Suka makan kek buah? Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan, Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit (buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK: 1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam. 2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati. 3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.) 4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.) 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kek Buah Kukus memang enak namun tidak ramai yang sanggup nak buat kerana menyangka kek ini susah untuk dibuat serta waktu memasaknya yang lama. Nak buat kek ni tak susah pun. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Syara Fina ni.
KEK BUAH MOIST ( KUKUS 4-5 JAM)
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
320gm gula pasir
60ml air panas
500gm buah campur kering (mix fruits)
3 biji telur gred A
350gm tepung gandum
*1 sudu kecil cream of tartar
*2 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
*1 sudu kecil esen vanila
*1 sudu kecil sunquick
CARA MEMASAK:
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.
2. Kemudian masukkan buah campur. Kacau sebati dan sampai buah campur meletup kecil, biarkan mendidih.
4. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah campur tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
6. Alas loyang 7×7 dengan kertas baking. Sapukan mentega di sekeliling loyang dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.
7. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.
8. Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist. Potong kek bila betul-betul sejuk.
Info: Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya. Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Jika simpan dalam suhu bilik, kek ini mampu bertahan selama 2 minggu. Untuk menikmatinya, keluarkan seketika kek buah dari peti sejuk kemudian potong macam biasa. Kek kekal moist dan sedap!
Bukan orang lama je ye suka Kuih Batang Buruk, yang muda pun ramai suka. Harga pun setiap tahun naik, seiringan dengan harga barang-barang yang terus naik. Apa kata kita cuba buat sendiri.
Nampak mudah cara membuat dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Jadi bolehlah kita sama-sama membuatnya sendiri. Mula cuba dulu, kalau menjadi boleh buat untuk raya, bolehlah jimat.
BUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw saiz besar
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
Potong kulit popia memanjang seperti dalam gambar mengikut ukuran menggunakan pembaris.
Tarik sehelai sehelai lapisan kulit popia yang telah digunting tadi. kemudian gulung pada straw gunakan putih telur sebagai pelekat atau gunakan bancuhan tepung gandum.
Buat sampai habis, kemudian jemur lebih kurang 10-15 minit. Atau hingga kulit popia keras dan straw boleh dicabut. Ketepikan.
Sangai tepung kacang hijau lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana. Tujuannya untuk wangi, tahan lama dan ringan. Angkat dan sejuk.
Setelah sejuk campurkan gula aising, gaul rata supaya sebati.
Panaskan minyak dan goreng kulit popia hingga kekuningan, angkat dan toskannya.
Setelah sejuk, sumbat dengan campuran tepung kacang hijau dengan gula hingga siap.
Ada setengah orang tak sumbat campuran tepung kacang hijau, sebaliknya gaulkan saja hingga rata. Terpulang pada cita rasa.
Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 2kilo setengah.
Kredit resipi: Ruzita Hashim melalui FB Resipi Dapur Kak Chah.
Episod 12 Rasa Nostalgia Ramadan dimeriahkan dengan kehadiran Fikry Ibrahim bersama sepupunya, Shatorah. Pelawak otai, Imuda juga ada sebagai cameo pada hari ini. Mencipta nama menerusi program Lawak Solo, nama Fikry Ibrahim semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air.
Bila bercakap tentang menu untuk berbuka puasa, menu Ayam Masak Kurma ini memang menjadi pilihan Fikry. Kira menu wajib ada dalam bulan Ramadan ni. Memang membuka selera.
Tak lengkap rasanya kalau tiada pencuci mulut. Jadi, Fikry dan Shatorah telah membuat Tiramisu sebagai pelengkap hidangan. Fuhh memang sedap. Rasa kopi yang cukup menggoda.
Kalau anda nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Selamat mencuba!
AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
BAHAN-BAHAN AYAM KURMA:
1 pek rempah kurma
½ ekor ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 batang lobak merah
1 biji kentang
1 mangkuk kecil santan pekat
1 biji tomato
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 biji cili merah | dibelah dua
3 biji cili padi
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.
Masukkan 1 tangkai daun kari supaya tumisan jadi lebih wangi.
Kemudian, masukkan bahan tumbuk halus. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
Bila rempah sudah kering, masukkan sedikit air. Boleh ulang tambah air dalam 2 hingga 3 kali supaya rempah betul-betul masak.
Kemudian, masukkan ayam. Kacau sebati.
Masukkan santan dan juga garam secukupnya.
Masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
Tambah air jika perlu.
Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan cili padi. Masukkan juga asam keping.
Masukkan bawang besar. Kacau hingga sebati.
Siap!
TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
1 paket Biskut Ladyfinger
1 cawan air Nescafe | tanpa gula
1 cawan Non-Dairy Whipping Cream
250g cream cheese
100g gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
¼ cawan serbuk Hot Chocolate Cadbury
CARA MEMASAK:
Campurkan cream cheese, gula icing, esen vanilla dan whipping cream di dalam 1 bekas. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati dan berkrim.
Celupkan biskut Ladyfingers ke dalam air Nescafe. Kemudian, susunkan biskut tersebut di dalam bekas.
Kemudian, sapukan krim keju tadi di atas biskut.
Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga penuh.
Ratakan krim keju dan taburkan serbuk hot chocolate Cadbury.
Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
Siap untuk dimakan.
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.