Setelah habis makan lauk-pauk yang pedas tu, memang nikmat kalau disusuli dengan sajian pencuci mulut yang manis.

Ni min kongsikan menu pencuci mulut berasaskan coklat, ubi kayu dan epal. Sedap tak terkata, cubalah ya.

1. TAT COKLAT

Hmmm…Enaknya Hidangan Pencuci Mulut.

BAHAN DOH:

  • 125gm mentega
  • 65gm gula ising
  • 125gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh air

BAHAN INTI:

  • 200gm coklat masakan
  • 230ml krim tenusu
  • 50gm mentega
  • 11/2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Ising hijau secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan akhir sekali masukkan air bersama tepung. Gaul hingga sebati dan uli sehingga menjadi doh.
3. Letak dalam acuan tart serta bakar kosong selama 15 minit.
4. Untuk membuat inti, panas dan didihkan krim tenusu bersama mentega.
5. Masukkan telur, kuning telur dan esen vanila. Kacau rata dan akhir sekali masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali tuangkan bahan inti ke dalam doh tadi dan bakar semula di dalam ketuhar selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160ºC.
7. Setelah sejuk, paipkan ising hijau di atasnya sebagai hiasan.

Info chef: Boleh juga hiaskan dengan cip coklat ketika menghidang.
Saiz hidangan: 20 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Ada rasa coklat sedap
Jenis masakan : Tart
Cara memasak : Bakar

IKLAN

2. BRIOCHE INTI COKLAT

Hmmm…Enaknya Hidangan Pencuci Mulut.

BAHAN DOH:

  • 125gm tepung kek
  • 125gm tepung gandum

UNTUK MEMBUAT ROTI:

  • 4gm garam
  • 10gm yis
  • 70gm gula
  • 21/2 biji telur
  • 85gm mentega

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 300gm coklat masakan

BAHAN HIASAN:

  • Coklat masakan
  • Coklat hiasan warna-warni

CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan dan uli doh. (Doh ini sedikit berat dan padat)
2. Rehatkan doh semalaman dalam peti sejuk atau beberapa jam.
3. Ambil 50 gm doh dan bentukkan bulat dan masukkan 30 gm coklat masakan di
dalamnya dan tutup dan bentukkan bulat semula.
4. Letak dalam loyang dan sapu sedikit telur dan rehatkan selama sejam.
5. Kemudian barulah dibakar selama 20 hingga 25 minit 180ºC.
6. Setelah sejuk, hiaskan dengan coklat masakan dan coklat warna-warni di atasnya.

Info chef: Coklat masakan boleh diwarnakan dengan warna merah jambu jika ingin warna lebih menyerlah.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Ada kejutan coklat di dalamnya
Jenis masakan : kek cawan
Cara memasak : Bakar

3. PENGAT UBI KAYU

Hmmm…Enaknya Hidangan Pencuci Mulut.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 11/2 kg ubi kayu | dipotong kecil
  • 1 liter santan
  • 240gm gula pasir
  • 240gm gula merah
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi kayu sehingga lembut dan ketepikan.
2. Di dalam periuk, masukkan santan bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ubi kayu dan masak sehingga beberapa minit. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Jangan tutup labu dengan penutupnya ketika mengukus.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan manis labu
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Kukus

4. APPLE STRUDEL

Hmmm…Enaknya Hidangan Pencuci Mulut.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus puff pastry segera | boleh dibeli di pasar raya
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 biji epal hijau | dipotong dadu kecil
  • 1 biji telur
  • Gula ising secukupnya
  • Sedikit mentega cair

CARA MEMASAK:
1. Satukan buah epal, tepung gandum, gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dalam satu bekas. Gaul rata dan ketepikan.
2. Canai pastri menjadi bentuk memanjang sehingga nipis.  Canai perlahan-lahan agar pastri tidak koyak.
3. Masukkan inti epal secukupnya dan gulung. Tekan bahagian hujung adunan dengan kemas agar inti tidak terkeluar semasa proses membakar nanti.
4. Letak pastri di atas loyang yang telah digris dengan mentega cair.
5.  Sapukan telur di atas pastri dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan juga gula ising.
6. Bakar pada suhu 190’C selama 20 minit atau sehingga pastri  bertukar menjadi kuning keemasan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
 Info chef: Enak dinikmati bersama teh O panas.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa masam manis
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI