Homemade Corned Beef pie. Sesekali nak layan selera barat pulak apa salahnya kan? Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Jamayah Yahod.
Kalau nak makan di restoran makanan barat, harganya faham-faham sendiri lah ye. Jadi, nak jimat bajet, baik buat sendiri di rumah. Boleh makan puas-puas bersama keluarga. Betul tak?
Untuk membuat kulit pai; Gaul tpg gandum, mentega dan garam hingga jadi macam serbuk roti. Masukkan air sejuk dan uli hingga jadi doh lembut. Tutup dengan plastik dan ketepikan.
Untuk membuat inti; Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masuk bawang besar, kacau hingga wangi.
IKLAN
Kemudian masuk kentang dan lobak merah. Kacau lagi dan biar seketika.
Setelah itu, masukkan corned beef, daun sup/daun bawang, cili merah, garam dan sedikit ajinomoto jika suka. Kacau rata. Kemudian tutup api. Sejukkan.
Bentukkan doh bulat-bulat. Bahagikan kepada lapan bahagian. 4 biji doh besarkan sedikit daripada 4 biji doh lain.
Ambil 1 biji doh besar, canaikan bulat dan letak dalam loyang pai yang telah disapu minyak masak. Ratakan dan cucuk dengan garfu sekelilingnya.
Kemudian masuk inti dan ratakan. Tuangkan sedikit telur yang telah dipukul tadi. Cucuk dengan garfu lagi.
IKLAN
Canai doh yang kecil sedikit dan tutup atas pai tadi. Ratakan dan tekan dengan garfu tepi dan sekelilingnya. Sapu dengan kuning telur.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180°C selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas bawah.
Shepherd Pie memang sedap dimakan namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi Shepherd Pie perkongsian saudari Norashikin Hashim. Istimewanya resipi ini diolah supaya kena dengan cita rasa Malaysia dan sangat mudah disediakan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SHEPHERD PIE SEDAP
BAHAN KENTANG LENYEK:
2kg ubi kentang russet – buang kulit dan rebus empuk
CARA MEMASAK: 1. Bagi membuat kentang lenyek, selepas kentang empuk, toskan air dan masukkan semua bahan. Lecek hingga tidak berketul. Ketepikan.
2. Bagi membuat sos daging, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan daging kisar dan air. Kacau supaya daging lerai dan tidak berketul. 4. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk. Masukkan juga saderi, cendawan, bawang besar, tomato, ketumbar dan tomato puri. Kacau sebati dan rehatkan campuran sos sebentar. 5. Untuk menyediakan Shepherd Pie, masukkan sos daging ke dalam loyang dan ratakan.
6. Kemudian masukkan lapisan kentang lenyek diatasnya. Ratakan.
7. Sapu permukaan kentang lenyek dengan kuning telur hingga rata. ( guna 1 biji kuning telur sudah memadai).
8. Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Tat dan pai nampak seakan sama kerana keduanya menggunakan kulit pastri. Cara menguli penting untuk mendapat kulit tat/pai yang rangup. Pastri tat/pai tidak boleh diuli terlalu lama kerana haba dari tangan mempengaruhi tekstur kulit pai/tat. Pastri yang rangup dipadankan bersama keju yang lembut menjadikan tat sangat enak. Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih menyelerakan.
PAI CENDAWAN BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm cendawan butang perang | dihiris
100gm cendawan Portobello | dihiris
3 ulas bawang putih dicincang halus
100ml krim masakan
1 kiub ayam
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit minyak untuk menumis
Kulit Pai:
150gm tepung gandum
6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
125ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.
2. Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.
3. Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.
6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.
BANOFEE PIE
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar
BAHAN KERAK:
200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
2 biji kuning telur
45gm gula kastor
25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
Sedia untuk dinikmati.
STRAWBERRY CUSTARD TART BAHAN-BAHAN: Kulit Tat:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanila
Bahan Inti:
2 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
4 biji kuning telur
30gm mentega
1 sudu teh esen vanila
Bahan Hiasan:
Buah strawberi
Buah Raspberi
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanila dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanila, kacau rata dan biar sejuk.
Tuangkan dalam kulit tat, kemudian hias dengan buah strawberi dan raspberi di atasnya.
TAT KEJU LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
Inti:
1 biji buah mangga | dipotong dadu kecil
1 biji buah naga merah | dipotong dadu kecil
1 biji kiwi | dipotong dadu kecil
200gm krim keju
50ml krim masakan
100gm gula perang
1 biji telur
Kulit Tat:
1 cawan tepung gandum
6 sudu besar mentega sejuk di potong dadu
½ cawan air sejuk
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
2. Kepalkan doh dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan tat. Cucuk- doh dengan garfu supaya kulit tat masak sempurna. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan kulit seketika.
4. Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan krim keju dan krim putar. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Tuang bancuhan keju ke dalam kulit pai. Sejukkan seketika dan susun buah buahan mengikut citarasa anda.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.
PAI LABU DAN KISMIS
BAHAN-BAHAN A:
280gm tepung gandum
115gm shortening
115gm mentega
1 biji telur
2 sudu makan air sejuk (berais)
Sedikit garam
Sedikit kuning telur | sapuan
BAHAN-BAHAN INTI:
1/2 biji labu kuning | buang kulit dan potong dadu
100gm kismis hitam/kuning | cincang kasar
5 sudu makan gula perang
1 sudu makan mentega
Serbuk kulit kayu manis secukupnya
Tepung gandum secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati dan menjadi doh.
2. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Sementara itu, buat inti pai dengan satukan kesemua bahan di dalam kuali dan didihkan hingga masak. Sejukkan seketika.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canaikan doh hingga menjadi dua kepingan yang nipis dan letak doh di dalam acuan pai/tart.
5. Tuang inti labu dan kismis ke dalam acuan doh dan tutup dengan sekeping doh lagi. Kemaskan keliling acuan.
6. Sapu bahagian atas doh dengan kuning telur.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga keperang-perangan.
Jom buat Creamy Chicken Thai Bread ni. Nampak sedap kan? Cara membuatnya mudah sahaja. Rotinya tidak perlu bakar pun. Hanya goreng sahaja. Sesuai sangatlah dicuba sebab bila resipi goreng ni, lebih cepat dan tidak renyah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Pasti pus hati dengan rasanya.