1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. 2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.
* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng. *Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.
Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!
Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
500g tepung beras(kurang pun xpe)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2-3 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT!Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.
Ikan siakap atau dikenali juga dengan nama ikan kakap memang lazat dimasak apa sahaja. Bisanya dikukus, goreng, panggang isinya yang manis dan lembut memang menjadi kesukaan siapa sahaja.
Kali ni min kongsi empat resipi istimewa yang boleh dicuba untuk masak siakap. Masak seekor atau keluar isi ikan jadi ‘fillet’ pun tersangatlah enaknya. Jom cuba, cuti sekolah pun masih panjang lagi ni…
2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
1/4 cawan minyak kacang
2 1/2 sudu makan jus limau nipis
7 sudu makan kicap soya
1 sudu makan jus lemon
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
*Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK : Cara menyediakan pesto : 1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri. Cara menyediakan vinaigrette : 2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap. 3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir. 4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau. 5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan. Cara penyediaan masakan : 6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus. 7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi. 8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan. 9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya 10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1orang Masa penyediaan : 5 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Sajian Filipina Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto berperisa, gabungan rasa melazatkan sajian
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
2. SIAKAP KUKUS DENGAN TOFU JEPUN
BAHAN-BAHAN :
1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
Garam secukup rasa
50gm halia | dihiris halus
Daun bawang secukupnya | dihiris halus
140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Perasakan ikan siakap dengan garam. 2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya. 3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan. 4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih. 5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api 6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan 7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan. 8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Stim Jenis masakan : Ikan kukus Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2. Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO CHEF : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Mangga muda selain dicicah dengan asam, dibuat jeruk atau kerabu mangga ada satu lagi menu yang boleh menaikkan selera makan iaitu pecal mangga.
Hanya menggunakan empat bahan saja termasuk mangga muda, lauk juga sedap dimakan begitu saja. Kalau makan dengan nasi, kena jaga-jaga sebab boleh buat kita menambah.
Cara buat pecal mangga
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda
Sedikit lada hitam
1-2 biji bawang merah
Isi ikan rebus atau panggang
Santan pekat
Garam
Gula
Cara membuat:
Cincang halus buah mangga. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu, tumbuk bawang merah dan lada hitam. Tak perlu terlalu lumat.
4. Masukkan ikan dan tumbuk bersama bawang merah dan lada hitam tadi.
5. Bila dah sebati, masukkan ke dalam buah mangga yan dicincang halus tadi.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!