Daging Masak Kicaptentunya menjadi kegemaran ramai dek rasanya yang sangat sedap. Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial. Ada yang guna rempah, ada yang tidak. Macam-macam teknik juga ada digunakan. Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA untuk berkongsi bersama anda hari ni adalah resipi Daging Masak Kicap dari saudari Nora Aziz. Menurut beliau resipi ini adalah resipi dari ibu mertuanya. Sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat minimal serta mudah didapati. Jom cuba. Pasti enak rasanya ni.
BAHAN HIRIS: 1/2 biji bawang besar – beli online disini 1/2 biji cili merah 1/2 biji cili hijau
CARA MEMASAK: 1.Perap hirisan daging bersama cili kisar, kicap manis, kicap masin dan gula. Gaul rata. Jumlahnya bergantung pada daging yang digunakan. Perap minimum 1 jam. Jika mahu lebih sedap, boleh perap semalaman.
2. Kisar bawang besar hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau. 4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan juga daun kari. Tumis lagi.
5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Gaul rata.
6. Masukkan cuka. Tujuannya supaya daging mempunyai rasa sedikit masam. Jika tidak suka, boleh abaikan. Jika mahukan daging yang berkuah, boleh tambah sedikit air.
7. Tutup kuali dan masak menggunakan api yang kecil. Kacau setiap 2-3 minit hingga daging lembut dan empuk.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
9. Masak seketika dan Daging Masak Kicap sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Ads
INFO: jumlah bahan boleh ubah suai ikut berat daging yang digunakan & juga cita rasa masing-masing.
Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!
NASI MANDY AYAM
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
BAHAN NASI:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
BAHAN SOS:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
Jus perahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian. Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar. 2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati. 3. Susu pekat manis homemade siap disediakan dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
INFO: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.
Lain daerah lain cita rasa, itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan Lampam cukup ‘gu’ dengan tempoyak mahupun asam rom yang hanya ada di Pahang sahaja. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan, Bandar Diraja Pahang, Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dari yang lain. Jika anda ingin mencuba, berikut disertakan 10 masakan tradisional negeri Pahang.
1. OPOR DAGING PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah opor
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam Jawa
4 cawan santan
3 batang serai | titik
100g kerisik
6 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2m belacan
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.
Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.
Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
2. PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
5 sudu makan tempoyak
Daun & aluminium foil secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah3
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
BAHAN HIRISAN:
2 helai daun kunyit
6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 papan petai | buang kulit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.
Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.
Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib.
3. DAGING PECHOK PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
Sedikit garam
Sedikit halia kisar
Sedikit bawang merah kisar
Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
1 cawan santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | dadu kecil
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.
Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.