Teringin menhirup cendol di musim panas ini? Tapi tak boleh keluar, jangan gundah gulana. Buat sahaja sendiri, ia mudah dan tak banyak guna bahan. Lagi senang kalau anda beli saja cendol segera. Untuk resipi penuh, ada disertakan dibawah, tak sampai 30 minit anda sekeluarga sudah boleh menikmati cendol yang sedap dan menikmati dengan puas.
CENDOL
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat | guna tin susu sebagai ukuran
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT:
Campurkan santan dengan susu dalam bekas, kacau rata.
Campurkan secubit garam, untuk seimbangkan rasa lemak manisnya.
Masukkan air gula melaka atau merah yang telah dimasak dengan sedikit air dan disejukkan dan ditapis tadi.
Untuk penyediaan, masukkan cendol, gula melaka diikuti sanatan mengikut selera.
Lebih sedap jika dimasukkan air semasa menghidangkannya.
INFO: Untuk rasa lebih sedap, gunakan santan kelapa parut (blend hingga halus dan ditapis santannya).
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir.Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
Terasa nak makan mi berkuah, apa kata ada cuba resipi Mi Kuah Kelantan Style ni. Nampak sedap sungguh, mudah disediakan. Paling penting dapur anda tidak berkincah untuk menyediakannya, sebab tak banyak bahan dan cara masak yang ringkas. Makan panas-panas mengantikan nasi untuk menu makan malam sedap ni ye.. Macam biasa resipinya ada dikongsikan di bawab.
MI KUAH KELANTAN STYLE BAHAN-BAHAN: 500gm tulang /daging | hiris daging, cuci bersih dan toskan 1 paket mi kunging | cuci, celur dan tos 1 biji bawang besar |hiris 1 biji tomato | hiris Sedikit hirisan sawi, lobak merah dan kobis 2-3 biji telur Garam dan perasa secukupnya BAHAN KISAR: 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia CARA MEMBUAT:
Rebus tulang/daging sampai empuk.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar (tumis darat).
Bila dah garing masukkan ke dalam rebusan tulang/daging tadi bersama bawang besar.
Masukkan garam, sedikit perasa dan maggie cukup rasa.
Biar seketika, kecilkan api dan pecah kan telur. masukkan hirisan sayu tadi.
Akhir sekali masukkan mee yang telah dicuci tadi.
Tutup api, bolehlah hidangkan mi tadi dengan sambal cili.Kredit: nur adyani