Nasi antara juadah wajib selain lemang, nasi impit atau ketupat sebagai menu utama. Antara nasi yang kerap menjadi pilihan adalah Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Jagung. Kali ini RASA sharekan menu simple dan mudah buat untuk kesemua resipi nasi ini supaya korang boleh masak sendiri di rumah.
NASI TOMATO BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmathi | rendam sekurang-kurang 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan tomato puri
5 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 kiub perasa ayam
1 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa BAHAN HIRIS:
5cm halia
2 biji bawang besara
6 ulas bawang putih BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk nasi, kemudian tambah dengan minyak sapi.
2. Masukkan bahan hirisan dan rempah penumis, kacau hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan puri tomato, air, susu cair, kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
5. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
6. Setelah masak Nasi Tomato sedia dihidangkan.
NASI MINYAK BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit.
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
3 sekawan | kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang ,6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 cawan kismis
1 helai daunp pandan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, baru masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.
Kacau rata, masukkan air, susu, serbuk perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
Setelah kering air masukkan kismis yang telah digoreng.
Tutup semula dan biarkan lebih kurang 5 minit.
Nasi sedia dihidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
2 kiub perasa ayam | hancurkan
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Garam dan gula secukup rasa BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis, daun pandan dan hirisan hingga wangi.
Masukkan beras yang telah direndam, kacau rata supaya sebati dengan bahan penumis.
Tambahkan ke dalamnya air, susu, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk elektrik, masak seperti biasa.
Bila air nasi sudah kering dan hampir masak, titiskan pewarna hijau, kuning dan merah. Tutup semula periuk dan biarkan 4-5 minit.
Tutup api, gemburkan nasi supaya pewarna rata dalam nasi.
Nasi sedia dihidangkan.
NASI JAGUNG: BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan minyak masak
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan krim jagung dalam tin
1 helai daun pandan
2 kiub pati ayam | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi/mentega bersama minyak masak.
Tumis bahan penumis, daun pandan dan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan krim jagung dan jagung, kacau rata dan masukkan beras.
Kacau dan masukkan air, susu cair, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, pindahkan ke dalam periuk elektrik.
Kacang Pedas Bilis ni memang sedap kalau buat kudap-kuap sambil tonton tv. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Faizah Md Zain ni antara yang paling mudah dan dijamin menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KACANG PEDAS BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah
Ikan bilis ( beli dalam RM5)
3 senduk lada mesin / cili kering kisar
10 ulas bawang putih kisar
Minyak masak secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu makan gula merah
3 biji gula batu
1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak guna api perlahan. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 2. Kemudian goreng ikan bilis yang telah dibersihkan hingga garing. Toskan juga. 3. Keluarkan minyak masak dan biarkan dalam 1 senduk sahaja dalam kuali. 4. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar, gula, garam, gula merah, gula batu dan air. 5. Masak guna api perlahan sampai semua bahan larut dan likat. Tambah perasa jika perlu. 6. Bila sambal sudah cukup rasa, padamkan api dan biar sambal sejuk. 7. Bila sambal betul-betul sejuk, masukkan kacang tanah dan bilis goreng tadi. Gaul hingga sekata.
8. Masukkan kacang pedas bilis ke dalam tapis untuk membuang lebihan minyak. Kemudian simpan dalam bekas bertutup. 9. Sedia untuk dinikmati.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Selain Pisang Goreng, Cekodok Pisang, ada idea tak nak buat kuih apa dengan pisang? Kalau keluarga anda suka pisang dan banyak stok pisang cer cuba buat dua menu ni , nampak sedap dan senang je nak masak. Pisang Naga Sari tu kuih lama yang masih digemari hingga sekarang. Rugi kalau anda tak mencubanya…
KUIH NAGASARI PISANG BAHAN-BAHAN:
200gm tepung beras
50gm tepung ubi
125gm gula pasir
800 ml santan
1sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 helai daun pandan | simpulkan.
Daun pisang secukupnya | layur dan lap
Pisang secukupnya ikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan. Resipi & photo: @hanhanny
ROTI PISANG BANJAR BAHAN-BAHAN:
300gm pisang kapok Abu masak | potong kecil
200gm tepung terigu protein sedang
400ml santan hangat kekentalan sedang (200 ml santan instan diencerkan)
100gm gula pasir | boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis
1 sudu teh garam garam
1 biji telur saiz A
1/2 sudu teh esen vanila
Marjerin | untuk oleh acuan
CARA MEMASAK: 1. Campur tepung gandum, gula, garam, vanila, telur dan santan. 2. Adun hingga rata dan tidak berketul.
3. Masukkan pisang, adun lagi hingga sekata. 3. Panaskan acuan atau boleh guna acuan non-stick. 4. Hias atasnya dengan 3 – 4 potong irisan pisang di atasnya dan tutup. 5. Bakar dengan Panggang dgn api kecil hingga masak. 5. Sebelum angkat, sapukan sedikit marjerin di atasnya. 6. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!