Dalam satu hari kita memerlukan 25gram serat, bersama dengan satu mangkuk oat. Malah makanan kaya serat ini juga mudah diperolehi dan murah harganya. Oleh itu jangan abaikan info tentang kebaikan oat yang RASA kongsikan ini.
HIDUP SIHAT
Kajian juga mendapati seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi jika mengambil tiga gram serat setiap hari mampu mengurangkan kadar kolestrol sehingga 8-23 peratus. Sebagai info satu cawan oat bersamaan empat gram serat. Amalan pengambilan oat secara berterusan sangat berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam badan.
Penghidap Diabetes II, berpunca dari kandungan gula dalam darah yang tinggi yang disebabkan oleh penurun sensitiviti terhadap insulin hormon. Langkah mudah dan murah untuk mengurangkan paras gula, terutama kepada anda yang menghidap diabetes jenis ini adalah dengan cara pengambilan oat secara rutin dan meningkatkan semula sensitiviti pada insulin.
Ads
Oat kaya serat larut dan tidak larut, serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolestrol dan menstabilkan tahap glukosa darah. Sementara kandungan serat tidak larut membantu mengurangkan sembelit, meningkatkan kesihatan usus dan melancarkan proses pencernaan.
DIET MURAH
Ads
Kajian di Australia mendapati kandungan beta-glucan dalam oat mampu mengawal hormon rasa lapar, ini menjadikan anda kenyang lebih lama. Kepada anda yang ingin berdiet, info ini perlu diberi perhatian. Satu perkara lagi, jangan elak karbohidrat bila ingin menurunkan berat badan, kerana bijirin tinggi serat ini sangat membantu kerana pengambilan oat membantu anda berasa kenyang lebih lama. Semangkuk oat yang dimasak sangat baik dijadikan menu makan malam yang sihat.
TIDUR BERKUALITI
Oat sebenarnya bukan hanya sesuai diambil sebagai sarapan, malah oat juga baik sebagai hidangan makan malam. Ini kerana oat mengangdunin melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakkan tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
Ads
CANTIK SEMULAJADI
Kajian dari FDA Amarika Syarikat ada menyebut Oat berkesan menghilangkan kekeringan dan peradangan, termasuk sengatan serangga, ruam, dan eksim. Pakar dermatologinya Dr. Army Erchsler mengatakan empat fakta tentang kecantikan kulit. Pertama oat boleh mengatasi masalah kulit kering kerana kandungan polisakrida mampu menjadi pelindung terbaik pada kulit, mencegah kulit kusam, kering, serta bersisik. Secara tidak langsung ia juga melembabkan kulit.
Kandungan proteinnya pula membanatu melewatkan proses penuaaan dan pembersih secara semulajadi semulajadi serta menghilangkan kotoran dan minyak dari pori-pori hanya dengan menggunakan masker oat yang anda sediakan sendiri. Hasilnya kulit menjadi bersih dan cerah.
Mulai hari ini bila sebut oat jangan pulak korang kembang tekak ye, kerana bijirin gandum yang murah ini adalah sahabat baik untuk anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Apa kata kita mulakan dengan sarapan pagi dengan memasukkan oat dalam secawan susu panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dah lama guna pengisar atau blender tapi mesti ada yang tak pernah tajamkan semula mata pisau. Selalunya kalau dah bertahun usianya mata pisau kebiasaan akan jadi tumpul. Bila kisar cili atau bawang hasilnya tak begitu halus atau ambil masa untuk hancur.
Kalau dah begini boleh gunakan tiga cara berikut untuk tajamkan semula mata pisau pengisar.
Guna garam kasar
Cara ini paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender. Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Ketul ais
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Beras
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Selepas gunakan cara di atas tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Silap makan satu badan berangin, tak lalu makan dibuatnya. Untuk anda yang sensitif dengan makanan sejuk, ingin turunkan berat badan dan kurangkan buncit boleh cuba petua air rebusan perkongsian saudari Jehan Noor ini. Mudah, murah dan berkesan.
AIR REBUSAN HALBA & HALIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
seinci halia di ketuk
sesudu halba
madu sebagai penambah rasa.
CARA-CARA:
1. Rebus halia dan halba sampai air mendidih.
2. Bila dah suam, masukkan madu. Kacau rata dan sedia untuk diminum.
HASILNYA:
Terus sendawa. Perut rasa lebih lega.
Selain dari buang angin, air rebusan ni boleh bantu turunkan berat dan kurangkan perut buncit.
Kalau nak tingkatkan metabolisma campurkan dengan teh hijau.
KHASIAT HALIA
Buang angin
Redakan tekanan dan naikkan seri wajah
Turunkan berat
Atasi masalah pencernaan.
Hilangkan bau badan
Tingkatkan immune
KHASIAT HALBA:
Hilangkan kembung dan sebu
Membuang angin
Bantu turunkan berat.
Milk booster
Mencuci perut
Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
Daun basil atau turut dikenali sebagai daun selasih, adalah tanaman herba yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh manusia.
Walaupun digunakan dalam masakan, daun ini tergolong dalam tanaman rempah yang tergolong satu keluarga dengan daun kemangi dan daun mint.
Jika ingin menanam daun basil sendiri di rumah, anda boleh gunakan petua ini yang dikongsi oleh Sandi Ezell Blackmer dengan hanya menggunakan air kulit pisang sahaja. Memang menjadi dan pokok hidup rimbun subur.
Caranya:
Ambil kulit pisang dan direndam semalaman dengan satu gelen air. Kemudian, siram tanaman basil anda dengan air tersebut. Air kulit pisang sangat berkhasiat untuk tanaman kerana ia mengandungi kandungan potassium, kalsium, magnesium, sulfur, fosphat dan sodium.
Kesemua bahan ini amat penting dalam kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar dan menggalakkan penghasilan yang lebih baik.
Apa yang lebih penting, air kulit pisang ini tidak terhad kepada tanaman basil sahaja tetapi juga untuk tanaman lain termasuk sayuran seperti tomato dan juga pokok bunga. Ini kerana kulit pisang menjadi bahan alternatif sebagai baja organic yang murah dan senang diperoleh.
Kalau anda tidak sempat untuk merendam kulit pisang, anda boleh juga tanam kulit pisang di tanah berhampiran tanaman. Biarkan kulit pisang terurai sendiri dan menjadi baja kepada tanaman anda.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!