Rasanya hampir setiap masakan kita pasti akan menggunakan bawang merah. Rupanya ada pelbagai cara potongan bawang merah yang anda tak tahu dan ia juga sebenarnya mempengaruhi rasa masakan anda.
Bukan itu sahaja, sesetengah potongan juga mungkin tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Nak tahu lebih lanjut, ayuh kita baca perkongsian Mohammad Faeez Harith di laman Twitter miliknya.
Jenis-jenis Potongan Bawang:
1. Potong Potong bermaksud bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2. Gegelung Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasanya sesuai untuk masak kicap dan masak merah.
3. Mayang Hirisan halus tetapi melintang. Kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4. Belah Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
Ads
5. Baji Juga disebut sebagai ‘wedges’ dalam Bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini digunakan untuk hiasan seperti di dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga digunakan untuk kebab.
6. Hiris Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk menumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.
7. Dadu Biasanya untuk buat cekodok dan jemput-jemput bilis atau bawang.
8. Dadu Kecil atau Cincang Kasar untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9. Cincang Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ini semua? Ia penting untuk sesetengah resipi kerana lain cara potongan boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi, perlu teliti resipi terlebih dahulu sebelum mula memotong.
Pernah tak berhadapan dengan siatuasi bila buat cucur tekstur jadi keras dan tidak gebu? Hakikatnya tidak semua mahir untuk membuat cucur yang lembut. Jika tersilap bancuhan punahlah hasilnya bakal menjadi keras dan tidak enak dimakan. Korang yang suka makan cucur boleh cuba petua mudah oleh Jastia Taza bagaimana untuk membuat cucur nasi yang rangup di luar lembut di dalam.
Bila nasi tak habis biasa di buat nasi goreng kan, jom kita terai buat cucur nasi yang tak habis malam tadi. Sayur kasi lebih.
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 biji telur
Sedikit ikan bilis
Sedikit isi udang
Tepung gandum
Serbuk penaik
Sayur lobak
Brokoli
Daun sup
Cara-cara:
1. Masukkan nasi dalam bekas
2. Satukan sayur yang telah dihiris halus, ikan bilis, telur dan udang dalam bekas nasi tadi.
3. Tambahkan sedikit tepung, garam, serbuk penaik dan air.
4. Gaul adunan biar sebati.
5. Goreng dalam minyak pepanas. Siap.
Makan dengan sos dan mayonis pun best juga. Buat cucur ni secara tak langsung anak makan nasi dan sayur dalam tu. Selamat mencuba.
Sedap makan bila dapat telur goreng dengan kicap. Nak goreng telur mata pun ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.Perkongsian tip Wan Luqman ini boleh bantu anda yang selalu gagal bila nak menggoreng telur mata. Jom baca perkongsiannya di bawah.
*****
Saya nak kongsikan sikit tip nak buat telur mata kerbau.
*Pertama, kena guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
*Tip kedua, minyak kena lebih supaya ia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali.
Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
*Tip ketiga, gunalah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.Selamat mencuba.
Minyak bekas gorengan biasanya kita buang ataupun dijual. Tapi ada lagi cara yang boleh kita gunakan dengan bahan terbuang ini terutama jika di dapur atau dalam rumah ada banyak masalah lipas.
Daripada beli produk khas untuk hapus haiwan ini, kita sebenarnya boleh gunakan minyak terpakai untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Tip ini dikongsi oleh Melizah21 melalui akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.