bertangkai panjang
Pilih durian jenis ini, selalunya buah durian yang bertangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita (ini serius).
Daun sup antara herba yang sangat enak jika dicampur dalam masakan. Biasanya ia digunakan dalam penghasilan sup, bergedil malah ia juga sesuai ditabur diatas hidangan mi atau bihun goreng sebagai penyedap rasa dan penambah aroma.
Namun, daun sup ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah menjadi lembik dan busuk. Jika beli di kedai, biasanya daun sup ini dijual dalam kuantiti yang agak banyak. Dalam masakan pun bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Jadi lebihan daun sup tu jika dibiarkan sahaja pasti akan membazir. Minggu depan bila anda nak masak dan perlukan daun ini, dah kena beli baru.
Ada petua menyimpan daun sup agar tahan lama yang boleh anda praktikkan iaitu dengan membekukan daun tersebut menggunakan air. Melalui cara ini, daun sup yang anda beli mampu tahan berbulan-bulan. Cubalah! Memang bijak malah tak membazir.
CARA-CARA MENYIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
1. Ambil daun sup yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.
2. Ambil hirisan daun sup dan masukkan ke dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air sampai menutupi daun sup tadi.
4. Simpan dalam peti sejuk beku.
5. Bila nak guna, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.
Selamat mencuba!
INFO RASA: Untuk menjimatkan ruang dalam peti sejuk anda, setelah kiub ais daun sup ini beku sepenuhnya, keluarkan dari acuan dan simpan dalam satu bekas berlainan. Kemudian anda boleh guna bekas kiub ais tadi untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun ketumbar, limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.
Rendang atau kari korang berlebih, jangan biarkan basi, akhirnya terpaksa buang begitu saja. Dah penat-penat masak, rugilah. Apa kata korang simpan, bila teringin makan boleh keluarkan dan panaskan je, rasa tetap sama. Nak tau macam mana caranya, ini jawapannya.
Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar Dan Baru.
Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli kedai, pastikan ia yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan perah menggunakan air suam. Atau gunakan santan kotak, sebaiknya pastikan saiz kotak santan ikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak juga pastikan, masakan yang dimasak, cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.
Simpan Dengan Cara Yang Betul
Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup, kemudian sejukkan hingga wap panasnya hilang. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Sejuk Bekukan @ Frozen
Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama sebaiknya fozenkan saja, ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama. Untuk metode ini ia sesuai untuk makanan seperti lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya keluarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan sebelum sedia dihidangkan.
Diharapkan info ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.
TERCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH TERBARU, JOM LAYARI DI SINI.