Teh Pakistan Mashyur. Unik resipi yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni. Nama diambil sempena resipi ayng diperolehi dari tauke karpet Pakistan. Minuman ini tidak sama dengan Teh Tarik biasa kerana ada teknik penyediaannya tersendiri. Cubalah… Buat untuk minum petang pun sesuai tau. Memang padu. Selamat mencuba!
Macam-macam versi sajian popia ni. Ada popia basah dan ada juga yang kering. Tapi versi popia sira sambal ni adalah antara popia yang cukup sedap dijadikan sajian sarapan dan petang, atau boleh aje dijadikan kudapan bila-bila aje.
Paling best dahlah intinya dari sayur dan udang geragau sedap, digaul pula dengan sambal.Jom cuba resipi yang dikongsikan Hazirah Zaihan ini. Dia mengikuti resipi asal dari Yatikitchen dengan anggaran agak-agak untuk bahan ramuannya.
POPIA SIRA SAMBAL
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan utk inti:
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu Udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Bahan utk sambal:
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Bahan lain:
Kulit popia
Bawang goreng
CARA MEMASAK : Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepas itu tumis sekali dgn bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula .Goreng sekejap bagi sekata ttp api. Tos kan bagi keluar minyak dan air.
.
Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar .tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa(jgn masukkan air).kacau rata masukkan gula.
Tumis sampai berbuih letak bijan kacau2. Tutup api biarkan sejuk.
Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dgn minyak banyak api sederhana.jgn terlalu kuat. Siap goreng Sejukkan sebentar
.
4. Akhir sekali bolehlah gaul popia dgn sambal sira tadi,tabur bawang goreng siap utk dihidangkan
Kredit:hazirah zaihan
ANDA SUKA MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, INGIN MENCARI KEPERLUAN DAPUR DAN RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Minum petang hari ni kita buat menu yang anak-anak suka, iaitu muffin koko. Tak susah pun buatnya jika cukup bahan-bahan di dapur. Nak sedap tambah lagi dengan chocolate chip. Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang gebu dan moist.Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor yang dikisar halus.Buat lebih boleh sedekah pada jiran tetangga.
BAHAN A 2 biji telur 1 cawan gula perang 1 cawan susu segar 1 cawan minyak jagung 1/2 tsp esen vanilla
BAHAN B 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder ½ tsp baking soda 2 tbsp dark powder cocoa ½ cawan choc chips
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk) 2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. 3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi.Gaul rata. 4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit. 5.Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai hiasan. 6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Kerabu Mangga adalah menu pembuka selera yang sangat mudah disediakan dan pelbagai versi resipi sesuai dengan citarasa pembuatnya. Kali ini RASA kongsikan resipi paling mudah dan ringkas yang boleh anda cuba, sesuai sangat dengan konsep jimat di musim PKP ini.
KERABU MANGGA BAHAN-BAHAN: 3 biji mangga lemak sederhana besar5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 3 sudu besar kerisik Garam secukup rasa Gula secukup rasa 2 biji cili padi | hiris serong 3/4 cawan santan yang diperah segar 3 ekor ikan kembung | dibakar dan ambil isinya
1/2 cawan kacang tanah | sangai dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
Mangga dibuang kulit dan parut, ketepikan.
Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
Kemudian masukkan isi ikan dalam bahan bahan tumbuk tadi dan tumbuk lagi hingga lumat.
Satulah bahan tumbuk dengan mangga dalam mangkuk bersama kerisik, gaul sebati.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali taburkan cili padi yang dihiris.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...