Aplikasi foodpanda Malaysia kini meraikan satu lagi kejayaan apabila genap 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada 12 Ogos lalu.
Mengulas mengenai kejayaan ini, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, dia berbangga dan berbesar dengan pencapaian platform digital ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
Ads
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foodpanda Malaysia menganjurkan karnival panda paradise bermula dari Jumaat, 12 hingga Ahad, 14 Ogos lalu, di tempat letak kereta terbuka Sunway City, berhadapan Sunway Resort.
Ads
Selama tiga hari, pengunjung meneroka pelbagai jenis makanan yang sedap dan enak, berseronok bermain permainan atau bersantai bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga.
Ads
Di samping itu, para pengunjung juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad Air, Samsung Soundbar dan baucer pandamart bernilai RM500 dan banyak lagi cabaran Count The Items dan mencari harta karun.
Terdapat juga hidangan daripada vendor-vendor seperti seperti aiskrim Wall, ZUS Coffee, Wowffle, Pastryville, Soul Brew, Texas Chicken, Pizza Hut, Chatime, US Pizza, J Co Donuts, Boat Noodles dan banyak lagi. Selain itu Bank RHB, ETIQA dan Sunway Pyramid adalah antara rakan kongsi yang turut serta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jenama aiskrim terkenal, Magnum baru-baru ini memperkenalkan perisa terbaharunya Magnum Matcha Crumble. Aiskrim yang diinovasikan daripada gabungan harmoni berkonsepkan Timur dan Barat iaitu budaya Jepun yang sinonim dengan teh hijau dipadankan dengan Belgium coklat.
Magnum Matcha Crumble aiskrim teh hijau yang disaluti coklat Belgium dengan kepingan biskut shortbread yang rangup. Gabungan luar biasa ini menawarkan simfoni tekstur dan perisa yang benar-benar meningkatkan pengalaman menikmati aiskrim.
“Di Magnum, kami sentiasa keluar dari sempadan. Kami telah mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan bahan-bahan terbaik, dan kali ini kami mendapat inspirasi daripada budaya Timur yang bertenaga dan menawan,” kata Peneraju Perniagaan Unilever Ice Cream Malaysia, Jean Nichapat Valaiphatchra
“Kami bukan sekadar mencipta aiskrim, kami mencipta pengalaman. Magnum Matcha Crumble adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan mengejar keseronokan sebenar,” tambah Jean.
Magnum meraikan perisa baharu ini dalam satu acara tertutup di Sentul Depot, Kuala Lumpur yang turut dihadiri selebriti seperti Daiyan Trisha, Ben Amir dan Qiu Wen pada 11 September yang lalu.
Para tetamu turut diberi peluang merasai sendiri diri pelbagai aktiviti budaya Jepun sebagai pengisian pada acara tersebut, antaranya merasai dan mempelajari teknik sebenar mengaduk teh hijau premium, memcipta kipas Jepun mereka sendiri disaimping menikmati hidangan Omakase yang menghidangkan juadah ekslusif ciptaan chef Magnum X Chateau Dionne.
Peminat aiskrim kini boleh menikmati Magnum Matcha Crumble yang tersedia di seluruh negara di seluruh pasar mini utama, pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak, laman e-dagang dan platform penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Semalam buat julung kalinya telah berlangsung Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pamerah dan Perdagangan Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Pasti ada yang tertanya-tanya, apa angerah TikTok ni sebenarnya. Untuk makluman semua, Anugerah TikTok Malaysia 2023 adalah acara bagi mengangkat personaliti media sosial di aplikasi TikTok yang tampil dengan kandungan mereka yang tersendiri. Salah seorang personaliti yang berjaya membawa pulang trofi adalah Shifa Jamil yang dipilih sebagai pemenang bagi kategori Best Of Foodie.
Wow… Pastinya rasa puas, berbaloi dan tidak sia-sia segala penat lelah dalam menghasilkan ‘content’ apabila usaha tersebut diangkat dan dihargai sebegini. Sejujurnya dalam menghasilkan satu-satu karya, ia tidak semudah yang disangka.
Bermula dari sesi merangka idea, pengumpulan material & prop, ‘shooting’ hinggalah editing, semuanya memenatkan. Sebuah karya berdurasi 2-3 minit yang kita tonton di media sosial sebenarnya mengambil masa seharian untuk disempurnakan. Itu baru dari segi rakaman sahaja. ‘Editing’ lain pula penat jerihnya.
Berbalik kepada kejayaan Shifa Jamil, usaha graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang terkenal dengan tagline Cifa Masak Kalut Kalut ini tentunya harus dipuji. Konten yang dihasilnya banyak memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya dari segi idea memasak. Sempoi dan bersahaja. Malah senang untuk diikuti.
Berikut adalah video-video terbaik dari si cantik manis ini.
Replying to @Greentea Cream 🧋 Menu Pantang Day 40 : Ayam Mamak + Caramel Latte @XS PERFECT OFFICIAL HQ Nyumssss #pantang#ayamgorengmamak
Semuanya sedap-sedap belaka kan? Nanti jangan lupa cuba tau.
Berbalik pada Anugerah TikTok Malaysia 2023, sebanyak 13 kategori dipertandingan dan ianya terbahagi kepada dua iaitu Pilihan Juri (Judge Pick) dimana keputusan ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh panel penilai dan Pilihan Peminat / Popular (People’s Choice) iaitu pemenang ditentukan menerusi undi yang diberi oleh para peminat.
Berikut adalah senarai pemenang. Tahniah diucapkan!
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyaksikan penutupan Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
SMK Seri Permaisuri telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan di antara 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam program itu, pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps bermula pada penghujung tahun 2021 di mana pelajar dan guru dari 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah berkumpul dalam persidangan atas talian yang mana juga merupakan pelancaran program tersebut. Taklimat di atas talian tersebut kemudiannya disusuli dengan pengedaran Gardenia Roll-Up Wraps di sekolah-sekolah berikut. Poster dan papan rentang yang penuh berinformasi tentang amalan pemakanan sihat juga diletakkan di sekitar pekarangan sekolah bagi sentiasa mengingatkan pelajar tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat.
Wakil dari setiap sekolah terdiri daripada satu pasukan yang dianggotai oleh seorang guru pembimbing dan tiga orang pelajar. Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps dan menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej “Tabiat Pemakanan Sihat”.
Video itu kemudiannya dimuatnaik di media sosial dengan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk dinilai oleh panel juri dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Entri tersebut kemudiannya disenarai pendek kepada hanya lima resipi terbaik yang bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir, hari ini, di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Lima sekolah yang tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary; dan SMK Taman Setiawangsa.
Resipi yang memenangi tempat pertama ialah The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri. Kumpulan ini dibentuk oleh Haslina Ramli sebagai guru pembimbing, bersama Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil dari Tingkatan 5. Menurut Haslina, kumpulan itu mengambil masa empat hari untuk menghasilkan resipi yang sempurna dan beberapa siri percubaan dan kesilapan terlibat dalam mendapatkan resipi yang tepat.
“Tabiat pemakanan sihat perlu diterapkan pada usia muda. Dengan itu, #Rollinghealthywithrollupwraps adalah sebahagian daripada harapan yang lebih tinggi untuk memperkasakan belia dengan makan dengan lebih sihat. Kempen ini bukan sahaja menyediakan informasi pemakanan, ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka yang diharapkan dapat menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat. Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah, Just Wrap It!” kata Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.