Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang  gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba,  ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.

Idea Masak 10 Minit Siap, 3 Menu Ni Comfirm Sedap.

UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Udang:

  • 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah

Hirisan:

  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang

Lain-lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang | potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
  6. Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

Idea Masak 10 Minit Siap, 3 Menu Ni Comfirm Sedap.

IKLAN

KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan ikan:

  • 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
  • 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
  • 1/4sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung

Bahan Sos:

1/2 sudu teh serbuk cili

IKLAN
  • 1 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • Bahan-bahan lain:
  • 4 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
  • 5 tangkai cili kering | potong 2cm
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
  7. Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
  8. Tutup api, dan gaul rata.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

Idea Masak 10 Minit Siap, 3 Menu Ni Comfirm Sedap.

SOTONG  MASALA

BAHAN-BAHAN:

Bahan perap sotong:

IKLAN

500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 serbuk lada sulah

Bahan tumisan:

  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • Bahan-bahan lain:
  • 2 biji cili hijau | hiris bulat
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah masala
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
  2. Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
  5. Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
  6. Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI