Lepas ni dah tak payah beli fishcake boleh buat sendiri je dekat rumah. Rasa lebih fresh kerana menggunakan bahan-bahan yang segar. Buat sup pun sedap menggunakan fish cake ni. Bolehlah cuba buat nanti.
Fish Cake Homemade
Bahan-bahan: Dori fish fillet Udang dan sotong Telur (ambil putihnya sahaja) Bawang besar (satu suku) Bawang putih ½ cawan tepung jagung ½ cawan tepung 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu besar minyak Lobak merah,daun bawang,lada merah (tak letak pun tak apa)
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Setdengan harga istimewaDI SINI!.
Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan diskaun ekstra RM5
Cara membuat:
Ads
1.Blend semua bahan dalam blender.
2.Gaul sekali je minyak dengan lobak merah ,lada dan daun bawang.
Ads
3.Kemudian cubit-cubit dan goreng dalam minyak yang panas.
Penggemar sajian ikan bakar memang kena cuba menu Siakap Bakar ala Kuala Perlisni. Kuahnya yang sangat sedap dilumur pada ikan segar. Fuh… Nikmat sangat. Makan pula panas-panas sambil dicicah air asam atau sambal kicap, nikmat apa lagi yang mahu didustakan. Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
RESIPI SIAKAP BAKAR ALA KUALA PERLIS
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan Garam secukup rasa Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kuah perapan ikan. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat sedikit. 2. Rasa terlebih dahulu rasa manis-manis dan lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api. Ketepikan. 3. Ikan dibelah, dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam dengan secukup rasa. 4. Bakar ikan dengan api sedang. 5. Setelah siap dibakar, sapu dan lumurkan kuah yang dimasak tadi atas ikan sambil dibakar lagi. 6. Bila ikan sudah nampk bersalut elok dengan kuah, bolehlah diangkat. 7. Hidangkan Ikan Sikapa Bakar ala Kuala Perlis dengan sambal kicap atau air asam kerisik.
Sangat berbaloi. Buat sendiri meat ball dan fish ball di rumah. Sedap rasanya dan tidaklah susah sangat pun. Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.
Bebola Ikan.
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu seramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit.
6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya (beli di sini)
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung (BELI DI SINI) & (BELI DI SINI)
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
CARA MEMASAK:
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!