Ada yang nak nak buat duit lebih? Paling mudah berniaga sandwich.Buatnya pun tak renyah.Boleh ikut resipi mudah ini untuk membuat sos yang sedap. Sos yang disediakan ini kalau masukkan dalam apa jua sandwich, padu rasa. Untuk filling boleh letak chicken/beef salami, chicken loaf, egg(mayo eggs,fluffy scramble egg,runny egg,minced meat (chicken/beef),tuna (spicy tuna,mayo tuna,curry tuna) Pendek kata olahlah sendiri ikut citarasa.
Butter garlic sos: 30g mentega (cairkan) 1 ½ sudu besar madu 2 sudu besar mayo 1 ½ sudu the bawang putih ( cincang) 1 sudu teh parsli Campur semuanya (Sapu pada roti dan buat sandwic grill pun padu,Sos ini sesuai untuk semua jenis filling)
Sweet sos: 2 sudu besar susu pekat 2 sudu besar mayo Campur keduanya (Sos ni sesuai untuk sandwich telur)
Sos 3 : 2 sudu besar hot sos (cili sos) 2 sudu besar mayo(Sesuai utk semua jenis) semua sos ni boleh buat batch sekali banyak dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Tip: *Buat style club sandwic (3 keping layering roti,lapisan pertama untuk daging/filling/keju /lapisan kedua sayur :salad/tomato/lobak merah/kubis/timun. *drizzle sikit dengan dijon mustard and mayo kat filling. *Kalau tak nak sandwic lembik, potong guna pisau roti. *semua buah dan sayur sila deseeded (tomato/timun),tepi roti tak payah potong.Biarkan saja. *Nak lagi power, grill roti & letak kepingan keju. Kredit:Nad Deen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ni resipi lemak manis bingka roti jagung kurang manis. Boleh aje tambah kismis jika suka. Ni resipi mudah perkongsian Nana Ereena.
Sedap dan mudah dibuat, jadi tak delah pembaziran roti. Sukatan gula tu kurangkan sedikit jadi taklah manis sangat.
BINGKA ROTI JAGUNG KURANG MANIS
.
BAHAN-BAHAN :
*Ketepikan
CARA MEMASAK:
1. Satukan dan sebatikan semua bahan
2. Masukkan roti tadi.
3. Tuang dlm loyang 8″x8″yg telah dialas baking paper. Taburkan bijan dan letakkan sedikit mentega dipermukaan adunan.
4. Bakar suhu 180api atas bawah 45minit @ hingga masak. Sejukkan baru potong.
Menu minum petang, kek, antara yang senang untuk disediakan. Pelbagai jenis kek yang boleh dibuat, antaranya kek coklat, kek pandan, kek nestum dan juga kek mango cheese.
Paling menarik, dalam koleksi 10 resipi kek ini, anda boleh cuba kek sarang semut yang sangat popular dan sedap!
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair (semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan) 4 biji telur gred A *1 cawan tepung gandum *1 sudu kecil soda bikarbonat *1 sudu kecil baking powder (ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap. 2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati. 3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek. 4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair. Sejukkan baru tuang atas kek.
1 cawan minyak jagung 1 cawan susu pekat manis 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 2 sudu teh vanila (Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 cawan serbuk koko (Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese ½ cawan susu cair 1/2 cawan gula 2 sudu makan tepung gandum 1 biji telur 1 penutup esen vanila *Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk. 2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi. 3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat. 4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
20 keping biskut marie atau biskut oreo pun boleh (saiz kecil, kalau saiz roti besar 10 ketul) | dikisar halus 5 sudu besar mentega | dicairkan
CARA-CARA:
1. Mentega yang dicairkan tuang ke dalam biskut marie (kalau guna unsalt butter lagi okay). Gaul rata. 2. Masuk 1 sudu besar ke dalam paper cupcake. Tekan-tekan biskut kisar tadi biar padat. Buat hingga habis. Ketepikan.
ADUNAN CHEESE:
250g cheese tatura atau jenama lain pun boleh ½ cawan gula 2 biji telur Esen vanilla ½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil jus lemon @ sunquick pun boleh (optional) 3 sudu makan yogurt asli
CARA-CARA:
1. Mix dahulu cheese selama 10 minit. Masukkan gula. Mix lagi. 2. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla. Mix lagi hingga sebati dalam 10 minit gitu. 3. Kemudian masukkan tepung gandum dan lemon jus atau sunquick pun boleh (tak nak letak pun boleh). Mix sebati. 4. Akhir sekali, masuk yogurt asli. Kaup balik hingga sebati. Isikan dalam bekas cupcake. 5. Panaskan ketuhar dengan suhu 160C dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dahulu baru letak topping. Filing strawberry atau buah strawberry pun okay.
3 biji telur gred A 2 cawan tepung kek ½ sudu kecil baking powder ¾ cawan gula pasir 1 biji oren (ambil airnya) 3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan oren tadi, jadikan ½ cawan) 1 cawan minyak Sedikit garam 1 penutup esen vanila Pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. 2. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick dan garam, masukkan minyak. Pukul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul secara perlahan saja. 4. Bila dah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit planta dan dilapik kertas. 5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 1 jam, guna api atas bawah. 6. Saya guna loyang 8×8, jadi saya gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
1 cawan marjerin ½ cawan gula kastor 3 biji telur Esen ros 1 sudu susu pekat 1 ½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 cawan kelapa kering Pewarna merah/hijau/ kuning
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang. 2. Masukkan telur dan putar lagi. 3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap. 4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat. 5. Kaub balik adunan. 6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan. Kaub balik adunan. 7. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin. 8. Bakar 170°C selama 60 minit (ikut ketuhar masing-masing). Siap.
1 cawan gula 1 cawan air panas 2 sudu marjerin atau mentega 4 biji telur (gred A atau B) 1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja) Esen vanilla 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA:
1. Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit. 2. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan. 3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk. 4. Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati. 5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata. 6. Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5). 7. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar.
SEDIKIT TIP UNTUK MEMASAK KEK SARANG SEMUT:
*Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan. *Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar). *Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus. *Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih. * Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu, baru guna api atas bawah, fan on.
1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang. 2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik. 3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik. 4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu. 6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap. 7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal. 8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata. 9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega. 10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.
1 paket biskut Marie | dikisar halus 1 cawan bijirin Nestum (optional, boleh abaikan jika tak suka) 150gm mentega | dicairkan
CREAM CHEESE:
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut 200ml dairy whipping cream 1 cawan gula kastor 1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak ½ biji mangga susu | dipotong kiub 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas
PURI MANGGA:
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan) 1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil ½ cawan gula pasir ½ cawan air masak 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas Pewarna kuning (optional)
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum. 2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata. 3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam. 4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye. 5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. 6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang. 7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. 8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata. 9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras. 10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping. 11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati. 12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
1. Putar telur dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu. 3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit. 4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati. 5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan ketuhar dalam 5-10 minit. 6. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je) 150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit) Sedikit esen vanila 50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar) 3 sudu besar susu pekat 160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan) 5 biji telur Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa
CARA-CARA:
1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati. 2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya. 3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi. 4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi. 5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya. 6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan. 7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah. 8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.
Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi.
Berikut adalah resipi sarapan yang mudah disediakan.
1. BAKED BREAKFAST OMELETTE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. BUBUR NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
3. NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
4. BURITOS CHICKEN AND MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
5. EGG PRATA ROLL
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
7. PANKEK MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
8. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
CARA MEMASAK:
Info chef:Jika tiada ikan tahai, boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis.
9. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
10. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.