Foodpanda menjadi satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan Menu RAHMAH dan Pakej RAHMAH sekaligus membantu usaha Kerajaan meringankan beban kos sara hidup.
Foodpanda berganding bahu dengan rakan kongsi restoran dalam usaha menawarkan item Menu RAHMAH mereka untuk dihantar kepada pelanggan dan usaha ini menjadikan ia sebagai satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.
Demi menyokong inisiatif kerajaan untuk meringankan beban ekonomi dan kos sara hidup rakyat Malaysia, foodpanda memainkan peranannya bagi memastikan pelanggan boleh memesan set hidangan makan tengah hari atau makan malam Menu RAHMAH daripada aplikasi dan laman sesawangnya pada harga mampu milik iaitu RM5 atau kurang.
Semasa pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama foodpanda di ibu pejabat korporatnya di Bangsar South, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memuji komitmen foodpanda untuk meluaskan capaian Menu Rahmah kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Usaha kami dalam menjadikan Menu RAHMAH lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia daripada segenap lapisan dan peringkat pendapatan tidak akan berjaya tanpa penyertaan sukarela pengendali restoran dalam sektor swasta. Ianya adalah sesuatu yang amat menggembirakan apabila melihat platform penghantaran makanan seperti foodpanda turut memainkan peranan mereka untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan pada harga berpatutan,” kata beliau.
Sebagai salah satu platform penghantaran makanan terkemuka dengan jutaan pelanggan,foodpanda Malaysia komited untuk memastikan pelanggannya boleh memesan pelbagai penawaran Menu RAHMAH tidak kira di mana mereka berada dengan hanya beberapa klik menerusi aplikasi foodpanda, kata Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das.
Ads
“Kami berbesar hati kerana mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada beberapa vendor kami untuk meluaskan lagi capaian item Menu RAHMAH mereka dan pada masa sama,memainkan peranan kami dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia setiap hari,” ujar beliau lagi.
Turut bersama-sama menjayakan inisiatif ini dengan foodpanda ialah OldTown White Coffee, Texas Chicken, Lim Fried Chicken dan Daporlah serta 16 jenama restoran yang lain. Selain daripada menghantar item Menu RAHMAH, pandamart – kedai runcit foodpanda yang menawarkan pengguna kemudahan penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah – akan menyertai inisiatif Pakej RAHMAH dengan menawarkan barangan runcit pakej barangan runcit pada harga mampu milik dengan penjimatan ekstra untuk masa terhad.
Pakej RAHMAH pandamart menawarkan dua pakej barangan runcit pada harga RM50 dan RM30, dengan penjimatan sehingga 25% untuk para pembeli yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa membeli-belah untuk barangan keperluan harian mereka.
Foodpanda melancarkan Pakej RAHMAH ini sebelum tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan sambutan itu, kata Sayantan.
“Kami ingin meyakinkan rider kami bahawa struktur pembayaran akan tetap sama tidak kirasama ada mereka menghantar item Menu RAHMAH atau sebaliknya dan pendapatan mereka bagi setiap perjalanan tidak akan dikurangkan untuk inisiatif ini. Itulah komitmen kami kepada mereka,” jelas Sayantan.
Pada masa sama, foodpanda Malaysia turut menyumbangkan 300 pek bungkusan Bakul RAHMAH yang keseluruhannya bernilai RM15,000. Bungkusan ini akan diserahkan kepada Yayasan RAHMAH Malaysia, rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Apa yang boleh membuatkan anda gembira dan mampu untuk melupakan seketika masalah yang melanda? Sudah pastinya makanan yang lazat dan kena dengan citarasa anda!
Menyedari perubahan citarasa pengguna kini yang semakin mementingkan rasa, tekstur, persembahan, dan kualiti dalam makanan, jenama produk tenusu Eropah terkenal, Anchor Food Professionals membawakan krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia.
Berbekalkan pengalaman melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals memperkenalkan Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Chef’s Classic Whipping Cream, Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan, perniagaan makanan kian memerlukan produk-produk serbaguna yang menawarkan manfaat tambahan iaitu ringkas dan segera.
“Pengguna masa kini juga tertarik dengan produk-produk yang dapat mencetus emosi yang dapat menggembirakan mereka.
“Sebagai pakar tenusu global yang membekalkan sumber produk tenusu yang terbukti berkualiti tinggi, kami yakin bahawa barisan produk tenusu gaya Eropah ini akan menawarkan sebuah pengalaman yang unik buat warga Malaysia,” katanya.
Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream yang membekalkan produk tenusu yang berciri lebih ringan dan seimbang.
Manakala Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, merupakan keju mozarela ala tradisional, memberikan hasil prestasi ketuhar yang jauh lebih baik, rasa yang enak dan kompleks serta, menjamin juadah yang benar-benar lazat dapat disediakan.
Anchor Chef’s Classic Whipping Cream dirumus dengan teksturnya yang serba ringan dan lembut, ia dapat menyempurnakan juadah istimewa dalam keadaan panas, sejuk, atau beku.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Anchor Food Professionals di https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html, atau ikuti saluran sosial kami di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.
Berakhir sudah TikTok Awards Malaysia 2023 yang julung kali diadakan.Sekalung tahniah buat Khairul Aming dinobatkan Creator of the year.Sosok ini antara satu contoh dari ribuan anak muda berkualiti yang boleh dicontohi.
Bukan sesuatu yang mudah. Lapan tahun perjalanan Aming menggilap nama sebagai pempengaruh penuh onak dan ranjaunya. Namun tiada yang mustahil untuk dikecapi, berkat usaha yang berterusan serta doa.
Khairul Aming merupakan graduan Vanderbilt University, Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta menerima anugerah dekan.
Anak muda yang mahu jadi content creator perlu juga hebat dalam pelajaran.Baru la content yg kita buat lebih ilmiah dan beri manfaat buat masyarakat.
Dalam ucapan, Aming turut berpesan agar anak muda ;
“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi ‘content creator’.Jadi ‘content creator’ bukan sekadar viral. Untuk kekal relevan dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan.Critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense,”
Semoga ramai lagi content creator sebegini dilahirkan.Kita kena cerdik dalam berkarya. Sampaikan ilmu bermanfaat.Content creator bukan buat konten untuk viral.Jadilah insan kreatif yang dapat berkongsi ilmu dan manfaat buat masyarakat.
Adik-adik dan pelajar-pelajar yang minat dengan bidang kulinari, hospitaliti dan pelancongan, Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) ,Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) boleh memenuhi impian dan cita-cita anda.
SHP, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sebelum ini dikenali sebagai Institut Hospitaliti YPJ adalah sekolah perhotelan terunggul di selatan tanahair sejak penubuhannya lebih 21 tahun yang lalu. Letaknya di kampus induk KYPJ, Kilometer 16, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor.
SHP ketika ini mempunyai seramai 1,100 pelajar dari seluruh negara daripada keseluruhan 2,800 pelajar di kampus Induk KYPJ. Ia menawarkan tiga program dalaman peringkat Diploma diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Bidang-bidang yang ditawarkan ialah Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Perkhidmatan Makanan (Makanan Halal) dengan syarat kemasukan lulus SPM dengan tiga kredit dalam mana-mana subjek atau lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 serta lulus SPM sekurang-kurangnya satu kredit.
Sejak ditubuhkan pada 1996, SHP telah melahirkan lebih tiga ribu graduan yang kini berkhidmat dalam sektor makanan, perhotelan dan pelancongan di dalam dan luar negara termasuk di negara-negara Teluk dan Asean. Lepasan SHP sentiasa menjadi tarikan majikan disebabkan penekanan terhadap latihan amali yang perlu dilalui pelajar sebanyak dua kali pada semester tiga dan enam.
Segala fasili ada disediakan.SHP dilengkapi 12 dapur latihan terdiri daripada 2 dapur komersial, 2 dapur western, 1 dapur masakan Melayu, 2 dapur pastri, 2 dapur artistri, 1 dapur garde manger (dapur sejuk) dan 2 dapur pastry making.
Bukan itu sahaja selain dapur amali, SHP juga dilengkapi sebuah mock up bilik hotel, sebuah standard mock up bilik hotel, lapan bilik kuliah, dua bilik seminar, satu bilik bar & pantry, sebuah mock up front office dan sebuah makmal komputer.
Pelajar SHP, Kolej Yayasan Pelajaran Johor bukan calang-calang pencapaiannya tau, Pernah memenangi enam pingat perak pada Pertandingan Piala Kulinari Antarabangsa Thailand 2015, pingat emas pada Pertandingan Kulinari ASEAN, pingat perak dan gangsa pada Pertandingan Culinaire Malaysia 2001. Ia juga pernah mencipta sejarah tersendiri membuat ukiran buah-buahan pada suhu sejuk 5 darjah celcius di puncak Gunung Kinabalu pada 2005
Jadi jom rebut peluang mengasah ilmu dan bakat di Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) di Kolej Yayasan Pelajaran Johor .
Maklumat lanjut layari https://www.kypj.edu.my atau FB: Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
LOKASI : Kampus Induk KYPJ, Kilometer 16, Jalan Kulai-Kota Tinggi, 81000 Johor
ANDA BERMINAT MEMBELI BARANGAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI, SILA LAYARI DI SINI.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...